TG Telegram Group & Channel
Bebelan Tarbawi | United States America (US)
Create: Update:

RAFAH, THE LAST LINE OF DEFENCE

Keadaan di Gaza semakin tenat, sejak tercetusnya peperangan 7 Oktober pada tahun lalu, ribuan rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan ahli keluarga

Mereka bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain. Dari tengah Gaza, melalui Deir Al Balah, Khan Yunis dan terkini, mereka berada di garisan akhir iaitu di Rafah

Sudah tidak ada tanah untuk mereka melarikan diri lagi. anak-anak kecil dibunuh tanpa belas ihsan, sekiranya ada belah ihsan pun, ia adalah membiarkan anak-anak ini mati kelaparan. Segala sumber makanan dan sumber keperluan asas dihalang untuk masuk dan dikawal selia oleh Israel

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan mati syahid dalam keadaan sedang memangku adiknya, dia memberikan topeng oksigen kepada adiknya dan mengorbankan dirinya kerana beliau juga mengalami masalah pernafasan yang sama

Sedang saya menulis ini, setiap saat, nyawa anak-anak Palestin dalam bahaya dan ancaman

Hospital juga sudah tidak selamat untuk didiami kerana menjadi sasaran Israel. Israel telah meletakkan hospital di Rafah dalam kawasan 'merah' atau kawasan larangan (evacuation zone)

Tidak ada apa yang kita boleh lakukan disini, maka setidaknya, semampu kita, hentikanlah sokongan terhadap barangan Israel, termasuk juga selebriti dan influencers yang tidak mahu bercakap tentang kekejaman Israel. Sama-sama kita hentikan sokongan kepada mereka dengan tidak mengikuti mereka lagi di media sosial dan lakukan block ke atas akaun-akaun mereka

Seandainya Israel kekal menerima bantuan kewangan daripada penyokong-penyokong mereka, maka mungkin, etnik Palestin tidak akan wujud lagi di dunia ini. Dan jangan kata kita tidak ada kena mengena dengan mereka. Kerana tangan anda yang menyokong produk Israel adalah tangan yang membunuh anak-anak kecil yang tidak berdosa. Tolong sebarkan, demi ummah, demi Islam, semata-mata kerana Allah

hottg.com/bebelantarbawi

#blockout
#alleyesonrafah

Yang menjalankan amanah Allah,
Abu Hatim,
6 Zulqaedah 1445H,
Malaysia

>>Click here to continue<<

Bebelan Tarbawi

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)