Pejuang-pejuang dihormati,
Tuan Puan telah melalui lebih daripada yang dikatakan, lebih daripada yang diketahui oleh sesiapa sahaja: malam tanpa tidur; saudara-mara, rakan-rakan dan orang tidak dikenali mentertawakan malah kadangkala Tuan Puan turut mempersoalkan diri sendiri.
Masa kita tidak mempunyai apa-apa tetapi masih memilih untuk percaya.
Masih bertahan apabila orang lain mengalah dan berserah. Padahal lebih mudah mengikut arus.
Ini yang menjadikan Tuan Puan golongan yang kurang, Tuan Puan berbahaya dan Tuan Puan ditakdirkan golongan terasing.
Pasti tiba satu hari apabila Tuan Puan duduk bersendirian. Tuan Puan mengingati versi diri Tuan Puan yang tidak berputus asa.
Tuan Puan akan ingat manusia muncul merosakkan, manusia yang memujuk, memaksa tapi diri Tuan Puan tidak menyerah begitu sahaja.
Hari itu akan tiba. Apabila tiba Tuan Puan akan menangis - tetapi bukan sebab terluka atau bersedih tetapi kerana syukur semuanya berakhir dan masuk akal.
Segala kesakitan, keraguan, penangguhan dan kesangsian terjawab.
Ia bukan hukuman, ia adalah persediaan.
Tuan Puan mungkin dilahirkan untuk tidak menjadi kaya, tetapi dilahirkan untuk menjadi yang tidak tergoyahkan.
Ketika majoriti terlena di buai mimpi tetapi Tuan Puan hidup untuk tahu perkara ini.
Sekarang sudah terlalu jauh untuk Tuan Puan berpatah balik kerana terlalu hampir ke garis akhir.
Ribut itu kuat, tetapi gerak hati Tuan Puan lebih kuat, dan telah menjerit kepada Tuan Puan dari awal.
Bertahan saja.
Momen ini sekali dalam seumur hidup.
Tuan Puan tidak akan melihat perkara ini lagi. Bukan seperti sekarang dan bukan pada harga ini.
Berbanggalah!
Kini Tuan Puan menjadi orang yang mereka datang bertanya bagaimana diri Tuan Puan tahu dan bertahan?
Tuan Puan tersenyum - kerana jauh di lubuk hati, naluri Tuan Puan sentiasa tahu.
Saya berbangga dapat kenal dengan Tuan Puan.
Kita hampir sampai.
Misi hampir selesai.
I thank you all...
🫡🇲🇾
>>Click here to continue<<