TG Telegram Group & Channel
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 | United States America (US)
Create: Update:

ERTI PENGORBANAN DI AIDILADHA

Aidiladha datang lagi. Di masjid kita dengar takbir bergema.

Di kampung halaman kita lihat lembu dan kambing dikorbankan.

Di media sosial penuh dengan gambar ibadah korban.

Tapi kadang kadang kita terlupa bertanya pada diri sendiri apa sebenarnya erti pengorbanan dalam hidup kita.

Kita belajar daripada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. tentang pengorbanan yang luar biasa.

Firman Allah dalam Surah As Saffat ayat 102:

"Wahai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu."

"Wahai ayahku lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. InsyaAllah engkau akan dapati aku termasuk orang yang sabar."

Bayangkan kasih seorang ayah.

Bayangkan pasrah seorang anak. Semua kerana taat kepada Allah.

Hari ini mungkin kita tidak diuji sebesar itu. Tapi pengorbanan tetap ada dalam pelbagai bentuk.

Kadang kadang kita perlu korbankan ego untuk memaafkan seseorang.

Kadang kadang kita perlu korbankan masa bersama keluarga untuk rezeki yang halal.

Kadang kadang kita perlu lepaskan sesuatu yang kita sayang supaya Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Rasulullah SAW bersabda Tidaklah harta itu akan berkurang kerana sedekah (Riwayat Muslim).

Maka jangan takut untuk berkorban. Allah Maha Melihat setiap keikhlasan dalam hati kita.

Tahun ini mari kita tanya diri. Apa yang sanggup aku korbankan demi Allah. Demi keluarga. Demi rakan. Demi orang sekeliling yang memerlukan.

Aidiladha bukan tentang berapa banyak daging yang diagihkan.

Ia tentang berapa besar jiwa yang kita bina melalui pengorbanan.. Setuju?

Selamat hari raya kawan-kawan.❤️

#TZN
Sebarkan kebaikan

>>Click here to continue<<

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)