TG Telegram Group & Channel
Nkpesansikitje😊👌 | United States America (US)
Create: Update:

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Betulkah dikata orang apabila makanan sudah terhidang dan solat sudah hendak didirikan kita kena makan dahulu?

JAWAPAN: Jika solat sudah hendak didirikan dan makanan sudah dihidangkan maka harus seorang itu dahulukan makan hidangan tersebut kemudian baru ia solat. Tetapi jika ia kerjakan juga solat sedangkan hatinya dapat ditumpukan kepada solat maka hukumnya juga harus dan makan ia selepas selesai dari solat.

Ada pun jika hatinya sangat ingin kepada makan maka afdhal ia makan dahulu supaya bila ia solat nanti hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada solat.

Rasulullah SAW bersabda:

إذا وضع العَشاء وأقيمت الصلاة فابدءوا بالعَشَاء

Maksudnya: “Apabila dihidangkan makan malam dan diiqamatkan bagi solat maka dahulukan dengan makan malam.” [Hadis Riwayat Muslim]

Dan diriwayatkan dari Nafi’:

أن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما كان يوضع الطعام وتقام الصلاة فلا يأتيها حتى يفرغ وإنه يسمع قراءة الإمام

Maksudnya: “Sungguhnya Abdullah bin Umar r.a. adalah diletakkan akan hidangan dan telah diiqamatkan solat. Maka tidak ia mendatanginya sehingga ia selesai makan dan sungguhnya dia dapat mendengar bacaan imam.” [Hadis Riwayat Bukhari]

Berkata Imam Al-Khattabi:

إنما أمر النبى صلى الله عليه وسلم أن يُبْدأ بالطعام لتأخذ النفس حاجتها منه، فيدخل المصلى فى صلاته وهو ساكن الجأش
القلب - لا تنازعه نفسه شهوة الطعام، فيُعْجِلُه ذلك عن إتمام ركوعها وسجودها وإيفاء حقوقها. اهـ فالحديث ليس خاصا بصلاة العشاء، وإنما هو عام فى كل صلاة ينبغى أن يدخلها الإنسان خاليا من المؤثرات التى تشده عن الخشوع فيها

Maksudnya: “Hanyasanya Nabi SAW menyuruh didahulukan makan supaya tertunai hajat keinginan daripadanya maka kemudian ia masuk ke dalam solat dengan hati yang tenang tiada lagi ingatan kepada haidangan yang ada maka segeralah ia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya dan menunaikan segala haknya.

Hadis tersebut tidak hanya khusus dengan solat isyak sahaja bahkan umum pada setiap solat yang sayugialah seorang itu masuk mengerjakannya dalam keadaan tiada perkara yang boleh menghalang khusyuk di dalam solat.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus

Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)

>>Click here to continue<<

Nkpesansikitje😊👌

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)