TG Telegram Group Link
Channel: Sentiasa Mengingati ALLAH
Back to Bottom
#Doa #Nabi #Adam #AS

Nabi Adam pernah berdoa memohon keampunan dari Allah SWT setelah melakukan kesilapan.

https://hottg.com/agama_mu
#Doa #Nisfusyaaban

Malam Nisfu Syaaban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh (Nisf).

Oleh itu,nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.

Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat.Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Kelebihan Doa Pada Malam Nisfu Syaaban

Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.

Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

Selamatkanlah aku dan keluargaku serta umat Islam dari Fitnah Dajjal.

Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Baca dengan selawat.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal β€˜Aalamiin.

https://hottg.com/agama_mu
#Doa #Dikurniakan #Kesabaran #Melaksanakan #Ketaatan

Bacalah doa ini. Kemudian jangan lupa niatkan sekali semoga Allah SWT melindungi kita dari 3 perkara:

Memohon kepada Allah SWT bimbing niat kita agar sentiasa ikhlas melakukan ketaatan.

Memohon kepada Allah SWT pelihara kita dari dijangkiti sifat mazmumah ketika melakukan ketaatan.

Memohon kepada Allah SWT bantu kita agar tidak lalai, malas dan kurang khusyuk ketika mengerjakan ketaatan.

https://hottg.com/agama_mu
#Jangan #Sekali #kali #Kita #Berdoa #Meminta #Kematian #Disegerakan

Kematian itu sudah pasti bagi setiap makhluk Allah yang bernyawa. Namun, bila dan bagaimana cara kematian itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sebenarnya, berdoa untuk kematian adalah perkara yang tidak disukai dalam Islam, lebih-lebih lagi disebabkan hal-hal dunia.

Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah dan jauhkan diri dari maksiat. Ujian dan musibah juga adalah satu bentuk tarbiah daripada Allah buat kita hambaNya. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan beramal soleh serta mendapat redha Allah.

https://hottg.com/agama_mu
#Masa #Itu #Emas

Masa lebih berharga daripada wang. Kita mampu mendapatkan lebih banyak wang, tetapi kita tidak mampu mendapatkan lebih banyak masa.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa meningkatkan amalan soleh dan memanfaatkan masa dengan sebaiknya agar dengan sebab itu Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan Akhirat.

https://hottg.com/agama_mu
#Orang #Sabar #Dibalas #Syurga

Allah SWT menjanjikan Syurga buat Muslim yang bersabar dengan segala ujian di dunia.

Mereka yang bersabar dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya turut dijanjikan Syurga.

Oleh itu, sentiasalah mendidik diri kita agar mampu bersabar sedikit atas kesusahan di dunia supaya Allah SWT akan kurniakan Syurga yang tidak ternilai di akhirat nanti.

https://hottg.com/agama_mu
#Sedekah #Bukti #Cinta #Kepada #Allah #SWT

Semoga sedekah yang telah kita infakkan mendatangkan kebaikan dan tetapkanlah niat kita bersedekah hanya kerana Allah SWT.

https://hottg.com/agama_mu
#Kejar #Akhirat #Dunia #Mengikuti

Dunia ini seperti bayang-bayang, Kejar akhirat, pasti dunia akan mengekori kita.

https://hottg.com/agama_mu
#Kebaikan #Dibalas #Kebaikan

Maka berbuat baiklah. Kerana kebaikan tersebut akan kembali kepada diri anda sendiri.

https://hottg.com/agama_mu
#Mengubah #Diri #Ke #Arah #Lebih #Baik

Untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, muhasabah diri adalah permulaan dalam usaha itu.

Dengan melakukan muhasabah diri, manusia akan membuka hati dan menyedari segala dosanya.

Kesilapan daripada kejahilan atau kekurangan ilmu itulah dijadikan sebagai peluang untuk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang mulia di sisi-Nya.

Sesungguhnya orang yang selalu berusaha memperbaiki dirinya dan berusaha gigih mentaati suruhan Allah SWT akan mendapat pahala di sisi-Nya.

https://hottg.com/agama_mu
#Balasan #Pengumpat #dan #Pengaib

Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT perlulah menjaga lidah daripada perkara-perkara yang haram dan sia-sia.

Ini kerana, ciri atau sifat orang yang beriman adalah sentiasa bercakap perkara yang baik atau mendiamkan diri daripada bercakap perkara-perkara yang sia-sia.

https://hottg.com/agama_mu
#Doa #Keluar #Rumah

Apabila kita keluar dari rumah, tiada sesiapa yang akan tahu apakah yang akan berlaku di sepanjang perjalanan menuju ke lokasi yang hendak dituju. Maka, Rasulullah SAW mengajarkan kita doa ini untuk dibaca dan diamalkan.

https://hottg.com/agama_mu
HTML Embed Code:
2024/05/09 06:36:22
Back to Top