TG Telegram Group Link
Channel: PEMBINA Channel 🌐 🇵🇸
Back to Bottom
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐀 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍

HIDUP-HIDUP MAHASISWA
BEBAS-BEBAS PALESTIN
HANCUR-HANCUR ZIONIS

Ini adalah 2 perkara yang ditegaskan oleh Saudara Syahman selaku Presiden PEMBINA dalam ucapan ini:

1. Isu palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, bahkan isu palestin ini adalah isu pertembungan akidah umat islam dan yahudi laknatullah, dan membuktikan betapa mereka sedang menguasi sistem dunia ini

2. Seluruh Mahasiswa hendaklah menginsafi terhadap isu Palestin ini, tanya pada diri anda apakah sumbangan anda kepada Palestin pada hari ini?

Jadikanlah isu Palestin ini adalah perjuangan sepanjang hayat kita!

Boleh atau tidak boleh ???

Syabab!
Infiru!!!


"Membina Kepimpinan Nasional"


Ikuti kami di :
𝘍𝘉: 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘭𝘪𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭
𝘐𝘎 : 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢_𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
𝘛𝘪𝘬𝘛𝘰𝘬: 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢


#bebaspalestin #Pembina #MembinaKepimpinanNasional
SOROTAN HIMPUNAN PALESTIN

ALHAMDULILLAH

Ribuan mahasiswa dan belia turun berhimpun bagi menzahirkan solidariti bersama Palestin di hadapan Kedutaan Besar US, KL semalam.

Turut hadir bersama Presiden PEMBINA, Saudara Syahman dan Timbalan Presiden, Saudara Abu Dzar juga Naib Presiden 1, Saudara Umar serta barisan kepimpinan ahli PEMBINA yang lain.

PEMBINA teguh dengan pendiriannya bahawa kami menolak sekeras-kerasnya segala agenda dan usaha-usaha menormalisasikan ISRAEL di tanah air ini.

Ini Pendirian Kami!


"Membina Kepimpinan Nasional"


Ikuti kami di :
𝘍𝘉: 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘭𝘪𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭
𝘐𝘎 : 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢_𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
𝘛𝘪𝘬𝘛𝘰𝘬: 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢


#bebaspalestin #Pembina #MembinaKepimpinanNasional
HENTIKAN TAJAAN DAN PROMOSI PEMBEKAL SENJATA ZNS DI MALAYSIA.

"Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Malaya melahirkan rasa kekecewaan terhadap penganjuran pameran teknologi pertahanan terkemuka, Defense Services Asia Exhibition & Conference (DSA) dan National Security Asia (NatSec) 2024, yang dianjurkan oleh DSA MALAYSIA dengan sokongan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, di MITEC, Kuala Lumpur."

Ibrahim Allam
Presiden PEMBINA Universiti Malaya (UM)

Baca artikel penuh di sini:
https://isma.org.my/hentikan-tajaan-dan-promosi-pembekal-senjata-zionis-di-malaysia/
__________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PEMBINA... KEPIMPINAN NASIONAL!

Alhamdulillah,telah selesai Hari Keluarga PEMBINA cawangan Pulau Pinang yang dihadiri lebih daripada 65 lebih ahli PEMBINA dari 3 IPT utama di Penang iaitu USM,UiTMCPP dan UniKL MSI.

Program ini ialah program pertama bersifat ukhuwah yang dilaksanakan secara besar-besaran menyasarkan ahli aktif PEMBINA Pulau Pinang.

Alhamdulillah,kami akan terus komited melebarkan sayap dakwah PEMBINA di sini yang semakin berkembang.

#MEMBINAKEPIMPINANNASIONAL
MAHASIWA ISLAM & PALESTIN

Di saat saudara kita di sana sedang dibantai teruk oleh musuh Allah, kita di sini masih teragak-agak untuk memboikot dan menunjukkan solidariti yang menyeluruh kepada mereka.

Memetik kata hikmah pahlawan Salahudin Al Ayyubi untuk renungan bersama;
“Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih di bawah jajahan musuh”

Oleh itu, saya mengajak para belia menjadikan 𝟑 “𝐀” 𝟏 “𝐊” sebagai panduan dan tindakan koreksi bersama bermula harini.

Apa itu 𝟑 “𝐀” 𝟏 “𝐊” ?

Baca selanjutnya di sini»»»
https://www.facebook.com/pembinamalaysia/posts/pfbid0gDsig2J48NdFQbew7xV71VH9xe6jwyuPKPKskLT4eBCAqev9frB8sjbwt8GbPxEPl

"Membina Kepimpinan Nasional"


Ikuti kami di :
𝘍𝘉: 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘭𝘪𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭
𝘐𝘎 : 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢_𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
𝘛𝘪𝘬𝘛𝘰𝘬: 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢


#bebaspalestin #Pembina #MembinaKepimpinanNasional
PERANG GAZA-ISRAEL:DIMENSI BAHARU PEPERANGAN ANTARA HIZBULLAH DAN HIZBUSSYAITAN

Waeil Al Fawwaz
Pengerusi PEMBINA Pulau Pinang

1.Deklarasi peperangan antara keimanan dan kekufuran sudah menjadi fitrah kejadian paradigma dunia ini saat Iblis mencabar Allah S.W.T. akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat.

2.Sejak daripada itu,strategi demi strategi diatur melalui perancangan yang rapi dan tersusun oleh iblis dan bala tenteranya yang mendapat julukan 'hizbussyaitan' dalam melunaskan janji mereka yang terpahat rapi dalam surah Al A'raf

{ قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٰطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ }

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus.

3.Dimensi kekufuran  yang dirancang oleh iblis ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang menterjemahkan realiti pertembungan ini sepertimana Nabi Musa A.S bertemu dengan proksi iblis yakni Firaun serta Nabi Muhammad S.A.W. melawan musyrikin Mekah yang dibantu oleh iblis yang menjelma sebagai syeikh dari An Najd ketika mereka bermusyawarah di Dar An Nadwah di hadapah kaabah.

4.Kemuncak pertembungan ini hampir mencapai tujuan utamanya apabila realiti jelas  menunjukkan kuasa Barat dan sekutunya semakin rancak dalam memahat dan menyemai nilai kekufuran yang berusaha menyingkirkan nilai 'ubudullah dan ad-din dalam kehidupan manusia dengan  membawa fahaman yang meraikan peranan nafsu dalam mengatur akal seperti fahaman liberalisme dan sekularisme.

5.Pun begitu,nilaian keimanan yang dipamerkan oleh penduduk Gaza sepanjang Perang Taufan Al Aqsa ini memberi signal kepada dunia bahawa sememangnya wujud lagi mereka yang teguh menjadi hizbullah (tentera Allah) dalam mempertahankan nilaian syahadah keimanan dalam melawan blok kekufuran yang didalangi oleh yahudi zionis yang sudah sinonim sebagai bangsa pencabar Allah S. W.T. serta pembunuh para Rasul.

6.Kekufuran mereka berulang kali tercatat dalam kalam Al Quran melalui ayat utamanya yakni Al-Baqarah, 120

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).

7.Blok kekufuran hipokrit yang bersatu sebagai ' _millah wahidah_ ini telah mempamerkan wajah mereka yang sebenar sepanjang Taufan Al Aqsa ini berlangsung.Walhal mereka jugalah yang berulang kali meratib nilai _human rights_ sebagai satu nilai yang harus  menjadi teras utama kehidupan masyarakat dunia sekarang.

8.Namun sinar harapan yang ditunjukkan tentera Allah di Gaza memberi peringatan kepada umat yang mahu mengambil peringatan bahawa sekuat mana blok kekufuran itu mengumpul kekuatan dalam meratah kedaulatan umat islam,mereka sesekali tidak akan pernah berjaya mencabar sekalipun dalam memadamkan cahaya agama ini.

9.Oleh yang demikian,berdiam diri bukan lagi pilihan kita yang bersyahadah.Sekurang-kurangnya,sebarkanlah apa yang sedang berlaku kepada saudara kita di sana sekarang sebagai tanda kita menyokong teguh hizbullah yang sedang giat _ribath_ mengawal masjidil Aqsa yang pernah menjadi qiblat kita dahulu.

10.Pilihan di tangan anda!

Sama ada kita mahu terus mahu berdiam diri menyokong blok kekufuran yang tidak akan pernah redha dengan ketauhidan kita,ataupun menjadi sebahagian daripada mereka yang tetap teguh bersama saudara kita di Gaza yang telahpun layak mendapat gelaran hizbullah secara sahnya.

Nota kaki:Hizbullah di sini merujuk kalimah arab bermaksud tentera Allah.
PERANAN BANK DUNIA DALAM MONOPOLI PENDIDIKAN ANTARABANGSA,

"Peranan Bank Dunia dalam pendidikan walaubagaimanapun menimbulkan pelbagai rerspon daripada ahli akademik dan ahli pendidikan sendiri. Steven J. Klees di dalam “World Bank and Education, Ideological Premises and Ideological Conclusions” mendedahkan bahawa Bank Dunia bersifat pragmatik, selektif dalam menawarkan solusi kepada permasalahan yang wujud kerana ia menyempitkan hanya kepada ruang lingkup ideologi neo-liberal dalam konteks pendidikan. Tumpuan pembangunan modal insan yang ditawarkan oleh Bank Dunia adalah dalam kerangka kapitalisme iaitu sumber manusia dibangunkan untuk memenuhi kehendak industri semata-mata dan keuntungan pihak tertentu. Bank Dunia akan menawarkan pinjaman kewangan serta laporan-laporan yang dilihat seperti satu inisiatif tetapi memberi impak tekanan dan menghalang negara-negara terlibat dalam menetapkan halatuju dan dasar pendidikannya secara mandiri. "

Nur Irdina Hakimah binti NorAzali
Penyelidik Pendidikan ISMA

Baca berita penuh di sini:
https://isma.org.my/peranan-bank-dunia-dalam-monopoli-pendidikan-antarabangsa/

#pendidikan #ummahfadhilah

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
𝑲𝒖𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑯𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑰𝑵𝑨 𝒅𝒂𝒏 𝑰𝑺𝑴𝑨 𝑷𝒖𝒔𝒂𝒕

Alhamdulillah, semalam bersamaan 15 Mei 2024, barisan kepimpinan PEMBINA berkesempatan mengunjungi JKP Isma Pusat iaitu Ustaz Shuhaib Ar-Rumy selaku Presiden ISMA turut bersama Tuan Hj. Muhammad Aizat Rasli, Timb Presiden ISMA serta Ustaz 'Izzat Husman, SUA ISMA.

Kunjungan hormat ini merupakan pertemuan pertama antara barisan JKP Pembina yang baru bersama JKP ISMA Pusat.

Banyak idea yang dikongsikan bagi mendapat pandangan "senior" terhadap relevansi idea yang ingin dibawa oleh PEMBINA ke hadapan ini.

Antara nasihat dan pesanan yang ditekankan oleh mereka ialah

Disiplin - perkara yang tidak boleh ditolak ansur, kerana tanpa disiplin tidak ada perancangan yang boleh dijalankan dengan baik dan "on track" .

Berani - perlu keluarkan semula taring PEMBINA agar kita dapat melawan kebatilan yang dilakukan secara terang-terangan atau bersembunyi.
Perlu berubah dari sifat defensif kepada agresif

Ukhuwah - perlu rasa kebersamaan dengan team kerana kita bergerak secara "jamaie". Perlu seimbang antara waktu bergurau dan waktu serius supaya ikhwah dan akhwat tak terlalu rasa kering dan bosan bila mesyuarat dan bila nak turun ke lapangan

Semoga kunjungan ini dapat memberi hala tuju yang lebih jelas kepada PEMBINA untuk menjadi agen pembinaan pemimpin nasional.

In syaa Allah!
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
HTML Embed Code:
2024/05/16 22:44:23
Back to Top