TG Telegram Group Link
Channel: Bebelan Tarbawi
Back to Bottom
Israel dalam sebuah kenyataan terbaru menyatakan bahawa mereka tidak ada pilihan selain melakukan serang balas terhadap Iran
Israel melancarkan serangan ke atas Iran, Iraq dan Syria
Beberapa penerbangan keluar daripada Iran telah ditangguhkan seketika apabila misil yang dilancarkan mengenai beberapa lapangan terbang di Iran
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kekejaman Israel masih berlangsung. Futej pengeboman Israel ke atas kejiranan perumahan di Gaza
السلام عليكم
Ada muslimat Sabah di sini ?
Saya dihubungi pejabat JAKIM Sabah dalam menggerakkan misi bantuan tabung Gaza
Kalau ada cuba respons emoji 🔥
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang kanak-kanak wanita yang syahid dalam pengeboman ke atas Kem Pelarian Al Bureij
RAFAH, THE LAST LINE OF DEFENCE

Keadaan di Gaza semakin tenat, sejak tercetusnya peperangan 7 Oktober pada tahun lalu, ribuan rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan ahli keluarga

Mereka bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain. Dari tengah Gaza, melalui Deir Al Balah, Khan Yunis dan terkini, mereka berada di garisan akhir iaitu di Rafah

Sudah tidak ada tanah untuk mereka melarikan diri lagi. anak-anak kecil dibunuh tanpa belas ihsan, sekiranya ada belah ihsan pun, ia adalah membiarkan anak-anak ini mati kelaparan. Segala sumber makanan dan sumber keperluan asas dihalang untuk masuk dan dikawal selia oleh Israel

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan mati syahid dalam keadaan sedang memangku adiknya, dia memberikan topeng oksigen kepada adiknya dan mengorbankan dirinya kerana beliau juga mengalami masalah pernafasan yang sama

Sedang saya menulis ini, setiap saat, nyawa anak-anak Palestin dalam bahaya dan ancaman

Hospital juga sudah tidak selamat untuk didiami kerana menjadi sasaran Israel. Israel telah meletakkan hospital di Rafah dalam kawasan 'merah' atau kawasan larangan (evacuation zone)

Tidak ada apa yang kita boleh lakukan disini, maka setidaknya, semampu kita, hentikanlah sokongan terhadap barangan Israel, termasuk juga selebriti dan influencers yang tidak mahu bercakap tentang kekejaman Israel. Sama-sama kita hentikan sokongan kepada mereka dengan tidak mengikuti mereka lagi di media sosial dan lakukan block ke atas akaun-akaun mereka

Seandainya Israel kekal menerima bantuan kewangan daripada penyokong-penyokong mereka, maka mungkin, etnik Palestin tidak akan wujud lagi di dunia ini. Dan jangan kata kita tidak ada kena mengena dengan mereka. Kerana tangan anda yang menyokong produk Israel adalah tangan yang membunuh anak-anak kecil yang tidak berdosa. Tolong sebarkan, demi ummah, demi Islam, semata-mata kerana Allah

hottg.com/bebelantarbawi

#blockout
#alleyesonrafah

Yang menjalankan amanah Allah,
Abu Hatim,
6 Zulqaedah 1445H,
Malaysia
Apa yang terjadi kini di Gaza ?

- 5 orang syahid dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Al Bureij
- Wartawan Al Jazeera mengesahkan serangan bom dan meriam Israel ke atas sebuah klinik Agensi Bantuan dan Pekerjaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWRA) mengakibatkan 10 kematian rakyat Palestin
- Laporan media menyatakan bahawa adminstrasi Biden merancang untuk menghantar bantuan sebanyak USD1 Billion sebagai bantuan ketenteraan kepada Israel
- Hezbollah (Iran) mengesahkan, komander kanan lapangan mereka, Hussain Ibrahim Mekky, terbunuh dalam serangan terbaru Israel terhadap Iran
- Pihak Ketenteraan Israel menahan 3 orang warga Palestin, termasuk 2 orang remaja berusia 15 tahun dalam sebuah serbuan ke atas Tebing Barat, Tulkarm, menurut Wafa (Agensi Berita)
- Beberapa orang arsonis Israel sekali lagi telah menyerang ibu pejabat UNRWA (PBB) di Timur Palestin, menurut ketua agensi
60 roket dilancarkan menuju Israel daripada Lebanon
Dalam ketika itu, hari ini, pimpinan Hezbollah mengadakan pertemuan dengan wakil Hamas di Beirut. Deligasi Hamas diketuai oleh Khalil Al Hayya bersama Mohamed Nasr

Dalam pertemuan tadi kata sepakat mereka adalah

"Kemenangan, walaupun dengan pengorbanan"
Sementara itu, pengarah perancangan UNRWA berkata bahawa keadaan akan bertambah teruk susulan 'kekeringan' bekalan di Gaza

Tambahan pula Israel menutup pintasan Rafah daripada membenarkan sebarang bantuan masuk

"Keadaan kini sangat genting dan jika berterusan ia akan menjadi sangat sangat teruk"
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Al Qassam menyiarkan futej sekumpulan askar Israel masuk dalam perangkap periuk api yang disiapkan oleh Al Qassam di Jabalia

ربنا يستر ويحماهم
HTML Embed Code:
2024/05/16 13:11:27
Back to Top