Dari pesan ini , kita belajar bukan kenapa Islam sangat menjaga seorang perempuan ?
Kerana perempuan diciptakan bukan sekadar untuk menjadi perhiasan,tetapi menjadi madrasah terindah kepada anak-anak dalam mengenal kehidupan di dunia .
Dan sebab ini menjadi ketakutan aku memilih untuk bertahan dalam hijrah kerana pasti dan pasti kelak ada seorang insan yang perlu aku bajai jiwanya dan rohnya agar taat kepada Rabb , walaupun sukar jalannya bahkan perit andai dilihat . Tapi begitulah Islam akan kembali asing ,dan berjaya lah bagi orang yang mengasingkan diri . Biar dilihat kosong tetapi Allah redha dengan hati kita , kerana akhirnya Allah tidak memandang fizikal kamu namun Allah pandang seketul daging di dalam badanmu .
Perempuan adalah madrasah utama yang melahirkan pejuang-pejuang ( Khadir ) Islam .
Perempuan adalah guru pertama. Perempuan adalah pasak tauhid utama yang akan mengenalkan tentang Tuhan kepada anaknya. masyaallah 😭
Perempuan adalah murabbiyah dan Mursyidah yang akan menyiapkan anaknya menjadi hamba dan khalifah yang dapat menegakkan agama-Nya.
Indah bukan kamu wanita?🌹
>>Click here to continue<<