TG Telegram Group & Channel
Kisah-kisah dalam Al-Quran | United States America (US)
Create: Update:

🔺Benarkah peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada bulan 27 Rejab

▪️Tarikh kalender Hijrah tidak pernah ada pada zaman Nabi saw. Ia dicipta selepas Nabi saw wafat.

▪️Bahkan, orang Arab dahulu sangat suka bermain-main dengan tarikh.

▪️Seandainya tarikh 27 Rejab itu adalah tarikh mulia bagi umat Islam, nescaya para sahabat telah mengingatinya.

▪️Justeru itu tidak ada satu ketetapan bahawa peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab.

❇️ Para Ulama berbeza pendapat dalam menentukan waktu berlakunya Israk dan Mikraj. 

1⃣ Dikatakan peristiwa ini berlaku semasa tahun Allah SWT mengurniakan kenabian kepada Nabi saw. Ini adalah pendapat Imam at-Tobari.

2⃣ Dikatakan peristiwa ini berlaku selepas 5 tahun Nabi SAW diutuskan sebagai Rasul. Ini adalah pendapat yang dirajehkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Qurtubi..

3⃣ Dikatakan peristiwa ini berlaku semasa malam ke dua puluh tujuh daripada bulan Rejab, iaitu dalam tahun ke sepuluh kenabian.

4⃣ Dikatakan berlaku pada 16 bulan sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Ramadan pada tahun ke dua belas kenabian.

5⃣ Dikatakan berlaku pada setahun dua bulan sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Muharram pada tahun ke 13 kenabian.

6⃣ Dikatakan juga berlaku pada setahun sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Rabi’ al-Awwal pada tahun ke sepuluh kenabian.

Tiga pendapat pertama di atas ditolak. Ini kerana, isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Khadijah wafat dalam bulan Ramadan pada tahun ke sepuluh kenabian.
Sedangkan para ulama hadis telah bersepakat bahawa ibadah solat difardukan selepas daripada kewafatan Saidatina Khadijah iaitu semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Kesimpulannya apa yang penting dalam kisah Israk Mikraj ialah peristiwa yang berlaku, bukanlah waktu dan tarikhnya. 

https://hottg.com/kisah_kisahdlmAlQuran

>>Click here to continue<<

Kisah-kisah dalam Al-Quran

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)