[ SALAM MAAL HIJRAH 1447H ]
Hijrah, satu ungkapan penuh makna bagi mereka yang benar-benar menghayatinya. Jika kita menelusuri bersama sirah baginda Nabi SAW, penghijrahan dari Mekah ke Madinah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi permulaan kepada misi agung dalam menegakkan agama Allah SWT.
Peristiwa ini telah memadamkan api permusuhan, mencetus kedamaian, dan membentuk masyarakat rabbani yang sejahtera. Inilah intipati yang dibawa oleh tema Sambutan Maal Hijrah 1447H kali ini iaitu "Membangun Ummah Madani".
Sebuah frasa yang menyeru kepada pembinaan masyarakat Islam yang progresif, berdaya saing, dan berteraskan nilai-nilai Islam yang syumul. Namun di sebalik pembangunan ummah yang syumul ini, terselit pengorbanan besar demi mempertahankan akidah dan membina kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَـٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌۭ
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat daripada Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Baqarah 2: 218)
Ayat ini mengingatkan kita bahawa keimanan yang sebenar mesti disertai dengan usaha dan pengorbanan. Hijrah bukan hanya berpaksikan perpindahan tempat, tetapi lebih utama ialah perubahan dalaman. Itulah hakikat hijrah yang sebenar, satu perjalanan menuju reda dan rahmat Allah SWT. Semoga Maal Hijrah 1447H ini menjadi titik mula untuk kita bermuhasabah, memperbaharui tekad, dan membuka lembaran baru dengan penuh tawakal dan harapan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Salam Maal Hijrah 1447H, Membangun Ummah Madani.
Teruskan ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial
"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"
Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 24/25
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 24/25
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 24/25
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
#mediaabpi
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMuhriz
>>Click here to continue<<
