TG Telegram Group & Channel
Ceramah, Doa & Motivasi | United States America (US)
Create: Update:

Ah, cinta itu boleh tumbuh, subur dan berbuah. Cinta juga boleh lumpuh, terkubur dan musnah. Ramai pasangan yang berkahwin, tetapi tidak sampai setahun, cintanya patah. Ada juga yang berkahwin, berpura-pura bahagia. Akhirnya kecundang, berpisah di usia senja. Namun lebih ramai yang terus berkahwin, namun rumah tangganya bagai pusara… tidak ada cinta, jauh sekali bahagia.

Jika terdetik sahaja di dalam hati, “Aku tidak berpisah dengannya (pasangan kita) hanya kerana anak-anak…” itu petanda bahaya. Selalu kita diingatkan “hadiah” termahal untuk anak-anak ialah mencintai ayah atau ibunya (isteri atau suami kita). Jadi, jangan sekali-kali kematian cinta. Bina dan binalah lagi walaupun bagaimana perit dan deritanya.

Satu kebaikan perlu dimulakan berkali-kali. Jangan terperangkap dalam ilusi kesempurnaan. Jadi, binalah cinta berkali-kali. Walaupun sukar sungguh mencari  “kerana-kerana”nya lagi, tapi jangan putus asa. Cari dan binalah kerana yang baru. Jangan jemu. Berilah dan teruslah memberi. Insya-Allah, akan terpinggir juga akhirnya rasa benci, jemu dan letih oleh karenah, kekurangan atau “keburukan” pasangan kita.

Ingat selalu, terlalu banyak “sebab” untuk  menyintai, berbanding sebab untuk membenci!

🌹 Dapatkan Buku Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi oleh Ustaz Dr. Azahar Yaakub | Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa | Ustazah Nurul Atiqah Azman
👇👇👇 (Klik Link ini)
https://yup.la/pakejmihrab
https://yup.la/pakejmihrab

Atau whatssap
👇👇👇
http://www.wasap.my/60145097966/BukuRahsiaRTSTC

@ceramahmotivasi

>>Click here to continue<<

Ceramah, Doa & Motivasi

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)