TG Telegram Group & Channel
Teh Fatihah 🕊️ | United States America (US)
Create: Update:

Wanita, beri izin untuk diri kalian berubah menjadi lebih baik untuk tahun 2022.

1. Mula bangun 30 minit awal sebelum subuh, solat sunat 2 rakaat untuk pembuka hari yang penuh berkat. Kalau masih ada waktu, bacalah Al-Quran. Pahala dapat tenang pun dapat.

2. Mula baca 1-5 helaian buku setiap hari. Contoh satu buku ada 30 mukasurat, jadi kita ambil masa 6 hari sahaja untuk habiskan. 1 minggu 1 buku pun dah alhamdulillahkan? Seronok bersahabat dengan buku ni, walaupun tanpa suara, dia banyak mengajar tanpa melukakan.

3. Mula left group yang suka cakap tentang kesalahan orang lain. Hidup kita dah terlalu suntuk untuk berbual tentang apa salah orang. Jadi orang yang lebih sedar tentang kesalahan sendiri.

4. Mula pilih apa kita dengar. Tapis dari siapa kita dengar. Kalau belajar agama, pilihlah yang disiplin dalam ilmunya, pilih asatizah yang apabila melihat dirinya, kamu nampak "Islam." Bila dengar dia bercakap, kamu rasa dihargai bukan dihina, bila tengok dia bermuamalat, kamu beroleh pengajaran. Pilihlah, kerana siapa guru kamu adalah lebih penting.

5. Paling penting, mula sayang diri sendiri. Syukur dan redha untuk semua yang Allah bagi. Kita takkan mampu buat apa-apa kalau kita tak sayang diri. Kalau ada buat silap dengan diri sendiri, mintak maaf bukan menyalahkan, kalau ada buat sesuatu yang membanggakan diri, berterima kasih kerana berani mencuba.

Untuk tahun 2022,
Mulakan dari diri sendiri dulu, jadi "tegas" untuk diri sendiri. Percayalah, bila kita mula sayang diri, buat benda yang baik-baik untuk diri kita sendiri, pada akhir 2022, kita akan berterima kasih untuk diri kita.

Begitulah.
New me = New Life.

-AfifahAlwi-

>>Click here to continue<<

Teh Fatihah 🕊️

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)