TG Telegram Group & Channel
Nota Musaddad | United States America (US)
Create: Update:

الدنيا سهلٌ يا شيخ عطاء

Itu titipan seorang shaykh sebelum berpisah pulang ke Kuwait. Malam itu beliau belanja beberapa orang penuntut ilmu makan, hampir RM1k, di Restoran Qasar Balqis. Saya kata, "Banyak ni shaykh."

Beliau kata, "Ini semua sedikit saja. Bukan sebab aku kaya. Tetapi kerana hakikat dunia yang memang tidak ada apa-apa nilai."

Dalam keadaan biasa, saya selalu skeptikal orang yang menyebut perkataan begini. Saya akan mengaitkannya dengan malas bekerja atau berusaha. Selalunya memang begitu.

Cuma ucapan shaykh itu diucapkan tatkala RM1k dihabiskan untuk makan-makan dengan beberapa pelajar Malaysia yang dia tidak pernah kenal pun sebelum petang itu. Saya pun, itu kali pertama bertemunya. Sebelum ini hanya menerusi WhatsApp.

Barangkali itu gayanya orang yang dunia hanya digenggam di tangan, tidak masuk ke dalam hatinya. Dunia ini, jika difikir-fikirkan, memang tidak berbaloi untuk dirisaukan, untuk disedihkan.

>>Click here to continue<<

Nota Musaddad

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)