Terima kasih AGC tapi kenapa Inkues?
Pertuduhan ke atas Pengasuh Baby Syifaa dibuat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kenapa tidak dipertuduhkan di Mahkamah 3 tahun lalu dan untuk apa Polis dan AGC buat permohonan Inkues untuk mencari sebab kesan pada leher Baby Syifaa?
Jika Pengasuh dipertuduhkan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Keluarga membuang masa 2 tahun 5 bulan melalui prosiding Inkues selain berhabis puluh ribu ringgit kos guaman untuk apa?
Mahkamah Koroner memanggil 29 saksi sepanjang prosiding Inkues diadakan untuk apa?
Dalam Inkues jelas terdapat banyak percanggahan malah pengakuan Pegawai Penyiasat, Inspektor G. Thinagaran bahawa dia menerima arahan daripada DSP Areeshah Zairee untuk tidak tangkap dan buat siasatan ke atas Pengasuh.
Nota Pengakuan bersalah Pengasuh serta rakaman panggilan hari kejadian yang bercanggah simulasi kejadian turut mendedahkan Baby Syifaa bukannya terjerut buai.
Selain itu, keterangan saksi awam yang melihat ada lelaki pada pagi hari kejadian menafikan keterangan Pengasuh.
DNA tiga individu asing dikesan pada pakaian Baby Syifaa dan pakaian sebelah pagi hilang.
Pegawai Penyiasat tidak melakukan ujian ke atas kesan darah pada karpet.
Pendek kata, segala dapatan sepanjang prosiding Inkues yang sepatutnya membantu siasatan Polis langsung tidak digunakan sebagai panduan dalam siasatan?
Ironinya, dalam kes Ryan Zyann pasukan forensik Polis mengambil DNA lebih 200 penduduk, kesan darah dan sebagainya.
Soalan aku, kenapa IGP dan AG mohon buat Inkues dan tak tuduh Pengasuh tiga tahun lalu?
Apakah kamu fikir keluarga Baby Syifaa dan rakyat Malaysia terlalu bodoh dan telan bulat-bulat segala penipuan pihak berkuasa?
Perbicaraan kes Pengasuh Baby Syifaa pada 17 dan 18 September dan 9 & 13 Oktober 2025 jam 10:00 pagi di Mahkamah Sesyen 2, Seremban.
#Justice4BabySyifaa
#NoJusticeNoPeace
Nota kaki: dah cakap, all the way kena.
>>Click here to continue<<