TG Telegram Group & Channel
Kisah-kisah dalam Al-Quran | United States America (US)
Create: Update:

📌MUHASABAH TAHUN 2023 & 2024

“Wahai anak Adam! Kamu hanyalah (kiraan) hari dalam kehidupan! Apabila berlalu sehari maka hilanglah sebahagian daripada hidupmu” (Kitab al-Zuhd susunan Imam Ahmad bin Hanbal).

Kata-kata hikmah Imam Hasan al-Basri di atas sangat tepat dihayati manusia setiap hari ketika bangkit dari tidur. Ia juga sangat releven difikir secara mendalam ketika kita menjengah masuk awal tahun Masihi 2024. Biasanya masuk sahaja tahun baharu, orang akan giat merancang apa aktiviti, azam atau sasaran yang bakal diusaha-capai pada tahun itu. Sikap ini bagus dan seiring ajaran Islam yang menuntut agar umatnya berfikiran jauh dan sentiasa bersedia untuk hari depan sama ada hari hidup di dunia, di alam barzakh dan di akhirat. Firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
.
Ertinya: Wahai orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan (al-Hasyr 59:18).

Pada asalnya perkataan “hari esok” dalam ayat ini merujuk kepada hari akhirat, iaitu setiap orang beriman perlu bersedia menyiapkan bekal untuk akhirat (Tafsir Ibn Kathir). Pun begitu, perancangan hidup di dunia yang bakal kita tempohi pada tahun 2024 dan seterusnya turut termasuk atas makna hari esok kerana dunia yang kita diami adalah ladang amal soleh atau lubuk maksiat yang akan kita tuai hasilnya di akhirat kelak.

Jika dalam takdir Allah (semenjak azali) usia kita menumpang di dunia hanya sekadar 22,995 hari atau 63 tahun, maka pada awal tahun 2024 ini angkanya akan semakin berkurang. Jika usia kita diibaratkan seperti sebuah bateri yang diguna pakai seumur hidup, maka kuasanya semakin menurun setiap hari. Inilah juga yang disinggung Allah dalam firman-Nya:

وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ

Ertinya: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (Yasin 36:68).

Dengan peningkatan usia setelah masuk tahun baru 2024, jiwa dan hati nurani kita perlu menjadi seperti resmi rambut di kepala “semakin berusia semakin putih!” Jika rambut sudah putih beruban, namun hati nurani masih berkarat dengan dosa atau masih “malar hijau dengan angan-angan dunia” maka kita perlu segera ditalkinkan.

Sepatutnya azam wajib tahun baru adalah meninggalkan sebanyak mungkin tabiat buruk pencetus dosa dan mengumpul sebanyak mungkin amal soleh pembuka rahmat Allah untuk kita ke syurga kelak. Nabi SAW menegaskan apa yang kita tanam di dunia bakal kita tuai hasilnya di akhirat. Sabda Baginda:

لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

Ertinya: Tidak akan berganjak kaki seorang hamba Allah pada hari kiamat (daripada audit akhirat sama ada ke syurga atau ke neraka) sehingga dia disoal “tentang umurnya bagaimana dia habiskan”, tentang ilmunya sejauh mana dia beramal (dengannya), tentang hartanya dari mana dia perolehi serta pada apa dibelanjakannya dan tentang tubuh badannya bagaimana dia gunakannya (Sunan al-Tirmidhi, 2341).

Dengan neraca hadith di atas, tahun 2023 yang baru berlalu bukan hanya sejarah hidup lampau yang pernah kita lalui, namun ia adalah himpunan atau timbunan tanggungjawab lalu yang akan diaudit di akhirat kelak. Jika ia dipenuhi warna indah berseri dan haruman pahala maka syukurilah Allah kerana ia akan ditukar Allah menjadi haruman syurga.

>>Click here to continue<<

Kisah-kisah dalam Al-Quran

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)