TG Telegram Group Link
Channel: Ḥadīth Project
Back to Bottom
#HadisMuttafaqAlayh | Larangan Keras Menipu dengan Nama Nabi ﷺ

Sd. ʿAlī bin Abū Ṭālib berkata: Rasulullah ﷺ bersabda,

لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ، فَلْيَلِج النَّارَ
“Jangan anda berdusta atas nama saya. Kerana sesiapa yang berdusta atas nama saya, kesudahan dia adalah di dalam neraka.”

1. Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhārī dan Muslim. [al-Luʾluʾ wa al-Marjān, no. 1]

2. Hadis ini menjelaskan kesudahan orang yang berdusta atas nama Nabi ﷺ, iaitu neraka.

3. Berdusta atas nama Nabi ﷺ ialah dosa besar, namun ia tidak menjadikan seseorang itu kafir.

4. Seorang pendusta atas nama Nabi ﷺ apabila terbukti, segala kenyataan sudah tidak lagi boleh diterima walaupun setelah bertaubat, menurut ramai ulama.

[Lihat: al-Tawḍīḥ li-Sharḥ al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ, j. 3, h. 547]

#HadithProject
Renungkan kelima-lima perkara ini, dan nilaikan diri anda dengannya.
#HadisMuttafaqAlayh | Tersilap Rakaat dalam Solat

Abu Hurayrah radiallahuanhu menceritakan:

صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ سَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى خَشَبَةٍ فِي مُقَدِّمِ الْمَسْجِدِ وَوَضَعَ يَدَهُ عَلَيْهَا؛ وَفِي الْقَوْمِ يَوْمَئِذٍ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ فهَابَا أَنْ يُكَلِّمَاهُ، وَخَرَجَ سَرَعَانُ النَّاسِ، فَقَالُوا: قَصُرَتِ الصَّلاَةُ، وَفِي الْقَوْمِ رَجُلٌ كَان النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُوهُ ذَا الْيَدَيْنِ، فَقَالَ: يَا نَبِيَّ اللهِ أَنَسِيت أَمْ قَصُرَتْ، فَقَالَ: لَمْ أَنْسَ وَلَمْ تَقْصُرْ، قَالُوا: بَلْ نَسِيتَ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: صَدَقَ ذُو الْيَدَيْنِ، فَقَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ، ثُمَّ كَبَّرَ فَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ، ثُمَّ وَضَعَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ

Suatu hari, Nabi ﷺ mengimamkan kami solat Zohor. Setelah dua rakaat, baginda memberi salam. Kemudian baginda bangun menuju ke sebatang kayu yang berada di hadapan masjid. Baginda menggenggam kedua tangan baginda [seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena].

Ketika itu, Abū Bakar dan ʿUmar ada dalam jemaah itu, namun mereka berdua takut untuk memberitahu baginda. Sebahagian orang bergegas keluar dari masjid seraya berkata, “Solat Zohor tadi telah dikurangkan rakaatnya.”

Dalam kalangan mereka, ada sahabat yang digelar oleh Nabi ﷺ sebagai Dhu al-Yadayn (Si Tangan Panjang), beliau berkata, “Wahai Nabi Allah, adakah kamu terlupa, atau solat telah dikurangkan rakaatnya?”

Baginda menjawab, “Saya tidak lupa, dan solat tidak pula dikurangkan.” Orang ramai berkata, “Sebenarnya kamu memang terlupa, wahai Rasulullah.” Nabi ﷺ mengakui, “Nampaknya Dhu al-Yadayn betul.”

Lantas baginda bangkit menyempurnakan dua rakaat, kemudian memberi salam. Baginda bertakbir dan sujud seperti biasa atau lebih lama. Kemudian baginda bertakbir dan duduk. Kemudian baginda bersujud sekali lagi. Kemudian bertakbir dan duduk semula.

1. Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim [al-Lu’lu’ wa al-Marjan, no. 337].

2. Sebagai seorang manusia, Nabi ﷺ tidak terlepas daripada terlupa. Allah mentakdirkannya demi menzahirkan syariat-Nya; apakah yang perlu dilakukan seseorang apabila terlupa dalam solat.

3. Lelaki yang digelar Dhu al-Yadayn itu dikatakan bernama al-Khirbaq. [Lihat: al-Isabah, j. 2, h. 223] Beliau dipanggil “Si Tangan Panjang” boleh jadi kerana fizikalnya begitu, atau sebagai kiasan; kerana orang Arab menggelar orang yang pemurah sebagai panjang tangan. [Lihat: Hashiyah al-Bujayrimi, j. 2, h. 318]

4. Jika seseorang memberi salam sebelum rakaatnya, kemudian dia teringat atau diingatkan, tidak mengapa untuknya menyambung rakaat yang terlupa; walaupun diselangi dengan bercakap dan bergerak; selagi mana dalam tempoh waktu yang pendek, iaitu kadar satu rakaat. Kemudian dilakukan sujud sahwi. [Lihat: Kifayat al-Akhyar, j. 1, h. 126]

#HadithProject
Seorang Muslim, sebelum dia menghormati kepercayaan lain, dia wajib menghormati agamanya sendiri terlebih dahulu. Antara bentuk menghormati agama sendiri ialah tidak terlibat dengan perayaan agama lain.

Allah ﷻ berfirman berkenaan sifat-sifat hamba-Nya yang beriman:

﴿وَالَّذينَ لا يَشهَدونَ الزّورَ وَإِذا مَرّوا بِاللَّغوِ مَرّوا كِرامًا﴾
"Dan mereka juga tidak memberi persaksian dusta. Apabila mereka melintas kelalaian, mereka melintasinya dengan penuh kemuliaan [tidak menyertainya]."

Antara bentuk persaksian dusta ialah perayaan kaum musyrikin dan ucapan syirik. Seorang Muslim tidak sewajarnya mengucapkan "Selamat Hari Natal," apatah lagi menyertainya dengan berpakaian pakaian mereka 🎅, berhias dengan hiasan mereka 🎄.

Langsung tiada perkaitan antara mengucapkan selamat perayaan, atau menyarung topi Santa dengan toleransi. Bahkan termasuk toleransi ialah tidak menggalakkan kaum Muslimin untuk mengucapkan perkataan yang menyalahi akidahnya.

Allah itu esa dan tunggal, tiada berbapa, tiada beranak.
Nabi Isa (Jesus) itu hamba Allah dan pesuruh-Nya, bukan anak-Nya atau sebahagian daripada oknum ketuhanan.
Maha Suci Allah daripada tuduhan orang-orang jahil.

#HadithProject
Ustaz, Sahihkah Hadis Ramadan Ini?” edaran Ramadan 1441H (2020).

Muat turun di sini: http://bit.ly/HadisRamadan
Live stream started
Ḥadīth Project
Live stream started
Membaca Surah-surah Pendek (1)
Live stream finished (58 minutes)
Forwarded from Nota Musaddad
Makalah Tadabbur.pdf
233 KB
Terjemahan artikel lama berkenaan tadabbur, Januari 2021. Terjumpa dalam sebuah folder di laptop. Tidak pasti sudah dikongsi di laman @Hadith_Project, atau memang sudah berhabuk seperti nasib banyak terjemahan di dalam laptop ini.

Tetapi saya ulang edar semula di sini, dengan sedikit perubahan susun atur, sebagai bacaan pemanas badan sebelum memasuki bulan tadabbur, bulan Ramadan.

اللهُمَّ بلِّغْنا رَمضَانَ، ثُمَّ بارِكْ لنا فيها.

Musaddad Sha'lami
Apabila Hari Raya pada Hari Jumaat:
Ringkasan Mazhab-mazhab Ulama

Oleh Shaykh Mustafa al-Sumali

Pendapat Pertama: Kewajipan solat Jumaat bagi orang pedalaman yang jauh daripada masjid (ahli al-ʿawali) gugur, sekiranya mereka telah menghadiri solat sunat Hari Raya.

Ini mazhab ʿUthman bin ʿAffan, ʿUmar bin Abdul ʿAziz, dipegang oleh Imam al-Shafiʿi.

Pendapat Kedua: Kewajipan solat Jumaat gugur bagi setiap yang orang yang menghadiri solat sunat hari raya, kecuali imam, tetapi masih wajib melaksanakan solat Zohor.

Ini mazhab sekumpulan Salaf, dipegang oleh Imam Ahmad.

Pendapat Ketiga: Kewajipan Jumaat tidak gugur bagi sesiapa.

Ini mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Malik, merupakan pendapat muktamad mazhabnya.

Pendapat Keempat: Kewajipan solat Jumaat dan Zohor gugur sekali gus bagi setiap yang menghadiri solat sunat hari raya. Ini mazhab ibn al-Zubayr dan ʿAtaʾ bin Abu Rabah, seakan-akan ibn ʿAbbas menyetujuinya. Ia direkodkan daripada ʿAli bin Abu Talib.

Penilaian Ringkas:

Pendapat yang paling tepat berdasarkan dalil-dalil umum, selari dengan qiyas dan kehati-hatian (ihtiyat) adalah pendapat pertama.

Pendapat yang paling mendekati literal hadis Abu Hurayrah[1] dan Zayd bin Arqam[2] adalah pendapat kedua.

Pendapat yang paling jauh dari petunjuk dan literal hadis adalah pendapat ketiga.

Pendapat yang paling jauh dari dalil-dalil umum dan qiyas adalah pendapat keempat, ia adalah pendapat yang diabaikan oleh ahli fiqh. Ibn ʿAbd al-Barr menyebutkan, “Pendapat bahawa Jumaat dan Zohor gugur sekali gus adalah pendapat yang jelas sekali kesalahannya, perlu ditinggalkan, tidak boleh dipegang.” [al-Tamhid, j. 10, h. 270].

***

[1] Iaitu hadis:
«قَدِ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذا عِيدانِ، فَمَن شاءَ أجْزَأهُ مِنَ الجُمُعَةِ، وإنّا مُجَمِّعُونَ»
“Ada dua raya berhimpun pada hari ini. Sesiapa yang mahu, solat raya ini sudah mencukupkannya daripada solat Jumaat. Tetapi kami tetap melakukan kedua-duanya.”

[2] Muʿawiyah bin Abu Sufyan bertanya kepada Zayd bin Arqam, “Adakah kamu pernah bersama Nabi apabila dua hari raya berhimpun dalam satu hari?” Zayd mengiakan. Muʿawiyah bertanya, “Bagaimana baginda lakukan?”

Zayd menjawab, “Baginda solat sunat raya, kemudian baginda memberi keringanan untuk tidak hadir solat Jumaat, Baginda bersabda: Sesiapa yang mahu solat Jumaat, dipersilakan.”


Terjemahan: Musaddad Shaʿlami,
10 Zulhijah (update).pdf
445.2 KB
[Ulang edar] Terjemahan ringkasan risalah Ahkam 'Ashr Dhil-Hijjah, oleh Shaykh Abdullah bin Abdul Rahman al-Sa'd, semoga Allah menjaganya.
Forwarded from Nota Musaddad
Sirah Kehidupan Imam Bukhari.pdf
2.5 MB
PDF percuma buku Sirah Kehidupan Imam Bukhari, karangan Shaykh Abdul Salam al-Mubarakfuri.

Tim terjemahan diketuai Us. Ahmad Sabiq Abdul Rahman. Terbitan Kemilau Publika, 2016. Semoga bermanfaat.
DoaNabawi.pdf
2.8 MB
"Hari Arafah esok tak tahu nak doa apa, banyak sangat nak minta!"

Silakan, jambakan doa Nabi ﷺ yang sahih. Apabila baginda berdoa meminta sesuatu, sesuatu itulah yang kita paling perlukan.

Doa-doa Nabi ﷺ adalah lafaz doa yang paling berkemungkinan untuk dikabulkan, apatah lagi jika dibaca pada waktu-waktu mustajab seperti hari Arafah.

Semoga bermanfaat!

Hadith Project
Hadis: Abu Bakr al-Siddiq radiyallah 'anh berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,

مَن صَلَّى عَليَّ كُنتُ شَفِيعَه يَومَ القِيَامَة
"Sesiapa yang berselawat untukku, pasti kuakan menjadi pemberi syafaat untuknya pada hari Kiamat."

Takhrij: Direkodkan ibn Shahin dalam al-Targhib (no. 12) dan Qadi al-Marstan (w. 535H) dalam Ahadith al-Shuyukh (no. 589), kedua-duanya melalui jalur Abdullah bin Sulayman bin al-Ash'ath, daripada Ali bin al-Hasan al-Muktib, daripada Isma'il bin Yahya bin 'Ubaydullah al-Taymi, daripada Fitr bin Khalifah, daripada Abu Tufayl, daripada Abu Bakr al-Siddiq.

Dalam sanad ini terdapat Ali bin al-Hasan al-Muktib, pencuri sanad, pembuat hadis palsu; dan Isma'il bin Yahya al-Taymi, perawi yang disepakati daif, antara rukun-rukun penipuan.

Hadis ini dinilai daif oleh al-Sakhawi dalam al-Qawl al-Badi' (h. 127), ibn Hajar al-Haytami dalam al-Durr al-Mandud (j. 1, h. 146), al-Wadi'i dalam al-Shafa'ah (1/271) dan Hatim al-'Awni dalam nota kaki tahkik Ahadith al-Shuyukh.

Nota: Dalam al-Qurbah (no. 18) oleh ibn Bashkwal (w. 576H), beliau meriwayatkannya dengan sanad ibn Shahin ini, tetapi dengan tergugurnya dua perawi antara ibn Shahin dan al-Taymi, iaitu al-Muktib dan Abdullah bin Sulayman bin al-Ash'ath. Barangkali keguguran ini berpunca dari keadaan manuskrip, wallahu a'lam.

Nota Lain: Kemuliaan selawat sebagai faktor mendapat syafaat telah diisyaratkan dalam al-Quran, iaitu pada firman Allah,

وَإِذا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْها أَوْ رُدُّوها
"Apabila kamu disapa dengan suatu sapaan, balaslah dengan sapaan yang lebih baik, atau sama baik."

Al-Razi menjelaskan: "Kemudian Allah menyuruh kita berselawat (doa rahmat) dan salam (doa kesejahteraan) untuk pihak Muhammad, dan ini adalah suatu bentuk sapaan kita kepada baginda.

Pastilah Nabi Muhammad akan membalas sapaan dengan yang sama baik atau lebih baik; inilah dia makna syafaat yang sebenar - baginda meminta kepada Allah rahmat dan kesejahteraan buat kita." [Terjemahan kesimpulan]

اللهمَّ صلِّ وسلِّم على محمَّد!
HTML Embed Code:
2024/05/16 10:06:50
Back to Top