TG Telegram Group Link
Channel: Sentiasa Mengingati ALLAH
Back to Bottom
#Salam #Ramadhan #1445h

Bulan yang penuh dengan keberkahan dan kesucian sudah tiba.

Maka sudah saatnya bagi kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Iaitu dengan cara menjauhi segala keburukan dan memperbanyak ibadah baik yang fardhu mahupun yang sunat.

Semoga di bulan suci ini kita diberikan petunjuk-Nya dan selalu dalam lindungan Allah SWT.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

https://hottg.com/agama_mu
#Penerimaan #Doa

Ramai daripada kalangan kita tidak mengetahui cara Allah SWT menerima doa hamba-hamba-Nya sehingga mereka menyangka bahawa Allah SWT tidak menerima doa mereka.

Allah SWT pasti akan memustajabkan setiap doa yang dipanjatkan kepada-Nya tetapi dengan cara yang berbeza. Sama ada terus dimustajabkan permintaan tersebut atau juga ditangguhkan kepada tempoh waktu tertentu.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang doanya mustajab. Aameen.

https://hottg.com/agama_mu
#Sebaik #Baik #Perhiasan #Dunia

Wahai kaum hawa yang dikasihi. Janganlah kalian menjadi seperti bulan yang sentiasa ditatapi oleh semua orang. Tetapi, jadilah seperti matahari yang membuatkan orang tertunduk sebelum melihatnya.

Para wanita yang menutup auratnya, menjaga agama dan akhlaknya, mereka adalah wanita yang paling cantik. Kesolehan yang menghiasi diri mereka mengalahkan kecantikan jutaan Ratu di dunia ini yang tidak menjaga agama dan akhlaknya.

Oleh itu, hiasilah diri anda dengan cara yang Allah SWT perintahkan anda berhias dengannya, nescaya anda ialah wanita tercantik di sisi Tuhanmu dan orang-orang yang cinta kepada Tuhanmu.

https://hottg.com/agama_mu
#Sifat #Syukur

Apabila segala sesuatu berjalan sesuai keinginanmu, jangan lupa untuk tetap merendahkan diri dan bersyukur kepada Allah. Dan apabila segala sesuatu tidak berjalan sesuai keinginanmu, jangan lupa untuk bersabar dan percayalah kepada Allah.

https://hottg.com/agama_mu
HTML Embed Code:
2024/04/27 11:32:57
Back to Top