TG Telegram Group Link
Channel: Bebelan Tarbawi
Back to Bottom
Jurucakap Israel, Daniel Hagari menyatakan bahawa serangan Iran telah mengakibatkan ‘sedikit kerosakan’ ke atas fasiliti ketenteraan mereka apabila serangan mengenai salah satu pangkalan tentera mereka
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Meskipun serangan Iran mengenai Israel, sebenarnya banyak misil yang ditembak jatuh di luar ruang udara Israel sebelum sempat sampai ke sasaran kerana dibantu oleh Jordan
Jurucakap Iran dalam sebuah kenyataan meyatakan bahawa sasaran mereka ialah pangkalan udara Nafatim di Israel, kira-kira 1,100km daripada Iran
Israel menggesa penubuhan majlis keselamatan bagi membincangkan serangan Iran terhadap Israel
“Mana-mana negara yang membuka ruang udara mereka kepada Israel untuk membantu menyerang Iran akan mendapatkan respons balas yang sangat keras daripada kami”

- Menteri Pertahanan Iran
Berita Israel melaporkan siren masih dibunyikan di sekitar Israel kerana menjangkakan serangan pusingan kedua daripada Iran
Pesanan yang dihantar daripada wakil UN Israel kepada Presiden UN

“Serangan Iran ke atas Israel merupakan ancaman dunia. Mereka bahkan berbangga dan merasa gah dengan serangan mereka. Ini merupakan kelakuan yang sangat bahaya ke atas Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBBB/UN)”
Ah time kena kat hang bahaya lah apa, time hang buat kat orang halal pulak
Israel dalam sebuah kenyataan menyatakan

“Kebanyakan misil Iran dipintas diluar ruang udara Israel”
Nak cakap ramai backup dia lah tu
Israel ni kuat sbb bawak geng je sebenarnya
Iran dalam sebuah kenyataan memberi amaran kepada Israel, sekiranya mereka membalas serangan Iran, hukuman sterusnya akan lebih dahsyat dan hebat
Presiden Amerika Syarikat dalam sebuah kenyataan menasihati agar Israel tidak membalas serangan Iran ke atas mana-mana bahagian Iran
Sumber AlJazeera:

“Israel meminta Majlis Keselamatan UN mengadakan mesyuarat keselamatan segera pada hari Ahad”
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Meraikan serangan ke atas Israel, rakyat Iraq berkumpul di hadapan kedutaan Iran di Baghdad
Memetik kenyataan Joe Biden kepada Benjamin Netanyahu dalam sebuah sidang akhbar:

“AS tidak akan memberikan sebarang bantuan dan sokongan sekiranya Israel melakukan serangan balas terhadap Iran”
Menteri Pertahanan Iran, Briged General Muhammad Reza Ashtiyani menyiarkan posting di X memaparkan gambar peta Israel yang dilorekkan berwarna merah
Jurucakap Iran: Serangan kami mensasarkan pangkalan tentera Israel dan tepat mengenai sasaran
Majlis keselamatan dalaman Israel baru sahaja selesai bersidang dan keputusan sebulat suara oleh Netanyahu dan beberapa orang menterinya adalah membenarkan serangan balas terhadap Iran
Adakah mereka sekadar ‘borak kosong’ atau benar-benar berani. Ayuh kita nantikan
HTML Embed Code:
2024/06/13 05:01:31
Back to Top