Sidna Ustaz Abu Zahrah Abdullah Thohir حفظهم الله sampaikan pesanan yang dipetik daripada Kitab Kanzun Najah, akan amalan para Ulama’ dan Tok² Guru kita رحمهم الله saat tibanya malam Nisfu Sya’ban, ada 3 perkara utama (jika berhajat untuk buat lebih, atau sebaliknya, ahlan bikum) 😊, antaranya :
1. Bacaan Surah Yãsin : Dibaca diantara maghrib & isyak sebanyak 3 kali, moga ia menjadi asbab diampunkan dosa, dipanjangkan umur dalam ketaatan, dijauhkan dari bala’, dimurahkan rezeki semuanya, dan segala niat yang baik, kerana Allah ﷻ, insyaAllah khayr🤲🏻💚
Kemudian diikuti dengan doa :
اَللّٰهُمَّ يَا ذَا الْمَنِّ وَلَا يُمَنُّ عَلَيْكَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ يَا ذَا الطَوْلِ وَالإِنْعَامِ لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ ظَهْرَ اللَّاجِيْنَ وَجَارَ المُسْتَجِيْرِيْنَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِيْنَ اللّٰهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِيْ عِنْدَكَ فِيْ أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مُقْتَرًّا عَلَيَّ فِي الرِزْقِ، فَامْحُ اللّٰهُمَّ فِي أُمِّ الكِتَابِ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَاقْتِتَارَ رِزْقِيْ، وَاكْتُبْنِيْ عِنْدَكَ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِيْ كِتَابِكَ المُنْزَلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ المُرْسَلِ "يَمْحُو اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ" وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمـَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَــالَمِيْنَ
"Wahai Tuhanku yang maha pemberi, engkau tidak diberi. Wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada tuhan selain Engkau, kekuatan orang-orang yang meminta pertolongan, lindungan orang-orang yang mencari perlindungan, dan tempat aman orang-orang yang takut.
Tuhanku, jika Kau mencatatku di sisi-Mu pada Lauh Mahfuzh sebagai orang celaka, sial, atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah di Lauh Mahfuzh kecelakaan, kesialan, dan kesempitan rezekiku.
Catatlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang mujur, murah rezeki, dan taufiq untuk berbuat kebaikan karena Engkau telah berkata–sementara perkataan-Mu adalah benar–di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu, ‘Allah menghapus dan menetapkan apa yang Ia kehendaki. Di sisi-Nya Lauh Mahfuzh”
2. Memperbanyakkan bacaan tasbih Nabi Yūnus عليه السلام, Bacalah :
لا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِين
Boleh dibuat sebanyak jumlahnya hisābul Jummal, iaitu sebanyak 2375 kali, pada sepanjang malam tersebut, atau sekurang-kurangnya 100 kali
3. Memperbanyakkan zikir : Baik istighfar dan juga zikir-zikir selainnya, yang dipetik daripada ayat Allah ﷻ didalam 4 buah surah, iaitu :
• لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (الأنبياء : 87) - 100x
• رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (طه : 25 - 26) - 100x
• نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ (الصف : 13) - 100x
• لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ (النجم : 58) - 100x
Beramallah bagi yang berhajat kepada beramal dan berbuat kebaikan, beramallah, bukannya berbalah💚🌹
Moga kita semua beroleh kebaikan dan keampunan disisi Allah ﷻ dan ditempatkan bersama Sayyidil Wujud Rasulullah ﷺ disyurga yang tertinggi kelak, biiznillah ﷻ 🤲🏻😭
😭🤲🏻اللهم اجعلنا من أهل شفاعة حبيبنا محمد ﷺ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ💚🌹
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ💚🌹
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ💚🌹
Kerna segalanya, hanya kerana mahabbaturrasūl ﷺ
🤲 اللهم حببنا إلى حبيبك سيدنا محمد ﷺ، وارزقنا منه العناية والرعاية والنظر و الاعتناء، وارزقنا كمال المتابعة له ظاهرا وباطنا. آمين يا رب العالمين. 🤲
Al Faqir IlalLah Abu Mu’az
Dari Redup Bumi Syam
15 Sya’ban 1445 H | 24 Februari 2024
>>Click here to continue<<