TG Telegram Group Link
Channel: "Naseehat " 🤍
Back to Bottom
Dunia ni bukan tentang siapa yang paling hebat, tetapi tentang siapa yang paling kuat.

Kalau kamu kuat bertahan,
Maka kamu yang layak dapat kebahagiaan.

Bukanlah اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۗ
"Sesungguhnya tiap-tiap kesusahan disertai kemudahan."

Yakinlah, bahagia itu akan datang, tetapi perlukan hati yang lapang. Hati yang dalamnya ada Tuhan, walaupun itu hanya sekecil-kecil iman.

- inche_lebah
belajar letak pengharapan kepada Pencipta bukan kepada ciptaannya.

sakit itu lumrah, tapi hati yang tinggi yakinnya kepada Tuhan tidak akan pernah menyerah ❤️
‘ jangan memaksa sesiapa untuk peduli tentang dirimu.

sesiapa yang benar benar mencintaimu akan tahu apa yang perlu dia lakukan. dia akan cari sesuatu yang berharga bagi dirinya 🥰

perhatian adalah sesuatu yang berkualiti yang tidak mampu dipalsukan oleh sesiapa pun.

jadi jangan mencuba untuk memaksa orang lain peduli tentang dirimu. hal itu akan jadi seperti menyiram di pohon palsu yang diharapkan untuk berbuah ❤️‍🩹
Pray For Rafah 🤍

"Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka.
Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah.
Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada' mereka."
Ya Rab ,izinkan rasa sakit, berjuang sendiri, terlihat Kuat namun rapuh menjadi Lillah di hadapan Mu ❤️‍🩹🤲
" Sungguh hati tak pernah tipu apa yang dilihat "
“Hatimu sejatinya adalah milik Allah dan Baginda Rasullulah ﷺ.

Jika kau usir keduanya dari hatimu; akibat dari berlebihnya kecintaanmu akan dunia, sungguh tak mengherankan kau akan selalu merasakan kegelisahan yang tak berujung dan kekecewaan demi kekecewaan dalam hidupmu.” 🥀

— Umi Tavi Hasani
Jom selawat 🌷

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Perempuan kamu adalah madrasah ❤️
( Al Ummu Al madrasatul ula )
Ada sebatas pesan ,
Ibu itu seorang mualimah,yang mendidik ilmu akal. Ibu itu seorang murabbiah,yang mentarbiyah hati untuk membentuk akhlak. Ibu itu seorang Mursyidah yang memberi petunjuk yang benar .

Katanya ibu adalah pertahanan dan kekuatan dari segala musuh. Pada saat seseorang bapa keluar berjuang, ibu adalah pembenteng dan pengawal anak-anaknya.
Dari pesan ini , kita belajar bukan kenapa Islam sangat menjaga seorang perempuan ?

Kerana perempuan diciptakan bukan sekadar untuk menjadi perhiasan,tetapi menjadi madrasah terindah kepada anak-anak dalam mengenal kehidupan di dunia .

Dan sebab ini menjadi ketakutan aku memilih untuk bertahan dalam hijrah kerana pasti dan pasti kelak ada seorang insan yang perlu aku bajai jiwanya dan rohnya agar taat kepada Rabb , walaupun sukar jalannya bahkan perit andai dilihat . Tapi begitulah Islam akan kembali asing ,dan berjaya lah bagi orang yang mengasingkan diri . Biar dilihat kosong tetapi Allah redha dengan hati kita , kerana akhirnya Allah tidak memandang fizikal kamu namun Allah pandang seketul daging di dalam badanmu .

Perempuan adalah madrasah utama yang melahirkan pejuang-pejuang ( Khadir ) Islam .

Perempuan adalah guru pertama. Perempuan adalah pasak tauhid utama yang akan mengenalkan tentang Tuhan kepada anaknya. masyaallah 😭

Perempuan adalah murabbiyah dan Mursyidah yang akan menyiapkan anaknya menjadi hamba dan khalifah yang dapat menegakkan agama-Nya.

Indah bukan kamu wanita?🌹
Wallahi kenapa Amani selalu ingatkan kalian para muslimah untuk kembali hidup bersyariat kerana dalam syariat ada cantiknya , bahkan tertutup dan kolot nya kamu di mata mereka akan menjadi saksi di hadapan Rabb yang ada seorang wanita akhir zaman menjadi pejuang untuk damai dan Salim kan hatinya untuk berjalan pulang kepada rabb .

Tak perlu dikhuatiri tentang tiada siapa yang menyukai mu kerana tertutupnya kamu , kerana yang benar menjadi milikmu akan datang tepat waktu , bahkan terlebih indah dari yang kamu impikan .

Perjuangkan saja dahulu hidup bersyariat,kita jadi wanita yang Allah redha mahu ? Biar perlahan namun ada istiqamah yang menjadi teman 🌹
Maka ikhlaskan hati dan berbahagialah menjadi perempuan.

Segala usahamu , penat lelahmi ,doa-doamu , air mata dan harapanku sentiasa dalam perhatian Tuhan 🥰
Perempuan itu dikatakan terkandung dalam enam huruf pengertiannya ;

" Huruf ' FA " itu berkaitan fasih , lancar . Lidah kita orang perempuan ini harus fasih memuji Allah dan rasulnya ,memuji kebaikan suami dan orang berbudi kepadanya.

Sedang huruf " Ra" itu mengenai ramah untuk bertemu jalan Allah, ramah mendapatkan petunjuk Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam serta ramah mendapat kasih sang belahan jiwa (suami ) .

Huruf " mim " pula adalah sifatnya yang malu kepada Allah dan kepada rasul . Tinggi kan hayyamu . Dan antara ciri-ciri memilih pasangan carilah pasangan yang malu melakukan maksiat ketika bersendirian mahupun di khalayak ramai, lihat lah bagaimana hubungan nya dengan rabb ,cara solat dan angkat takbirnya, adakah dirinya berlama,malu dan berakhlak ketika menemui rabb ? Andai ada ciri ini maka yakinlah sebagai mana dirinya bersama rabb begitulah dirinya menjaga dan mendidik mu kerana sifat takut nya kepada rabb . Setelah ada segan silu pasti juga pandai dalam memelihara malu dan aib suami bahkan malu di tempat yang patut kita menaruhkan atau tingginkan sifat malu "
" perempuan itu mengandungi dua " FA " dan huruf ' FA " kedua-duanya membawa erti percaya,yakin . Perempuan harus penuh kepercayaan dan yakin tidak mengkhianati,tidak kenal ingkar ,tidak bercakap dusta dan ditegah membuka jalan yang haram yakni jalan yang mendekatkan diri kepada maksiat.

Sedang " wau " adalah perempuan itu wangi kerana haruman bidadari di syurga itu kerana kita warisi . Kerana wangi itu menyejukkan hati, mendamaikan suami dan terbendung lah kita dari menyebar perkhabaran busuk dan umpat umpatan .

Sedang huruf akhir itu ialah " nun " membawa erti besar andaian. Seperti permata berharga. Perempuan itu memelihara dan mengenal baik jahat ,dosa ,pahala sehingga menjadi andaian dirinya, benteng dari terjatuh dalam maksiat. Yang namanya perempuan itu ialah insan yang terpercaya kan ?
Tak mudah tapi kita cuba ya muslimah sekalian 🌹
"Naseehat " 🤍 pinned «Perempuan kamu adalah madrasah ❤️ ( Al Ummu Al madrasatul ula )»
Jom selawat 🌷

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Jika air mata itu membuat dirimu lemah. Mengapa Allah hadirkannya untukmu?

Itu kerana Allah tahu disebalik tangisan manusia ada kekuatannya. Allah nak kita menangis biar semua dendam, sakit, dan pendam kita lepaskan disitu dengan menangis berdoa padaNya❤️
𝘚𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘨𝘩𝘧𝘢𝘳,𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘴𝘢𝘫𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘩𝘢𝘸𝘢𝘵𝘪𝘳𝘮𝘶,𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵𝘮𝘶,𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘮𝘶 𝘴𝘢𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘱𝘶𝘴 𝘥𝘰𝘴𝘢𝘮𝘶.
𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘭𝘪𝘴𝘢𝘯𝘮𝘶 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘢𝘧 𝘱𝘢𝘥𝘢-𝘕𝘺𝘢🥀

Tepuk dada tanya iman❤‍🩹
HTML Embed Code:
2024/05/15 19:43:56
Back to Top