TG Telegram Group & Channel
Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran | United States America (US)
Create: Update:

KHIANAT TERHADAP ILMU...

Melintas poster meme ini, tergelak seketika aku. Namun bila aku ingatkan, inilah dia khianat terhadap ilmu yang dilakukan segelintir guru.

Teringat aku lebih kurang 20 tahun lepas. Masa tu aku guru praktikum di sebuah sekolah di Selangor.

Sebagai guru pelatih, kami diberi seorang guru otai untuk kami belajar bagaimana mereka mengajar dan handle kelas.

Bila guru itu mengajar, kami turut sama berada dalam kelas perhatikan bagaimana cikgu tersebut mengajar dan mengawal kelas.

Khusyuk aku perhatikan guru itu mengajar. Hebat sekali. Cuma ada satu part aku sangat tak berkenan.

Masa tu cikgu tu menerangkan satu konsep asas dalam Matematik. Diajarnya cara biasa nak selesaikan masalah. Kemudian tiba-tiba cikgu tu berkata,

"Sebenarnya ada satu cara lagi nak selesaikan masalah ini dengan lebih pantas dan cepat. Jawapannya pula tepat.

Cuma cikgu tak ajar kat kelas. Cikgu ajar dalam kelas tuisyen yang cikgu ajar sahaja teknik itu. Siapa yang join kelas tuisyen cikgu akan dapat formula rahsia itu.

Siapa yang join kelas tuisyen cikgu? Betul tak apa yang cikgu kata?"

"Betul cikgu!"

Beberapa murid yang join tuisyen bersama guru tersebut mengiyakan. Kawan-kawan lain yang tak pernah join kelas tuisyen bersama guru tersebut terlopong mendengar pengakuan tersebut.

"Siapa nak belajar banyak lagi teknik dan formula rahsia, kena join kelas tuisyen cikgu".

Murid-murid pakat bercakap sesama, pakat nak join belaka.

Aku kat belakang geleng kepala.

Bagaimana sanggup seorang guru khianat terhadap muridnya sendiri? Khianat terhadap ilmu yang diberi.

Memilih untuk menyorok suatu formula dan teknik hanya untuk mengumpan murid join kelas tuisyen berbayar dia?

Tak ramai yang macam ni, tapi memang ada. Tak kurang ada yang jual buku, jual supplement konon lebih cepat pandai. Maka berduyunlah murid membeli kerana dipengaruhi oleh guru itu.

Aku buat buku latihan dah lama. Buat modul dan ebook online juga.

Namun sepanjang aku mengajar, aku tak pernah menjual buku-buku aku pada murid aku sendiri.

Jika aku nak gunakan buku tersebut dalam sesi pembelajaran di sekolah, aku beri percuma pada semua murid.

Pernah beberapa kali murid datang mencari aku dibilik guru,

"Cikgu. Mama kirim duit nak beli buku cikgu," dihulur duit pada aku.

Terus aku menolak baik-baik.

"Maaf, cikgu tak menjual di sekolah. Apa lagi pada murid cikgu sendiri".

Jika kebetulan buku yang dimaksudkan itu ada dimeja aku, aku terus bagi secara percuma sahaja. Jika tak ada, usaha sendiri beli kat luar, kat Shopee, Tiktok dan sebagainya.

Untuk aku menjual di sekolah, tidak sesekali. Tanyalah beribu murid yang pernah belajar dengan aku, tidak pernah aku menjual di sekolah. Dan tidak pernah ada satu pun ilmu yang aku ajar dalam ebook atau kelas LIVE aku sorok dari murid di sekolah.

Pada aku, itu adalah amanah terhadap murid, amanah terhadap ilmu.

Semoga perkongsian ini dibaca oleh adik-adik yang baru dalam bidang pendidikan.

Ingatlah adik-adik, jangan sesekali khianat terhadap ilmu.

Begitulah.

Buku latihan terbaru saya boleh dapatkan kat sini : https://shope.ee/6fKo72Jb5E

Kalau nak beli set lengkap untuk subjek teras klik sini : https://shope.ee/10gRMfiMEK

hottg.com/mohdfadlisalleh

>>Click here to continue<<

Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)