TG Telegram Group & Channel
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. | United States America (US)
Create: Update:

Hari ini 1,430 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Saidina Umar al-Khattab RA memasuki Baitulmaqdis buat kali pertama.

Selepas menakluk Syria, tentera Islam meneruskan kemaraan ke Baitulmaqdis yang ditadbir Byzantine. 4 bulan dikepung, akhirnya Byzantine menyerah kalah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Namun, Sophonius, wakil Byzantine & pemimpin Gereja Kristian Baitulmaqdis tak mahu menyerahkan kunci kota kepada tentera Islam melainkan ke tangan khalifahnya Umar al-Khattab RA sendiri.

Para pemimpin angkatan Islam melihat permintaan ini sukar kerana jarak antara Baitulmaqdis-Madinah yang begitu jauh. Namun mengambil kira kepentingan kota itu, Umar RA bersetuju untuk menurutinya.

Maka beliau berangkat ke Baitulmaqdis tanpa rombongan besar, hanya bersama seorang khadam & seekor unta. Sepanjang perjalanan kira-kira 919km itu, beliau & khadamnya saling bergilir menunggang unta & berjalan kaki.

Beliau juga hanya memakai pakaian biasa seperti khadamnya. Kesederhanaan itu mengagumkan warga Baitulmaqdis tatkala beliau melangkah masuk ke kota itu disambut Sophonius.

Umar RA dibawa melawat sekitar kota termasuk Gereja Makam Suci tempat dikatakan Nabi Isa AS disalib. Setibanya waktu solat, Sophonius menjemput Umar RA bersolat di dalam gereja itu namun beliau menolak.

Kata Umar RA, andai beliau berbuat demikian, umat Islam akan menuntut tempat itu sebagai milik mereka & menjadikannya masjid. Maka beliau bersolat di luar gereja & lokasinya kemudian didirikan Masjid Umar.

Beliau juga meminta dibawa ke batu suci buat 3 agama, lokasi dipercayai Rasulullah SAW diangkat ke langit semasa Isra’ Mikraj. Beliau mengarahkan sekitar kawasan itu dibersihkan & dibina Masjid al-Aqsa tak jauh dari situ.

Penaklukan Baitulmaqdis itu dirasmi dengan termeterainya Perjanjian Umar yang menggariskan semua agama boleh diamalkan di kota itu, asal patuh kepada undang-undang serta membayar cukai.

Selepas 500 tahun pemerintahan tidak adil Empayar Rom di kota itu, akhirnya umat Islam, Yahudi & Kristian dapat hidup aman bersama di Baitulmaqdis.

Sumber: Al Arabiya, Egypt Today, Saudi Gazette

#PeristiwaHariIni

>>Click here to continue<<

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)