KEPUTUSAN REPRESENTASI KEDUA DITANGGUHKAN
Esok sepatutnya keputusan representasi kedua selepas representasi pertama ditolak oleh Pejabat Peguam Negara pada 9 April 2025 lalu.
Difahamkan peguambela OKT buat permohonan tangguhkan hari keputusan representasi ke 29 Mei 2025.
Saya dimaklumkan pihak peguambela mahu menangguhkan hari keputusan representasi kedua.
Kebiasaanya OKT tidak sabar nak tahu keputusan terhadap representasi yang difailkan.
Seperti saya katakan sebelum ini samada lambat atau cepat Pengasuh Baby Syifaa akan ke penjara selepas disabitkan atas pertuduhan mengabaikan anak jagaan sehingga menyebabkan kematian.
Aku suka Pengasuh mengaku tidak bersalah kerana selepas perbicaraan OKT akan dapat hukuman maksimum seperti mana berlaku ke atas Bainun.
Bainun mengaku tidak bersalah akhirnya disabitkan kesalahan di mana mahkamah kenakan 12 tahun penjara walaupun Bella masih hidup.
Baby Syifaa meninggal dunia, tak mungkin hukuman penjara Pengasuh Baby Syifaa kurang berbanding Bainun.
#Justice4BabySyifaa
>>Click here to continue<<