TG Telegram Group & Channel
PEMBINA Channel 🌐 🇵🇸 | United States America (US)
Create: Update:

PERANG GAZA-ISRAEL:DIMENSI BAHARU PEPERANGAN ANTARA HIZBULLAH DAN HIZBUSSYAITAN

Waeil Al Fawwaz
Pengerusi PEMBINA Pulau Pinang

1.Deklarasi peperangan antara keimanan dan kekufuran sudah menjadi fitrah kejadian paradigma dunia ini saat Iblis mencabar Allah S.W.T. akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat.

2.Sejak daripada itu,strategi demi strategi diatur melalui perancangan yang rapi dan tersusun oleh iblis dan bala tenteranya yang mendapat julukan 'hizbussyaitan' dalam melunaskan janji mereka yang terpahat rapi dalam surah Al A'raf

{ قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٰطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ }

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus.

3.Dimensi kekufuran  yang dirancang oleh iblis ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang menterjemahkan realiti pertembungan ini sepertimana Nabi Musa A.S bertemu dengan proksi iblis yakni Firaun serta Nabi Muhammad S.A.W. melawan musyrikin Mekah yang dibantu oleh iblis yang menjelma sebagai syeikh dari An Najd ketika mereka bermusyawarah di Dar An Nadwah di hadapah kaabah.

4.Kemuncak pertembungan ini hampir mencapai tujuan utamanya apabila realiti jelas  menunjukkan kuasa Barat dan sekutunya semakin rancak dalam memahat dan menyemai nilai kekufuran yang berusaha menyingkirkan nilai 'ubudullah dan ad-din dalam kehidupan manusia dengan  membawa fahaman yang meraikan peranan nafsu dalam mengatur akal seperti fahaman liberalisme dan sekularisme.

5.Pun begitu,nilaian keimanan yang dipamerkan oleh penduduk Gaza sepanjang Perang Taufan Al Aqsa ini memberi signal kepada dunia bahawa sememangnya wujud lagi mereka yang teguh menjadi hizbullah (tentera Allah) dalam mempertahankan nilaian syahadah keimanan dalam melawan blok kekufuran yang didalangi oleh yahudi zionis yang sudah sinonim sebagai bangsa pencabar Allah S. W.T. serta pembunuh para Rasul.

6.Kekufuran mereka berulang kali tercatat dalam kalam Al Quran melalui ayat utamanya yakni Al-Baqarah, 120

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).

7.Blok kekufuran hipokrit yang bersatu sebagai ' _millah wahidah_ ini telah mempamerkan wajah mereka yang sebenar sepanjang Taufan Al Aqsa ini berlangsung.Walhal mereka jugalah yang berulang kali meratib nilai _human rights_ sebagai satu nilai yang harus  menjadi teras utama kehidupan masyarakat dunia sekarang.

8.Namun sinar harapan yang ditunjukkan tentera Allah di Gaza memberi peringatan kepada umat yang mahu mengambil peringatan bahawa sekuat mana blok kekufuran itu mengumpul kekuatan dalam meratah kedaulatan umat islam,mereka sesekali tidak akan pernah berjaya mencabar sekalipun dalam memadamkan cahaya agama ini.

9.Oleh yang demikian,berdiam diri bukan lagi pilihan kita yang bersyahadah.Sekurang-kurangnya,sebarkanlah apa yang sedang berlaku kepada saudara kita di sana sekarang sebagai tanda kita menyokong teguh hizbullah yang sedang giat _ribath_ mengawal masjidil Aqsa yang pernah menjadi qiblat kita dahulu.

10.Pilihan di tangan anda!

Sama ada kita mahu terus mahu berdiam diri menyokong blok kekufuran yang tidak akan pernah redha dengan ketauhidan kita,ataupun menjadi sebahagian daripada mereka yang tetap teguh bersama saudara kita di Gaza yang telahpun layak mendapat gelaran hizbullah secara sahnya.

Nota kaki:Hizbullah di sini merujuk kalimah arab bermaksud tentera Allah.

>>Click here to continue<<

PEMBINA Channel 🌐 🇵🇸

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)