TG Telegram Group Link
Channel: 🎭Seram Mistik🎭
Back to Bottom
#mistik410
#CeritaPendek

Azimah dan Zaki adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Mereka menetap di sebuah taman perumahan di Padang Serai di utara tanah air. Memandangkan suaminya bekerja mengikut syif, Azimah dan anak perempuan mereka menumpang di rumah ibu mentuanya yang terletak agak jauh daripada kediaman mereka setiap kali Zaki terpaksa bekerja syif malam.

Untuk pulang ke rumah, mereka terpaksa menempuhi perjalanan melalui kebun kelapa sawit yang agak luas. Sudah pasti, keadaan sememangnya menyeramkan terutama pada waktu malam ketika kenderaan amat kurang dan lampu jalan yang cuma samar-samar. Kebiasaan melalui kawasan sebegitu pada waktu malam membuatkan Azimah dan Zaki tidak berasa takut dan belum pernah berdepan sebarang masalah, termasuk gangguan makhluk halus biarpun diingatkan rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa gangguan berkenaan.

Namun, kekebalan pasangan ini terlerai juga apabila pada satu malam, ketenangan meredah kepekatan malam itu mengundang episod mencemaskan buat mereka sehingga terpaksa mengambil cuti sakit akibat demam. Malam itu, seperti biasa, Zaki menjemput anak dan isterinya selepas tamat syif. Perjalanan biasa menjadi sebaliknya apabila anak mereka yang tidur di tempat duduk belakang, kelihatan agak gelisah.

“Kenapa dengan Adila ni? Selalunya tak ada masalah. Hairan juga...,” kata Azimah dalam hati yang agak hairan dengan Adila yang merengek. Belum pun sempat memusing ke belakang, tiba-tiba Zaki berkata:

“Awak jangan pandang belakang. Biarkan saja Adila,” kata Zaki.

Anehnya, semakin dia ingin menoleh ke belakang, semakin tegas Zaki melarangnya. Lumrah manusia, lagi dilarang lagi ketara rasa ingin tahu, Azimah lantas berpaling ke belakang kerana enggan meneruskan pertengkaran selain memujuk Adila tanpa mempedulikan apakah sebenarnya di sebalik larangan Zaki itu.

Hakikatnya, tanpa disedari Azimah, Zaki sebenarnya sudah ternampak kelibat makhluk lain di bonet belakang, menerusi cermin pandang belakang. Disebabkan tidak mahu Azimah ketakutan, Zaki melarang isterinya menoleh. Ibarat skrip filem, sebaik Azimah menoleh, makhluk berkenaan hilang dan menjelma betul-betul di depan Zaki yang berusaha memandu kereta dalam keadaan terketar-ketar.

Apalagi, terkumat-kamit mulut Zaki membawa ayat Kursi sambil tangannya terus mengemudi stereng dan kaki memijak pedal minyak sambil cuba bertahan sedaya mampu. Zaki sedar, jika dia panik, ia hanya mengundang nahas buat mereka. Anehnya, kenderaan itu semakin perlahan.

Seolah-olah ingin mempermainkan mereka suami isteri, makhluk berkenaan sekali lagi menghilang dan muncul di bonet belakang sebaik Azimah berpaling semula ke depan.

Azimah yang tidak tahu hujung pangkal, pula merungut kerana kereta mereka seolah-olah terlalu berat untuk bergerak walaupun jelas Zaki menekan minyak. Pada masa sama, dia berasakan kelainan yang ketara pada malam itu.

Kesunyiannya berbeza daripada malam sebelumnya dan sesekali Azimah berasa seram sejuk.

Namun perasaan itu dipendamkan kerana tidak ingin mengganggu tumpuan Zaki yang sedang memandu walaupun menyedari tingkah laku suaminya agak berlainan pada malam itu.

Sementara itu, bagi menghilangkan rasa takut dan memulihkan semangat, Zaki meminta Azimah mencapai cakera padat bacaan Yaasin yang sememangnya berada di ruang simpanan barangan. Azimah yang semakin hairan dengan sikap Zaki cuba bertanya tetapi akhirnya kembali diam selepas dilihat Zaki langsung tidak mengendahkannya dan sebaliknya semakin kerap melihat cermin pandang belakang.

Zaki memberanikan diri membuka sedikit cermin kereta dengan tujuan alunan ayat suci itu dapat berkumandang sehingga ke luar kereta dan menghindari makhluk halus itu daripada terus mengganggu perjalanan mereka sekeluarga. Harapannya tersasar kerana makhluk berkenaan masih melayang-layang terbang mengekori kenderaan mereka.
Azimah yang masih tidak menyedari apa yang berlaku, mula cuak apabila merasai sesuatu seperti rambut mengenai mukanya daripada cermin tingkap yang dibuka sedikit. Cuma dia sedikit hairan kerana tahu rambut anak perempuannya tidak sepanjang itu sehingga boleh mengenai mukanya.

Dalam Azimah melayan rasa peliknya tiba-tiba Zaki menekan brek mengejut dan jelas pada pengetahuan mereka berdua, Zaki terlanggar sesuatu. Azimah yang panik menggesa Zaki keluar melihat apa yang dilanggarnya tetapi Zaki berkeras enggan berbuat demikian dan mengatakan dia sebenarnya tidak melanggar apa-apa.

Pertengkaran mereka terhenti sendiri apabila tiba-tiba satu lembaga mengerikan dengan rambut panjang mengerbang, muncul dari depan kereta dan terus melayang sambil mengilai.

Azimah yang terkejut bercampur takut terus menjerit sebaik makhluk berkenaan menunjukkan dirinya yang sebenar sedangkan Zaki berusaha menenangkan diri. Ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi hafalan sejak kecil terus dibaca walaupun ada ketika agak lintang pukang bacaannya.

Agak lama makhluk itu mengganggu mereka sebelum terbang menghilangkan diri ke dalam kebun kelapa sawit di tengah kepekatan malam. Menceritakan kisah seram itu, Azimah berkata dia nampak makhluk itu cukup menakutkan sebaliknya Zaki pula memberitahu makhluk itu kelihatan cantik.

“Saya pun hairan sebab anehnya, saya nampak pontianak itu dengan wajah yang menakutkan, berambut panjang mengerbang. Tetapi suami sebaliknya nampak wanita cantik,” kata Azimah.

Apa yang pasti, sejak kejadian itu, andai Zaki bekerja syif malam, mereka sekeluarga akan tidur di rumah ibunya kerana tidak berani lagi melalui kawasan sama pada waktu malam dan ‘ditemani’ makhluk halus.

👻TAMAT👻

Sumber: Berita Harian

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik411

Kisah ini adalah benar dan aku yakin ada orang lain pernah mengalaminya. Pada 19 October lalu, aku telah dimasukkan ke hospital. Ini adalah kali pertama aku menjadi 'penghuni sementara' disebuah hospital. Aku ditempatkan disebuah bilik yang mangandungi enam orang pesakit. Katilku terletak ditengah tengah. Semua pesakit sebilikku itu ialah cina yang lanjut usia. Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana 'kekenyangan' tidur pada siang siangnya.

Pada suatu malam, kira kira jam 9, aku rasa ingin membuang air kecil, tetapi takut untuk kebilik air yang agak jauh dari tempatku. Lagipun, lampu diluar sudah dipadamkan. Akhirnya aku memberanikan juga diri untuk ke bilik air kerana tidak tahan, khuatir akan 'terbuang' diatas katilku. aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air. Setibanya disitu, aku dapati blik air itu kosong. Tetapi dengan tiba tiba aku terdengar macam ada orang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai.

Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang berselebahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci. Aku pun biarkan sahaja kerana sangka ku, mungkin ada orang didalamnya. Aku pun pergi ke besin untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada didalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ketandas lain melainkan untuk mandi.

Lama juga aku menanti. Apabila aku mula merasa bosan, aku terus ke tandas itu semula dan...alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun didalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi. "Bila masa orang n ie keluar, tak nampak pun," kataku sendirian. Aku mula terasa takut. apa tidaknya, hampur 10 minit aku menantinya diluar, tiba tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada diluar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi.

Oleh karana terlalu takut, aku tak jadi buang air kecil dan terus balik ke bilikku. aku cuba tenangkan perasaanku. Sepanjang malam aku gelisah tidak boleh tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal.

Dalam kegelisahan begitu, tiba tiba aku terpandang sesuatu diluar tingkap. Aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan. Rambutnya putih, kusut masai keparas bahu, mukanya hodoh, terkopek kopek dan berdarah. Matanya sayu termasuk kedalam. Aku benar benar terpukau. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar debar. Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk. Mulutku seolah olah terkunci untuk berkata kata. Hatiku merayu..."Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini." Tiba tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu.

Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar benar berada dihadapannya. Lama kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik keatas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini, segala-galanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatan ku dan tidak mungkin aku dapat melupakannya.

👻TAMAT👻

Sumber: Penggali Kubur

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik412

Kira-kira pukul 2.00 pagi saya terjaga apabila mendengar suara operator telefon radio teksi membuat panggilan. "Ada penumpang dari Bukit Antarabangsa nak ke Taman Tun Dr. Ismail, sesiapa yang berdekatan kawasan itu sila lapor...."suara operator halus keluar dari alat komunikasi. Tanpa berfikir panjang saya terus meyambut panggilan dan menyatakan sanggup untuk mengambil penumpang itu. Dari Jalan Hulu Klang saya masuk ke simpang Bukit Antarabangsa yang jalannya banyak selekoh tajam.

Malangnya, kira-kira lima minit kemudian operator memberitahu supaya saya tidak terus ke kondo tersebut kerana teksi lain telah mengambil penumpang itu. "Dah dekat nak sampai ni," beritahu saya pada operator.

"Janganlah marah, saya pun tak tau. Teksi tu tak lapor pun, tiba-tiba saja beritahu dah ambil," suara operator membela diri. "Okeylah saya pusing balik," kata saya, sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah alang-alang ada di Bukit Antarabangsa lebih baik saya teruskan perjalanan hingga ke kondo tersebut. Manalah tahu kalau-kalau adalah penumpang lain. Jika tak adapun tak apalah, asalkan hati puas.

Sewaktu tiba di pondok pengawal, tidak ada sesiapa pun di situ. Kemudian saya buat pusingan U dan patah balik. Saya pandu kereta perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari lereng bukit. Di kiri dan kanan semuanya nampak gelap, hanya kelihatan bayang-bayang hitam pokok-pokok.

"Screeeeet!!!!!!!"

Tayar kereta berdecit apabila brek ditekan mengejut. Nyaris-nyaris saya terlanggar perempuan di tepi jalan yang sedang melambai-lambaikan tangan menahan teksi saya.

"Wow! Cantik seksinya cun melecun," sepontan keluar dari mulut saya apabila nampak wanita dalam lingkungan 20-an memakai gaun merah pendek. Gaun tanpa lengannya ketat hingga menampakkan susuk tubuh yang menggiurkan. Saya terpaku juga dengan keayuan gadis itu. Saya turunkan cermin tingkap untuk bertanya. Gadis berambut panjang, hidung mancung, berkulit putih dan bermata galak itu tersenyum.

"Gombak," ringkas jawabnya dalam pelat Cina.

"Okay, boleh," jawab saya.

Gadis itu terus membuka pintu belakang. Alamak....! Minyak wangi apa yang dipakai hingga menusuk ke hidung. Saya terus memandu menyusuri selekoh tajam jalan Bukit Antarabangsa untuk ke lebuh raya Hulu Klang kemudian ke Gombak. Sambil memandu saya sempat menjeling ke cermin, perempuan itu tersandar di kerusi dengan mata terpejam. Fikiran saya terus melayang memikirkan keberanian perempuan itu berjalan seorang diri di dalam gelap. Namun saya tidak berani bertanya kerana bimbang dituduh menyibuk.

Tiba-tiba terasa tengkuk saya disentuh jari-jemari. Sejuk seperti air batu. Saya tepis tangan gadis itu dan menyuruhnya duduk baik-baik. Namun tengkuk saya terus juga diraba dengan gaya menggoda. Saya tepis tangan perempuan itu.

"Cik, jangan buat macam tulah," kata saya.

Perempuan itu tidak mempedulikan kata-kata saya. Dia terus juga meraba dan membelai tengkuk, bahu serta rambut saya. Kali ini saya bersuara dengan lebih keras sekali gus memandang ke cermin. Saya merenung cermin agak lama kerana tidak pasti apa yang dilihat.

"YA ALLAH! Eh! Betul ke ni?" saya bercakap sendiri. Kemudian saya pasang lampu. Perempuan itu menyeringai, mukanya menggerutu. Mengalir darah dan nanah dari kudis-kudis di pipi, dagu dan dahi. Kelihatan kedua-dua matanya tersembul keluar.

Saya terus tekan brek sekuat-kuat hati, kemudian pusing stereng untuk berpatah balik ke pondok pengawal di kondo tadi. Jari-jemari berkuku panjang terus meraba-raba dan membelai tengkuk saya. Beberapa kali saya cuba membaca ayat Qursi tapi lintang-pukang tidak tahu yang mana harus dibaca dulu. Lidah saya kelu. Kemudian saya cuba pula baca Al-Fatihah pun sama juga, tak berjaya!

Kereta yang saya pandu sekejap ke tepi sekejap ke tengah. Saya bimbang jika jari-jari itu akan mencekik leher saya. Saya tekan minyak sekuat kaki, supaya cepat sampai. Peluh dingin mengalir membasahi baju, rasa macam nak terkencing.
Lutut menggeletar, seluruh badan seram sejuk. Semakin laju kereta makin lebar perempuan itu tersengih di cermin. Hampir-hampir besi penghalang di pintu pagar kondo saya langgar. "Tolong! Tolong!," saya menjerit sambil membuka pintu teksi sebaik sampai ke bilik pengawal. Malangnya saya jatuh terlelepok, kaki lembik tidak mampu untuk berdiri atau berjalan. Saya cuba bangun tapi tidak berdaya, terasa lemah seluruh badan. Saya merangkak pula.

"Tolongggggggggggg!" saya menjerit lagi sambil merangkak kemudian meniarap seperti askar untuk ke pondok pengawal yang jaraknya hanya dua meter. Dua orang pengawal keselamatan berlari mendapatkan saya. "Kenapa bang?" tanya mereka dengan muka cemas. Saya hanya menunjuk ke arah teksi.

Cerita Seram Hantu
Gambar Hiasan
Mereka segera ke teksi tertunduk-tunduk mengintai dari cermin tingkap, Yang kelihatan hanya wanita berambut panjang memakai gaun merah. Perlahan-lahan pintu belakang dibuka dan benda putih terbang keluar dari teksi. Pengawal lari lintang-pukang masuk ke bilik dan mengunci pintu.

Uwekkkkkk! Uwekkkkkkk!

Saya hanya memerhatikan kedua-dua pengawal itu termuntah-muntah. Tidak ada apa yang mampu saya lakukan kecuali memandang sahaja.

Bau bangkai dari dalam teksi mula menyelinap masuk ke lubang hidung saya. Saya cuba tahan supaya isi perut tidak terburai tapi tidak mampu. Saya termuntah sama.

Malam itu saya tidak mampu untuk memandu. Semangat hilang langsung, tambah-tambah bau itu masih melekat di dalam teksi. Menjelang subuh tiga orang kawan saya datang untuk membawa saya pulang. Teksi itu saya tinggalkan di kawasan berhampiran dengan pondok pengawal.

Sejak peristiwa itu, saya tidak berani mengambil penumpang di kawasan tersebut selepas tengah malam, walaupun ditawarkan bayaran berkali-kali ganda walaupun seribu ringgit keatas.

👻TAMAT👻

Sumber: Penggali Kubur

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik413

Sebagai seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.admin ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya. Suausana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful.

Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setaiap hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi Wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan. Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks.

Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya. Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meragui kemampuannya.

Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu.

Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat. Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan.

Beberapa orang doktor pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan. Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di kampong seberang untuk membantu masalah itu. “Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya. “Adalah lima bulan,” balasnya sayu.
"Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo. Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan. Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo. “Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga. Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin dan ada yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo.

Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo. Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia. “Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang.

Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut. Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.

Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat. Bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kearah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya. Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan.

Uztaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lagi pulang ke rumahnya. Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya. Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. Na’uzubillah.

👻TAMAT👻

Sumber: melayukini.net

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik414

Setiap kali turun memancing, mereka pasti berjumpa seorang tua berjanggut putih memakai topi lebar yang selalu digunakan petani menanam sayur. Orang tua itu mesti melambai tangan apabila berselisih dengan bot mereka, demikian cerita Sani kepada penulis di perkampungan nelayan utara Semenanjung setelah dapat menghidu misteri wujudnya seorang tua yang boleh bertukar rupa dan menghilangkan diri.

“Bukan itu saja, malah orang tua itu boleh berada dalam bot dan turut sama memancing, membuatkan kita semua terpukau dan hanya boleh melihat tetapi tak berdaya untuk menyapa,” cerita Sani sambil meyakinkan penulis dengan memanggil beberapa rakan pancing yang terbabit dengan peristiwa misteri berkenaan.

Rata-rata mereka memberi pandangan yang sama terhadap kewujudan orang tua berjanggut putih yang sentiasa berada di laut dengan sampan kayu dengan enjin 40 kuasa kuda. “Kami tak faham tindakan orang tua itu yang kadang-kadang sengaja lalu melintasi bot kami dengan melambai tangannya ke arah kami,” cerita Md Dom pula dan tidak menolak bahawa kewujudan orang tua itu ada kaitan dengan laut dan sekitarnya namun tidak diketahui apakah kaitan peristiwa berkenaan mala petaka buruk atau sebaliknya.

Ketika mendarat di sebuah perkampungan di Pulau Tinggi, Mersing baru-baru ini kami sempat bertanya penduduk pulau berkenaan mengenai misteri orang tua berjanggut putih itu yang sering dikaitkan dengan pelbagai jelmaan. Setiap kali muncul orang tua itu dengan melambaikan tangannya bagaikan satu isyarat menyuruh pulang kerana selepas beberapa jam pasti ribut akan datang. Apa pun misteri orang tua berjanggut putih itu masih terus diperkatakan malah orang tua itu terus berkeliaran di pulau berkenaan.

Atas desakan hati untuk bertemu dengan orang tua yang dikatakan sering menjadi misteri itu akhirnya penulis sempat menemuinya di sebuah rumah kecil di hujung kampung berkenaan dan sempat berbual dengannya.

“Atuk sendiri tidak tahu kenapa mereka menuduh perkara yang bukan-bukan sedangkan atuk tak ada melakukan kesalahan,” kata orang tua itu dengan nada sayu ketika ditemui penulis sebelum beliau meninggal dunia, kira-kira lima tahun lalu.

"Atuk memang sesekali turun ke laut memancing mencari lauk. Itu pun jaraknya tidak jauh. Lepas itu atuk pulang dan berkebun di darat. Tetapi atuk dituduh sentiasa berada di laut dan boleh bertukar rupa. Atuk tak pernah mengamalkan ilmu hitam,” beliau terhenti bercakap kerana menahan sebak lalu mengesat air mata yang bergenang di kelopak matanya.

Ternyata orang tua itu menjadi mangsa masyarakat setempat. Dalam hidupnya sentiasa berdepan kebencian masyarakat pulau itu walaupun pada hakikatnya beliau tidak wujud dengan wajah yang ditemui di laut. Malah beliau sendiri tidak tahu konon ada wajahnya yang kadang kala menakutkan mereka. Wajah hantu laut. Lalu pada satu musim penulis dan rakan pancingnya menerjah pelabuhan yang ditinggalkan oleh orang tua misteri itu.

Pada kejauhan mata memandang kelihatan ada sampan orang tua misteri yang sesekali hilang dan muncul semula di permukaan laut namun hari ini sudah dilupakan terus oleh masyarakat pulau dan nelayan serta pemancing. Namun misteri terusik sesekali bila bertandang ke perairan Pulau Tinggi. Dalam ketenangan air lautnya berkisar semula cerita misteri orang tua berjanggut putih.

👻TAMAT👻

Sumber: Nuri Angkasa

@kisahserammistik
#mistik415

Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui Highway Utara-Selatan dengan menunggang motosikal.

Kisahnya begini, malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja.aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika.. Aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.

Selepas mengemas pakaian dan memeriksa motosikal ku,aku memulakan perjalanan dari Kg.Baru dan memasuki highway di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di tapah untuk mengisi minyak. Jam menunjukkan jam hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan. Sampai di Ulu Behrang, aku berhenti di tepi jalan selepas keluar dari Ulu behrang. Aku mematikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuhraya dari Ulu Behrang.

Semasa aku berhenti, aku merasa tenang dan damai kerana jalan sangat sunyi dan lengang. Kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tgn menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. Cuaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali jalan di sebelah sana menghala ke Kuala Lumpur, kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus seolah-olah aku sudah melepasi terowong menara di Ipoh,

Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk, aku campakkan puntung ke jalan. Aku menoleh ke belakang. Ketika itu aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku tergamam seketika. Aku seperti terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kelipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua-dua telapak tangan. Ia masih di situ..

Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi highway itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut. Yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit di hadapan ku. Aku nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu-batu nisan lama..

Aku tak merasa seram atau takut, yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku..apakah ini khayalan aku atau realiti. Aku memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat. Sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dengan batu nisan yang dah semakin senget dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ. Memang aku sedar tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan lahan berundur ke arah motosikal ku, mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasan perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk dan bulu tengkuk ku mula meeremag. Aghhh tanda ianya bukan realiti...aku start motor dan tanpa menoleh lagi. Aku bergerak sepanjang jalan, tak putus-putus soalan demi soalan dalam fikiran aku.

Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa-apa pada ayahku. Keesokan paginya aku bertanya. Dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin, aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya. Apa yang aku nampak.. perkuburan siapa. Hanya Dia yang lebih mengetahui.

👻TAMAT👻

Sumber: Koleksi Kisah Seram

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
HTML Embed Code:
2024/05/20 08:42:29
Back to Top