TG Telegram Group & Channel
#SiGadisKuat⚡🔥 | United States America (US)
Create: Update:

" Making mistakes does not mean you are a failure. It just means you are trying and learning in life."

Awak,

Buat salah itu adalah hal yang biasa dalam kehidupan. Datangnya ada hikmah dan kebaikan. Bukan saja-saja ia berlaku. Bahkan tiada siapa yang mahu gagal.

Biarpun kita atur perancangan itu dengan cukup sempurna, tapi tetap saja tak berjalan dengan sebaiknya. Ada saja yang lompong sana dan sini. Ada saja yang kita tak puas hati.

Tapi itu bukan bererti kita akan tamatkan kehidupan kita disitu. Bukan juga tiada peluang lain untuk kita terus memperbaiki silap kita.

Ada. Peluang kedua sentiasa ada buat kita. Jangan kerana tertutup pintu yang satu ini, kita kuncikan semua peluang-peluang lain.

Adapun kesilapan yang kita buat itu adalah satu pelajaran untuk kita. Bagi awak yang mengharapkan ada perubahan, belajarlah audit diri dan selak satu persatu dimana salah yang kita buat.

Kita nak jadi manusia sempurna memang takkan pernah mampu. Namun setidaknya kita sentiasa ada peluang untuk memperbaiki diri. Jadi manusia yang lebih baik dari hari-hari semalam.

Sungguh beruntung bagi yang sentiasa mengambil ibrah dari setiap kekhilafan yang pernah dilakukan pada masa yang lalu. Adapun yang tidak mengambil pengajaran dari kesilapan lalu hanya akan menjadi orang yang rugi.

Kita mahu jadi orang yang mana? Terpulang dan muhasabahlah sentiasa. Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah dan kejar Syurganya semata-mata.

Tak gitu, kawan-kawan?

🌻

Oleh : sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

>>Click here to continue<<

#SiGadisKuat⚡🔥

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)