TG Telegram Group Link
Channel: Cookeatlove123
Back to Bottom
KEK BATIK BADAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket biskut Marie – patahkan 2@4
2 cawan milo *
2 sudu makan serbuk koko *
1 cawan mentega atau marjerin*
3/4 cawan susu pekat manis *
1/ 2 cawan air panas*
2 biji telur
Badam keping – disangai

CARA MEMASAK:
1. Sapu marjerin pada loyang dan lapik dengan plastik. .Ketepikan.
2. Satukan semua bahan yang bertanda (*). Masukkan dalam kuali dan masak guna api sederhana perlahan. Kacau sentiasa hingga sebati dan mendidih.
3. Masukkan telur. Kacau lagi hingga sebati. Bila dah mendidih, masukkan biskut marie dan kacau dalam 2- 3 minit supaya sebati.
4. Padamkan api dan masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan dengan senduk supaya padat dan rata.
5. Tabur badam dan biarkan sedikit suam. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dipotong.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
TAKO KASTARD
Caranya memang senang, tinggal makan fresh-fresh!

BAHAN-BAHAN:
(BAHANGIAN BAWAH)
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
4 cawan air
kacau sebati dalam kuali. Baru buka api, tunggu sampai pekat @ naik bubble tutup api. Masukkan dalam bekas kecil-kecil. Isi separuh.

BAHAN-BAHAN:
(BAHAGIAN ATAS)

1/2 cawan tepung kastad
1 cawan santan pekat
4 cawan air
sedikit garam
kacccau sebati dalam kuali, bukak api kaccau sampai pekat dan naik bubble, tutup api,
masukkan dalam bekas yang dah isi bahagian bawah
siap!
Kredit: Suzette Cabreros
DAGING GORENG CILIPADI LIMAU
BAHAN-BAHAN:
Daging
3 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:

1.Rebus daging sehingga empuk.Potong lawan urat – nipis

2.Tumbuk nipis daging yang telah dihiris (gunakan anak lesung batu )

3.Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan jintan putih.

4.Salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakan minyak yang baru)

5.Dah garing, toskan.

BAHAN KISAR:
2 biji cili merah besar
6 biji cili padi merah
½ biji bawang merah besar
½ biji bawang Holland
6 ulas bawang putih
1 biji tomato

1.Rebus kesemua dalam 15 minit , kemudian toskan.

Tumbuk kasar.
3.Panaskan minyak, goreng bumbu yang telah ditumbuk.

4.Masuk belacan sedikit, gula 1/4 , garam , mushroom seasoning , perahan limau nipis 1/2 biji , goreng cili sehingga garing.
5.Masuk daging yang telah digoreng dan daun limau purut
6.Sedia untuk dihidang.
Kredit: yatiekitchen
Ni kuih 🌶🌶 versi sis

Alhamdullilah ,kuih dari keturunan sis🤭
Resepi dri arwah bapa ( Al-Fatihah)
Anak² suka mkn😊..

Bahan²
👉🏻2 cwn tpg kanji
👉🏻2 biji telur gred A
👉🏻½cwn air ( guna bila perlu saja)
Pewarna ( merah & hijau)

Cara²
Pukul telur,masuk kn tpg kanji sedikit². Kemudian guna sudu letak air sambil uli² tpg tu smpai jdi doh..doh jgn keras sgt kena lembik sikit..Bahagi dua n letak pwarna.

Seterus nya ,Lihat tutorial dlm gmbr.
Slmt mencuba.

👉🏻klu bt dlm kuantiti yg byk..pasti kan minyak btl² sejuk jgn masuk ketika minyak masih panazz🤭.

Umie mirza
KEK KELAPA
Jika anda penggemar kelapa, bolehlah cuba resipi kek kelapa yang dikongsi khas jauh dari Jerman.

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
250ml cream cheese @ whipping cream (saya cadangkan guna cream cheese lagi sedap sebab kawan-kawan dah cuba dan bandingkan dengan whipping cream)
150g gula
250g kelapa kering
Secubit garam
Sedikit essen vanilla
5g @ 7g (1 sudu besar) baking powder

CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan telur, gula, essen vanilla dan secubit garam dalam bekas. Kacau-kacau sebati.
2. Lepas tu, masukkan kelapa kering, kacau-kacau sebati.
3. Masukkan cream cheese atau whipping cream. Kacau sebati.
4. Simpan adunan tadi dalam peti ais selama 30 minit. Selepas 30 minit, keluarkan dan kacau-kacau.
5. Masukkan baking powder, kacau-kacau dan boleh masukkan dalam mould bakar. Sapu sedikit mentega pada mould dan letak baking paper.
6. Guna suhu 170C selama 35 atau 45 minit, tengok ketuhar masing-masing.
Kredit resipi: Julita Binti Salleh
Ada nasi sejuk boleh buat Apam Nasi Pandan yang sangat sedap & gebu ni. Wangi dan lembut je bila dimakan. Sedap!

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:
2 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan gula
2 cawan pati daun pandan

BAHAN B:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket mauripan
Pewarna hijau (jika suka)

BAHAN C:
1/2 biji kelapa (bahagian putih)
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama gula dan air pandan. Kacau hingga sebati. Satukan agar sebati dan halus.
2. Satukan tepung gandum dan mauripan. Nasi yang dikisar tadi masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau sebati. Kacau sebati.
3. Masukkan pewarna hijau sedikit (jika suka) supaya lebih cantik. Perap selama satu jam setengah.
4. Panaskan periuk kukus kemudian Kukus selama 20 hingga 15 minit. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang adunan ke dalam acuan.
5. Kukus selama 20 hingga 15 minit adunan tadi. Sementara tunggu masak, gaulkan kelapa putih dengan garam.
6. Selepas kuih apam masak, bolehlah gaulkan atau letak kelapa di bahagian atas apam. Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Fazilah Md Yussop
BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis - digoreng garing
3 biji ubi kentang Russet U.S. - dipotong baji dan digoreng
100gm cili merah - dikisar
50gm cili padi merah - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 helai limau purut - dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji telur
1 cawan tauge
Kucai
Udang kertas – kopek kulit
Udang biasa – untuk hiasan atas cucur
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan kemudian sebatikan. Perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tetapi nanti cucur udang jadi tak berapa sedap dan keras. Inilah rahsia Cucur Udang jadi kembung tapi tak serap minyak. Hanya perapkan sahaja adunan kerana kita tidak guna baking powder.
2. Panaskan 2 kuali. Satu untuk menggoreng dan satu lagi untuk panaskan senduk.
3. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tidak panas nanti adunan cucur melekat.
4. Bila senduk sudah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
5. Goreng cucur sampai garing warna coklat keemasan. Siap. Hidangkan bersama sos.
BAHAN SOS:
Cili merah
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
CARA MEMASAK:
1.Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur.
2. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka.
3. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
5. Kacau sebati dan bila dapat kepekatan yang anda suka, padamkan api. Sedia untuk dihidang bersama Cucur udang.
Kredit resipi & foto: Tyra Manan
ROTI KASTARD
Memang enak kalau dapat makan panas-panas. Malah, inti kastard tu juga boleh digantikan dengan keju mozzarella atau apa-apa inti kegemaran.
BAHAN-BAHAN:
300gm (1 1/2 cawan) tepung roti
5 sudu makan gula
1 sudu makan yis segera
1/2 cawan air
6 sudu makan susu segar
2 biji telur saiz kecil – jika guna saiz besar, cukup hanya 1 biji – dipukul
2 sudu makan mentega lembut
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan tepung, gula dan yis. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan air, susu dan telur. Kacau rata dan akhir sekali masukkan mentega. Adun hingga sebati seperti membuat doh roti.
3. Perap doh selama 45 minit atau hingga doh naik 2 kali ganda.
4. Bila doh naik 2 kali ganda, tumbuk doh dan uli selama 5 minit lagi.
5. Bahagiakan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan jadi bebola.
6. canai doh dan masukkan inti kastard atau keju mozzarella.
7. Sapukan air di bahagian tepi doh, lipat dan tekan tepinya supaya inti tidak keluar sewaktu dimasak nanti.
8. Biarkan doh selama 20 minit sehingga ia naik 1 kali ganda lagi.
9. masak roti dalam kuali non-stick tanpa minyak. Guna api perlahan sahaja. Tutup kuali menggunakan penutup periuk.
10. Bila roti dah kekuningan, balikkan dan masak hingga sempurna.
11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
BAHAN INTI KASTARD:
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1/2 – 1 sudu teh esen vanilla – ikut citarasa
3 sudu makan gula – boleh lebihkan jika suka manis
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga likat dan mendidih.
2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
3. Jika suka inti keju, guna parutan keju mozzarella bagi menggantikan inti kastard.
Kredit resipi & foto: Nita -nvoo Daniels
TEPUNG BOKO UBI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
3 helai daun pandan *
CARA-CARA:
Masak bahan bertanda(*) sampai larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang, campurkan parutan ubi dengan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kacau rata.
Kukus sampai masak. Angkat dan ketepikan.
BAHAN UNTUK BUAT KEPALA SANTAN ( SOS PUTIH):
1 cawan santan pekat (1 kotak) – pakai santan segar lagi sedap
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan diatas dam periuk. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut.
Buka api perlahan dan masak hingga pekat.
Angkat dan nikmati bersama ubi kayu kukus tadi.
DAPUR RAMADAN NUTRITIONISTKKM
HTML Embed Code:
2024/05/15 02:26:40
Back to Top