TG Telegram Group Link
Channel: Cookeatlove123
Back to Bottom
Buat untuk minum petang, anak-anak tentu suka dengan kek red velvet chocolate kukus ni.
KEK RED VELVET CHOCOLATE
Bahan-bahan:
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur
*1 cawan susu cair
*1 cawan susu pekat manis
3 cawan tepung gandum (kalau adunan agak pekat, tambahkan sedikit air)
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil soda berkarbonat
*1 cawan gula (kemanisan ikut selera anda. Rasa tawar tambah lagi gula, rasa manis kurangkan gula)
Serbuk koko secukupnya
Red velvet emulco secukupnya
Chocolate emulco secukupnya
Sedikit garam
*Sedikit esen vanilla

Cara membuat:
1.Kisarkan semua bahan bertanda*
2.Kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda di dalam besen.
3.Setelah itu, masukkan bahan yang dah kisarkan tadi ke dalam besen tepung gandum. kacau mesra.
4.Bahagikan 2 bahagian sama rata adunan tadi ke dalam 2 besen berasinganmasukkan 1 bahagian 3 sudu makan serbuk koko dan chocolate emulco masukkan bahagian 1 lagi ke dalam besen lain. Masukkan red velvet chocolate dan sedikit chocolate emulco
4.Sapukan minyak masak pada acuan.
5.Pasang api dan panaskan kukusan. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak.

Kredit: Puan Nurul Hairi
Sangat enak dan membuka selera. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuatkan tekak rasa terliur.
AYAM GORENG KARI KERING
BAHAN-BAHAN:

Ayam secukupnya – dipotong dadu
1-2 biji bawang merah – potong dadu / cincang
2 sudu makan sos tiram
Hirisan cili hijau secukupnya

BAHAN PERAPAN:

5 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung jagung
Cili hijau secukupnya
Bawang putih secukupnya
Halia secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan bersama bahan-bahan perapan hingga rata. Biarkan selama ½ jam.

2. Dalam kuali, panaskan minyak masak sedikit banyak. Masukkan cincangan bawang merah. Tumis hingga kekuningan.

3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul-gaul biar goreng dengan sekata.

4. Bila ayam kelihatan masak, masukkan sos tiram dan hirisan cili hijau. Gaul lagi hingga semua bahan sempurna dan cukup rasanya.

5. Ayam Goreng Kari siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Noreen Elainie
Ayam Masak Kicap ni, resipi paling simple tapi disukai ramai. Nak masak pun senang.
AYAM MASAK KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
12 ketul ayam
2 sudu biji ketumbar
1 1/2 labu bawang putih
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Daun kari
3 helai daun bay/ daun salam
2 senduk kicap manis ABC
1 senduk sos tiram
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
Sedikit halia
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar ketumbar dan 1/2 labu bawang putih.
2. Masukkan ke dalam bekas berisi ayam bersama kunyit dan garam. Gaul rata. Perap selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak masak dan goreng ayam yang diperap tadi hingga masak dan garing. Ketepikan.
4. Tumbuk cili padi, cili merah, halia, bawang besar, bawang merah dan 1 labu bawang putih. Boleh juga dikisar kering.
5. Tumis bahan tumbuk menggunakan baki minyak gorengan ayam tadi. Masak sehingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun kari dan daun bay. Masak hingga pecah minyak.
7. Seterusnya masukkan kicap dan sos tiram. Masak lagi selama 3-4 minit. Kalau nak masukkan perasa pun boleh.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sekata. Padamkan api dan angkat ayam.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Maya Miera
Malah lebih menarik, sambal mampu bertahan 3 bulan di luar dalam masih elok rangup dan tak rosak.
SAMBAL BILIS KERING
BAHAN-BAHAN:

1kg bilis (kalau nak sedap, cari bilis yang nipis)
300gm cili kering gemuk (tak pedas)
150gm cili kering pedas (kalau nak pedas, letak banyak mana anda nak)
2 ketul pati bilis knorrs
250gm bawang goreng
Gula halus @ kisar je gula biasa
Garam

CARA PENYEDIAAN:

1. Cuci bilis dan toskan. Goreng sampai garing.
2. Basuh cili kering dan toskan. Masak guna air fryer sampai rangup.
3. Dah masak, tumbuk-tumbuk atau patah-patahkan. Nanti toskan guna jaring nak buang biji-biji cili.
4. Kisar kering sampai jadi chili flakes. Pakai sarung tangan dan pelitup muka ya, nanti terbatuk menangis-nangis kena habuk cili.
5. Panaskan 3 sudu minyak masak. Masuk pati bilis kacau sampai hancur.
6. Masuk cili kisar tadi, gula, garam. Kacau-kacau sampai sebati. Guna api kecil, nanti hangus cili dan akan rasa pahit. Kacau dalam 5 minit je, kemudian tutup api.
7. Masuk bilis dan bawang goreng. Gaul-gaul sebati. Rasakan cukup masin manis semua tu. Kalau nk tambah tempe/ kacang pun boleh. Goreng sampai garing dulu, kemudian masukkan semua dan gaul-gaulkan.

Kredit resipi: Sara Long
AYAM BUTTERMILK paling senang. Anak-anak pasti suka sebab rasa pun tak pedas. Kalau nak lagi ceoat, guna Chicken Popcorn. Sekejap je dah siap.

BAHAN-BAHAN:
Isi ayam secukupnya
2 ulas bawang putih cincang
1 sudu makan mentega
4 tangkai daun kari
2 biji cili api dihiris
Tepung goreng serbaguna secukupnya
300ml susu segar
Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong kecil. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan tepung gorengan serbaguna dengan secukupnya.
2. Gaul rata hingga ayam bersalut dengan tepung.
3. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga garing.
4. Angkat dan toskan.
5. Panaskan mentega di dalam kuali.
6. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
7. Bila bahan tumis kelihatan sedikit garing, masukkan susu segar. Jika tiada, boleh guna susu cair atau susu penuh krim. Bergantung pada cita rasa masing-masing.
8. Perasakan dengan sedikit garam. Pastikan guna sedikit sahaja kerana tepung gorengan serbaguna sudah mempunyai rasa masin.
9. Tambahkan juga sedikit perencah Cukup Rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
10. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Kacau dan renihkan sekejap supaya ayam dan kuah sebati dan meresap.
12. Padamkan api dan angkat. Ayam Buttermilk siap untuk dinikmati.

Kredit: Rosni Musa
POPIA PISANG
Kalau ada pisang kat rumah tapi taknak makan pisang goreng boleh cuba buat popia pisang ini, guna tiga bahan sahaja, siap!

BAHAN-BAHAN:
Pisang
Kulit popia
Coklat / peanut butter / sos karamel
Minyak untuk menggorang

CARA MEMASAK:
1. Potongkan pisang mengikut saiz yang dikehendaki.
2. Letakkan pisang di atas kulit popia dan coklat di atas pisang
3. Kemudian, gulungkan pisang dengan kulit popia dengan kemas.
4. Lekatkan hujung kulit popia dengan sedikit air.
5. Kemudian, bolehlah digoreng di dalam minyak yang sederhana banyak menggunakan api sederhana. Jika api kecil, akan menyebabkan kulit popia tersebut berminyak.
6. Hidangkan dengan menaburkan sedikit gula aising sebagai hiasan.

Kredit: Umie Nurhayati
KERIA UBI KAYU
Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Malah kata empunya resipi kuih ni sangat lembut dan sedap hingga menusuk kalbu.

BAHAN-BAHAN:

1kg ubi kayu
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan marjerin

BAHAN SIRA:
1 cawan gula
1 cawan air

CARA PENYEDIAAN:

1.Kupas kulit ubi kayu, bersihkan dan rebus atau kukus hingga masak. Bila sudah masak, lenyekkan.

2.Campur ubi kayu tadi dengan semua bahan lain. Gaul sebati.

3.Jika adunan likat, renjis air supaya senang buat doh.

4.Bentukkan adunan menjadi bentuk gegelang.

5. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan.

6. Untuk sira, satukan gula dan air. Masak hingga likat. Kemudian masukkan keria tdi dan gaul hingga semua bersalut rata.

7. Kuih Keria Ubi Kayu sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Dapur Pak dee Nashruddin
Add sweetness, add spice, and add everything that's nice this Year of the Dragon! 🐉🧧

No better together joy than the joy of sharing. Make these easy and flavourful cookies and share a moment like no other. 🎆

Get your ingredients to start today on Promex Food Shopee or Lazada via the links below 👇

Lazada: https://bit.ly/Promex-Lazada
Shopee: https://bit.ly/Promex-Shopee

#PromexMY #GrassFedGoodness #NewZealandDairy #PromexFoodShopee #PromexFoodLazada #PromexUnsaltedButter #PromexSaltedButter #GrassFedButter #ChineseNewYear #CNYRecipes #YearOfTheDragon #CNYCookies #CNYTreats
RESEPI TART TELUR CRUNCHY

Bahan²
1 Tin susu Cair F&N
1 Cwn Air Suam
1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
4 Biji Telur A
Sedikit Pewarna Kuning

Cara²
Kacau gula dan air suam hingga gula larut
Bila gula dah hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan yg lain dan kacau rata
Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit

Adunan ni ita buat 1/2 adunan aje sebab nak samakan dgn kuantiti shell yg dibuat.

TART CRUST ATAU SHELL

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara²
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur.

Cara²:
Bakar shell tart hingga kuning 3/4 masak sebab nanti kita nak bakar lagi bila dah letak adunan telur.
Lepas shell masak keluarkan dari acuan dan susun dlm tray
Pas tu masa shell panas lagi dah letak adunan telur dan terus bakar dgn api atas dan bawah
Selepas tart masak, biar sejuk dan terus simpan dlm bekas kedap udara dan letak dlm peti ais supaya tart terus rangup
Tart akan melekat sikit pada tray sebab telur tu tumpah masa proses pembakaran
Cungkil dgn pisau jika tart melekat atas tray.

Kredit : azlita aziz
HTML Embed Code:
2024/06/09 10:11:18
Back to Top