TG Telegram Group Link
Channel: 🎭Seram Mistik🎭
Back to Bottom
#mistik416

Ajit (bukan nama sebenar) salah seorang pegawai Institut Perakaunan Negara (IPN) yang hampir 3 tahun bekerja di sana (saya agak). Ajit berasal dari pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor berulang alik setiap hari ke Institut Perakaunan Negara memakan masa selama satu jam untuk sampai di tempat kerjanya. Entah kenapa dia tidak berminat untuk menyewa rumah yang sememangnya ada di sekitar kawasan tempat kerjanya. Azwan, anak Wak Din yang bertubuh agak besar dan berisi itu adalah sahabat karibnya di tempat kerja.

Kebetulan pada suatu hari mereka berjumpa sambil bersembang, terselit cerita berkenaan orang bunian di sekitar kawasan tempat kerjanya. Ajit dengan selamba berkata ''Alah, kalau setakat kawasan ini je aku tak takut pun, bukan nak jadi apa..Bacakan je ayat Kursi cukuplah, lari semua hantu syaitan jin''. Lebih kurang begitulah kata kata nakalnya. Azwan terus memintas kata kata kawan baiknya tu, ''Cakap tu berlapik la sikit, kalau iye pun boleh jampi menjampi tak payahlah cakap macam tu, nanti menyusahkan aku je'' Kata Azwan mengingatkan kawan baiknya itu. Azwan memang sedia faham, kawasan tempat kerjanya memang sudah berkali kali terjadi peristiwa ganjil termasuk baru baru ini salah seorang pengawal keselamatannya ternampak orang berkelah dan mandi manda di kawasan swimming pool sebelah bangunan admin. Seorang pengawal keselamatan yang kebetulan berada berhampiran pun dapat menyaksikan keganjilan itu. Tapi bila bos mereka dipanggil, tiba tiba lenyap semua apa yang dilihat dari pandangan mata.

Orang kampung tahu keadaan yang sebenarnya tetapi sengaja membiarkan sahaja sebab selama ini orang orang bunian ini tidak pernah mengganggu mereka, masing masing dengan alam dan kesibukan sendiri. Kalau ada orang luar dan baru datang kerja biasanya kena sakat dan di usik sekejap, mungkin salam perkenalan bagi mereka tapi bagi kita yang penakut ini itu bukan begurau namanya.

Ajit petang tu agak tergesa gesa bersiap nak balik, selepas punch card dia terus ke parking motosikalnya. Mungkin ada temu janji dengan kawan kawannya minum teh di kampung. Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 pm. '' Pukul 6.00pm sampailah nanti'' Hatinya berbisik. Di dalam masa dia menarik keluar motosikalnya dari garaj, terfikir apa yang dikatakannya tadi. '' Apa nak di risaukan, aku bukan nak ajak gaduh..ah mintak dijauh le'' Sambil membonceng motosikalnya dia membaca apa yang selalu diwiridkannya sewaktu memandu. Ajit ni sebenarnya budak baik. Keluarganya pun orang baik baik. Kira masih ada bau ugama jugak lah. Nasibnya kurang baik petang itu.

Sudah dua kali dia berulang alik di jalan yang sama berdepan dengan pintu gerbang IPN tempat kerjanya. Biasanya dia akan keluar menuju ke Pekan Parit Baru dan terus ke arah Sabak Bernam untuk balik ke Tanjung. Tapi petang itu dia tak nampak jalan yang biasa dia lalu. Dia hairan sebenarnya kenapa dia tidak berjumpa jalan laluan hariannya. Kalau diikutkan jalan tadi tak lama dia akan sampai ke pekan kecil itu. Jam sudah menunjukkan 5.30pm, Ajit masih ulang alik di depan pejabat IPN lagi.

Lama kelamaan dia menghentikan motosikalnya di salah sebuah simpang jalan yang berdekatan. Sehinggalah magrib hampir masuk waktu. Anehnya tidak ada seorang pun yang lalu, dia bercadang nak tanya orang yang lalu lalang disitu untuk meminta bantuan. ''Aku ni tersesat jalan ni..'' Bisik hati kecilnya. Ajit mula risau bila jam ditangan sudah menunjukkan masuknya waktu magrib. Hampir dua jam dia disekitar jalan masuk ke pejabatnya di IPN. Orang tak ada, hari semakin gelap. ''Ah daripada susah susah solat dulu lah'' Ajit bercakap seorang diri.

Tiba tiba Ajit ternampak sebuah masjid besar tak jauh dari tempat dia berhenti."Eh, ada masjid pulak , masjid apa tu ? ", Ajit tergumam memandang sebuah masjid yang besar dan cantik. Lain dari yang lain. Ajit belum pernah jumpa masjid besar seperti itu di kawasan ini. Ajit terus menyelusuri jalan yang terlihat di hadapannya tanpa membuang masa lagi. Tanpa rasa takut dan was was dia terus masuk ke dalam masjid yang baru ditemuinya itu untuk menunaikan solat fardhu magrib.
Apabila dia melangkah masuk ke dalam masjid itu terasalah betapa luas dan indah masjid itu. Syilingnya berwarna kuning, dindingnya penuh dengan ukiran yang cantik dari ayat ayat al quran, karpetnya tebal dan empuk. Sangat lembut karpet yang dipijaknya. Terasa seperti tenggelam tapak kakinya ke dalam lantai masjid tersebut. Apabila dilihat para jemaah sudah mula mendirikan solat Ajit pun segera bermakmum di belakang mereka.

Ramai juga jemaahnya, hampir penuh masjid. Sambil kumat kamit mulutnya membaca surah fatihah fikirannya berjalan ke sana kemari , sekejap ke depan melihat imam, siapa imamnya, sekejap ke tepi, ke kanan ke kiri. Sembahyang orang hairan..susah nak khusyuk. Sebenarnya hati Ajit berasa tenang berada di dalam masjid tersebut, sedikit pun tidak merasa gementar atau takut. Tidak seperti sebelumnya yakni sewaktu mencari jalan balik tidak berjumpa.

Waktu itu itu Ajit merasa sangat risau dan khuatir. Terfikir perkara yang bukan bukan di dalam benak fikirannya. Sekarang Ajit sudah menyelesaikan solatnya. Ajit membetulkan lipatan kakinya untuk bersila sambil matanya tidak berhenti memandang keliling kawasan dalam masjid itu. Mulutnya mula membacakan wirid selesai solat seperti biasanya. Aneh, sedari tadi tidak ada siapa pun yang menyapanya. Jin ke apa ni sebenarnya'' Gumam hatinya. Bibirnya terus membacakan wirid bersama imam dan mengaminkan doa tok imam tidak lama selepas itu.

Sewaktu Ajit hendak berdiri dari duduknya tiba tiba Ajit terasa seperti tersandung sesuatu, entah besi entah kayu, barulah Ajit tersedar Ajit tersandung motosikalnya. Ajit mendapati dirinya disebelah motosikalnya tadi. Entah bila masanya dia duduk menyandar di tepi motosikal yang di hentikan di persimpangan jalan tadinya. Ajit teraba raba kunci motosikalnya kerana gelap. Hairannya tak sudah, cepat cepat dia membonceng motosikalnya dan berlalu dari situ. Baru dia nampak jalan yang dicari cari dari petang tadi. Apabila sampai di kawasan berlampu neon kuning itu Ajit melihat jam tangannya,'' Dah dekat isya'' Bisiknya.

Hampir tiga jam rupa rupanya Ajit berkeliaran di sekitar jalan jalan sunyi di situ.'' Tobat aku tak nak cakap yang bukan bukan lagi, sesat jalan aku dibuatnya'' Agaknya ada yang dengar cakap aku tadi kot, tu yang di buatnya aku macam macam tadi'' keluh si Ajit sambil menggelengkan kepalanya. Tanpa membuang masa Ajit memulas pedal minyak motosikal selaju lajunya terus pulang ke rumah.

Pada keesokan harinya, dia berjumpa dengan Azwan awal awal lagi. Azwan terkejut mendengar kisah dirinya tersesat ke alam bunian berjemaah solat maghrib dengan mereka di masjid berwarna kuning. Azwan menceritakan semula kepada ayahnya kisah kawan baiknya tersesat jalan dan terjumpa masjid seperti yang pernah diceritakan oleh ayahnya suatu ketika dahulu. Wak Din tersenyum mendengar cerita anaknya '' Betul lah tu'' Kata Wak Din sambil mengakhiri ceritanya.

Moral cerita benar ini:
Jaga lidah dari mengungkapkan sesuatu yang jelek, atau kata kata sombong terutama di kawasan yang asing bagi kita seperti di dalam hutan, sungai, di laut, atau di dalam kawasan masjid terutamanya Masjidil Haram. Makhluk makhluk halus ini sentiasa berkeliaran dan mendengar seperti kita, melihat seperti kita melihat. Mereka juga berperasaan seperti perasaan kita. Oleh itu perhatikanlah apa yang boleh kita jadikan teladan dari cerita ini.

👻TAMAT👻

Sumber: Koleksi Kisah Seram

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik417

Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang bercuti disebuah pusat peranginan. Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti. Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu.

Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah. Masing,-masing berpasangan. Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.

Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain. Sudah tidak sabar-sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut. Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja. Kini tibalah masa untuk merasainya pula.

Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat. Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas. Mereka tetap juga bermain. Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ.

Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian. Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam. Apabila letih, mereka akan berhenti minum.

Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel. Didalam perjalanan pulang ke hotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi. Di tepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok. Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa. Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut.

Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba-tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka. Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu. Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini. Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba-tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua.

Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama ada terdapat kawan kawan mereka menyorok di sebalik pokok. Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa. Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan. Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.

Tiba-tiba, nama mereka dipanggil semula. Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut. Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.

Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah-celah dahan pokok tersebut.

Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok. Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala-kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan. Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah. Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka.

Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, kedua-duanya berlari balik ke hotel. Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menceritakan apa yang mereka alami kepada kawan-kawan yang lain. Terkejut kawan-kawan apabila mendengarkan cerita tersebut.

Berikutan dengan rasa takut dan terkejut, kedua-dua wanita ini jatuh sakit pada keesokan harinya. Lantaran itu mereka telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Akibatnya Lily dan May menjadi seorang yang amat penakut.

👻TAMAT👻

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik418

Penduduk setempat sedia maklum dengan cerita penunggu yang selalu ditemui di perhentian bas usang jalan utama ke Kampung Bechah Laut. Bukan sekali dua pemuda kampung berjumpa dengan lembaga bertelekung putih dengan raut wajah yang menggerunkan.

Tapi kisah itu sedikit pun tidak berkesan pada Zarina. Malah dia tidak mengambil kisah pun dengan cerita hantu yang selalu dikhabarkan penduduk kampung. Jika penduduk kampung takut untuk melalui jalan utama Kampung Bechah Laut selepas jam 10 malam, Zarina pula berani melintasinya malah melepasi kawasan perkuburan selang dua kilometer dari pondok perhentian usang.

Pondok itu memang lama dibina dan dibiarkan tidak digunakan di situ. Dahulu ada juga pekerja kilang yang menanti bas atau van kilang untuk mengangkut mereka pada waktu-waktu kerja malam. Selepas itu, pondok itu hanya akan digunakan oleh anak-anak sekolah yang menunggu bas setiap kali jam 6.30 pagi.
Setiap hari itulah jalan yang terpaksa dilalui olehnya untuk menghantar kuih ke tiga buah warung yang sudi menjual kuih buatan ibunya. Salah sebuah warung berkenaan terletak benar-benar di hadapan kawasan perkuburan Melayu dan berdekatan juga dengan pondok usang yang penuh misteri itu.
Berbeza dengan tugas adiknya, Zurin yang ditugaskan untuk menghantar kuih di tiga buah warung lain yang terletak bersebelahan dengan kawasan warung jualan Zarina. Selalunya Zarina dan adiknya akan menaiki kenderaan masing-masing untuk menghantar kuih.

Oleh kerana jam 6.30 pagi bas sekolah akan mengambil mereka, terpaksa kedua beradik ini keluar seawal enam pagi agar tidak ditinggalkan bas sekolah berkenaan. Laluan utama itu sebenarnya tidaklah sunyi dari kenderaan balak yang lalu lalang. Sedikit sebanyak memberi keberanian buat Zarina dua beradik keluar seawal pagi untuk memulakan tugas.

Jalan utama yang dikatakan berpenunggu itu menyimpan rahsia tersendiri. Kata orang kampung, jalan itu kerap kali meragut nyawa mangsa yang tidak berdosa ketika kemalangan. Dua tahun lepas, seorang wanita dikatakan meninggal dunia akibat dilanggar lori balak yang tidak nampak kelibatnya melintas jalan raya pada sebelah malam. Mangsa langgar lari ini dikatakan terpelanting jauh ke dalam semak.
Selama dua hari mayatnya terbujur kaku di dalam semak. Sehinggalah penduduk kampung terhidu bau bangkai menusuk ke hidung dan proses mencari dijalankan selepas ibu bapa membuat aduan kehilangannya. Sejak kejadian itu, jalan utama menjadi tempat hantu wanita ini berkeliaran.

Petang itu, motosikal yang selalu digunakan Zarina mengalami kerosakan. Hendak tak hendak terpaksalah Zarina membonceng dengan adiknya untuk menghantar kuih ke enam buah warung yang menempatkan kuih ibunya. Oleh kerana, sebuah kenderaan yang ada terpaksa dua beradik ini keluar seawal 5.30 pagi.

Selesai menghantar kuih ke kawasan adiknya, Zarina bergegas menuju ke kawasan warung yang biasa dikunjungi. Sewaktu motosikalnya meluncur laju membelah jalan utama, matanya sempat menangkap kelibat wanita berpakaian putih sedang menunggu bas di pondok usang. Oleh kerana hendak cepat, tidak terlintas fikiran yang bukan-bukan di hatinya.

Laju dia membelah jalan raya menuju ke warung yang betul-betul terletak berhadapan dengan kawasan perkuburan. Sementara menunggu Pak Mat membuka warungnya, Zarina mengeluarkan kuih yang akan diletakkan di situ. Tidak lama baru dia tersedar yang sebekas kuihnya tidak ada di dalam bakul motosikalnya.

Dalam keadaan mengejar masa hendak ke sekolah itu, Zarina hanya mengarahkan adiknya menunggu di warung Pak Mat sementara dia berpatah balik untuk mengambil bekas kuih yang tertinggal. Sekali lagi dia terpaksa melewati pondok usang di jalan utama itu. Kali ini wanita yang dilihatnya tadi masih ada di situ. Kali ini dia sudah berdiri dekat dengan jalan raya. Tapi ketinggiannya memang luar biasa dari wanita biasa yang pernah ditemui.
Hatinya terdetik pelik memikirkan siapakah gerangan manusia yang sanggup menunggu bas seawal pagi begini. Dia terus melewati wanita berkenaan tanpa perasaan. Sekembalinya menuju ke warung Pak Mat, Zarina masih lagi melihat wanita itu berdiri di tepi jalan raya. Kali ini dia cuba beramah mesra. “Tunggu bas ke kak,” katanya menegur.

Kemudian wanita itu berpaling, me mandang tepat ke arahnya yang sedang memandu motosikal. Oleh kerana, laluan itu kawasan selekoh maka kenderaannya tidak dipandu laju. Wajahnya penuh dengan sisa daging yang hendak tertanggal dan matanya yang bulat merah membuntang menyentap perasaannya.

Waktu itu, hatinya hanya sempat berfikir tentang wajah hodoh yang ditemui. Selang dua meter perjalanan barulah dia sedar bahawa yang ditemuinya tadi bukanlah manusia biasa. Sebaliknya itulah hantu wanita yang selalu menjadi bahan bualan penduduk kampung.

Di warung Pak Mat, Zarina menceritakan peristiwa yang baru dialami kepada adiknya. Separuh menjerit Zurin menghalang Zarina daripada terus bercerita. Sepanjang perjalanan balik masing-masing tidak mengeluarkan sepatah kata. Malah kelibat wanita tadi tidak pula berada di perhentian usang jalan utama Kampung Bechah Laut.

👻TAMAT👻

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik419

Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga-bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari di rantau orang.

Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah di dalam hati. Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut teman-temannya, sekolah itu dibina di kawasan bekas markas tentera Jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.

Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lena diulit mimpi, secara tiba-tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat di padang sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel-bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu lenyap. Tapi askar tentera Jepun suara itu tidak juga berhenti.
Sambil menggosok-gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah. “Siapalah yang pagi-pagi buta dah berkawat ni?” getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap.

Matanya yang layu terkebil-kebil memerhatikan suasana padang yang lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah di dalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka. Suasana dingin tiba-tiba mencengkam malam. Zaliah mula berasa seram. Fikirannya mencari-cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba-tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap di hadapannya.

Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait-bait ayat yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris, sebaliknya bahasa Jepun! Tidak menunggu lama, Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselubung, dia cuba untuk melelapkan mata.

Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun di antara rakan-rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah-olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba-tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas di cuping telinganya bunyi orang berjalan di luar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah-olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.

Hati Zaliah mula berdebar-debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata-kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas Jepun itu dikatakan telah banyak kali ‘memakan’ mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata-kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

Belum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba-tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti di hadapan pintu dormnya. Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas di ruang mata Zaliah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri di hadapan pintu. Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir-hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu melangkah masuk ke dorm sambil mengheret rantai besi di kakinya.

Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak di sana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa-apakannya.

Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera Inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya. Serta-merta bau busuk mula menyusuk hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur di sebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk mengejutkan temannya itu, namun suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong.
Zaliah menjadi benar-benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah longlai. Syukurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat-ayat al-Quran. Berkali-kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggalah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri.

Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah didapati masih tidak sedar dari tidur. Dia terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Zaliah bagaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.

👻TAMAT👻

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik420
#CeritaPendek

Selesai mengaminkan doa Azizul pantas menuruni anak tangga surau untuk pulang ke rumah.Dia perlu segera sampai di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka.

Tidak sampai hati dia membiarkan isterinya hanya seorang diri menyiapkan itu ini sedangkan usaha itu dilakukan untuk menambahkan pendapatan mereka.

"Hai Zul awal lagi takkan dah nak balik..marilah berborak dulu" sapa Tapa apabila melihat Azizul sudah berada di atas motor.

"Tak bolehlah Pa..aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-kuih tu..sian bini aku buat keje sorang-sorang, bukan macam korang" balas Azizul.

"Ha jaga-jaga sikit Zul kang terjumpa langsuir" celah Nordin cuba menyakat.

"Ala Din tu cite zaman pelita minyak tanah, skang zaman moden..mana ada lagi semua tu".

"Cakap besar nanti jumpa baru tau!"dalam deruman enjin motorsikalnya Azizul masih dapat mendengar tempelakan Nordin kepadanya, tapi dia buat tak tahu saja. Malas nak melayan kerenah mereka.Yang penting dia segera sampai dirumah.

Dia bukan mahu cakap besar,sudah berbulan dia berulang alik ke kawasan perumahan Taman Sejati untuk menghantar kuih kepada penjaja di situ dan acapkali itulah juga dia melalui selekoh Tok Soh yang dikatakan keras dan langsuir menjelma disitu.Namun dia tidak pernah terserempak.

Acapkali juga telinganya mendengar cerita berkenaan langsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang membawa cerita mereka menafikan pernah menjumpainya sendiri.Sekadar mendapat cerita dari orang lain. Jadi pada Azizul cerita itu sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu pada malam hari.

"Esok pagi abang keluar awal sikit"kata Azizul pada isterinya ketika sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi lemak.

"Kenapa pula? Kan masih sempat abang keluar macam biasa?" tanya isterinya dari sudut dapur.

"Bos abang tu asyik pandang abang semacam jer kebelakangan ni sebab kerap sangat abang lewat".

Azizul bekerja sebagai tukang kebun di sebuah loji air di pinggir pekan Sungai Petani. Azizul sedar setiap pagi dia berkejar menghantar kuih ke Taman Sejati yang jaraknya 13 kilometer dari rumah kemudian berpatah balik untuk menghantar anakanya ke sekolah.

Selepas itu barulah dia dapat bertolak ke tempat kerja.Memang setakat ini bosnya belum bersuara tapi sekadar menjeling,jadi faham-fahamlah maksudnya itu.

Keesokkan hari awal-awal pagi lagi Azizul telah bersiap-siap memasukkan nasi lemak ke dalam bakul sementara isterinya subik menggoreng karipap di dapur.

"Awal sangat ni bang, jalan raya masih sunyi lagi"isterinya menyuarakan kebimbangan.

"Dah pukul 5 awal ape lagi,van kilang pun dah keluar amik pekerja masa ni.Dahla mintak kuih tu". balas Azizul sambil mengikat raga di pelantar motornya.

Azizul menhidupkan enjin motornya dan meredah kegelapan pagi untuk ke Taman Sejati. Memang benar kata isterinya jalan masih sunyi. Tiada satu pun van kilang yang berselisih dengannya pagi itu. Rupanya hari itu hari Ahad, semua pekerja kilang bercuti.

Pagi itu suhu amat sejuk membuatkan Azizul mengeletar kesejukan. Pandangannya terhad kerana cuaca berkabus. Namun dia tidak berani menambah kelajuan motornya kerana bimbang terlanggar lembu-lembu yang mungkin tidur di tengah jalan raya. Biasanya lembu itu gemar tidur di atas tar untuk memanaskan badan.

Ketika melewati Selekoh Tok Soh seorang gadis menahan motorsikalnya Azizul memberhentikan motornya di hadapan gadis itu. Pada fikirannya mungkin gadis itu pekerja kilang yang keluar untuk bekerja pada hari minggu bagi mendapatkan duit lebih.

"Nak beli kuih?" Gadis itu mengangguk, baunya sungguh harum.Namun Azizul tidak ambil pusing kerana padanya gadis dan wangi-wangian memang tidak dapat dipisahkan. Azizul sudah lali dengan bau pewangi gadis pekerja kilang apabila mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih. Bila lima gadis turun serentak bau wangi itu takkan hilang walaupun van kilang telah berlalu pergi.
Oleh kerana suasana masih gelap Azizul mennyalakan lampu suluh yang dibawanya bagi membolehkan gadis itu memilih kuih yang dikehendakinya.Gadis itu mencapai plastik yang tersangkut di raga motor lalu mengambil 2 bungkus nasi lemak dan 3 ketul kuih seri muka.

"Dua ringgit semuanya"kata Azizul. Gadis itu menghulurkan dua keping wang kertas dan berlalu pergi. Azizul memasukkan wang itu ke dalam kocek seluar sebelum meneruskan perjalanannya. Ketika membuat pusingan dia sengaja menghalakan cahaya lampu motornya ke arah gadis itu.

Boleh tahan cantiknya, getus hati Azizul. "Cuti-cuti pun kerja juga?"Azizul sengaja melontarkan soalan itu. Tetapi tidak dibalas, hanya senyuman yang terukir di bibir.

Azizul kembali meneruskan perjalananya. Dalam hati terdetik betapa beraninya gadis itu menunggu van kilang dalam kegelapan malam di tengah-tengah kebun getah pula. Biasa dia melihat gadis menunggu van kilang di awal pagi seperti itu tapi mereka tidak berseorangan, biasanya berkumpulan atau ditemani oleh seorang lelaki.

"Jangan-jangan itu langsuir yang dikatakan Nordin semalam".
"Ah mengarut jer, kalau langsuir pasti dia dah pamerkan muka sebenar masa aku berenti tadi.Takkan langsuir nak makan nasi lemak. Kuih seri muka tu nak buat tambah seri muka dia ker?"kata Azizul seorang diri sambil tergelak kecil.

"Awal pagi ni?"tegur penjaja menyedari dia tiba awal dari kebiasaan. "Nak cepat Bang Man. Hari ni kuih seri muka kurang 3 ketul dan nasi lemak kurang 2 bungkus, ada orang beli tengah jalan tadi." Beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu. Azizul bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah pula. Dia mengerjakan solat Subuh sambil menunggu anaknya menyiapkan diri.

"Ayah, mak suruh minta duit belanja dengan ayah sebab hari ni mak takde duit kecil," katanya anak sulungnya apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah. Azizul menyelok kocek seluarnya untuk mengambil duit 2 ringgit yang diberikan oleh gadis pagi tadi.Tapi dia hairan tiada duit cuma daun getah kering 2 helai terdapat disitu.

Tercenggang seketika Azizul dibuatnya. Merasa tak puas hati dia menyeluk pula kocek sebelah lagi, kosong. "Dari mana datangnya daun getah ni, seluar ni baru aku keluarkan dari almari," akalnya ligat berfikir. Sesusuk tubuh gadis tadi terbayang di matanya.Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa,mungkin jelmaan langsuir. Buktinya 2 helai daun kering ditangannya kini.

Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut dan selepas kejadian itu dia tidak akan keluar menghantar kuih selagi belum jam 6 pagi.

👻TAMAT👻

Sumber: Koleksi Kisah Seram

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
HTML Embed Code:
2024/05/03 04:04:03
Back to Top