TG Telegram Group & Channel
Kisah-kisah dalam Al-Quran | United States America (US)
Create: Update:

📌 Hadis Berkenaan Puasa

🔹 Tidak Mendahulukan Puasa Ramadhan Sehari @ 2 Hari

Hadis Pertama

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ : لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمٍ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ ، إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا، فَلْيَصُمْهُ.

Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu mendahulukan puasa bulan Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya kecuali bagi sesiapa yang biasa berpuasa, maka bolehlah baginya berpuasa."

[Muttafaq ' Alaih]

Hadis Kedua

وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قال : مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكٍّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ

Maksud: Daripada 'Ammar bin Yasir r.a., katanya, "Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya ia telah menderhaka kepada Abu al-Qasim (Rasulullah SAW)."

(Riwayat al-Khamsah, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

🔸 Pengajaran Hadis

1. Haram berpuasa pada hari syak jika tiada sebarang sebab yang membolehkannya.

2. Diharuskan berpuasa pada hari syak sekiranya puasa sunat telah menjadi amalan kebiasaannya.

3. Diwajibkan berpuasa qada atau nazar pada hari syak jika masih belum menunaikannya pada tahun tersebut.

4. Berpuasa pada hari syak ialah suatu bentuk penderhakaan kepada Rasulullah SAW dan maksiat kepada Allah SWT.

5. Hikmah larangan berpuasa pada hari syak adalah bagi membezakan antara puasa sunat dengan wajib.

6. Digalakkan berpuasa sunat dan menjadikan amalan puasa sebagai suatu amalan kebiasaan.

▪️## Untuk penjelasan lebih lanjut, boleh baca kitab Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram ( karangan Dr Mohd Muhiden)

https://hottg.com/kisah_kisahdlmAlQuran

>>Click here to continue<<

Kisah-kisah dalam Al-Quran

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)