TG Telegram Group & Channel
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 | United States America (US)
Create: Update:

Kisah benar seorang isteri yang baru saja kehilangan suaminya.

Desakan hidup yang semakin menghimpit, dengan anaknya 5 orang lagi yang masih kecil, hidupnya sangat tertekan. Dia sangat-sangat sedih hingga tahap kemurungan.

Dalam pada duk sedih yang amat tu, dia terdengar seorang syeikh di corong radio ceramah menceritakan hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda:

"wahai sekalian manusia, beristighfarlah kamu, sesungguhnya dengan istighfar, Allah menjadikan bagi setiap masalah itu penyelesaiannya, dan bagi setiap kesempitan itu jalan keluarnya, dan Allah merezkikan kamu dengan rezeki yang tidak terkira" .

Sejak itu, dia melazimi istighfar siang, malam, duduk, berdiri, berjalan, tidur, sehingga disebabkan selalu sangat beristighfar, anak-anaknya yang masih kecik-kecik lagi itu pon beristighfar juga seperti ibunya.

Selepas lebih kurang 5 6 bulan, tiba-tiba ada satu projek lama yang pernah tergendala kosnya berjuta-juta, terbuka balik.

Subhanallah, rezeki mencurah-curah lepas itu.

Malah, pintu kebaikan sentiasa terbuka buat mereka.

Kemudian si wanita itu pun kata:

"wallahi, sesungguhnya aku takkan mampu balas kebaikan Allah ini melainkan dengan memperbanyakkan lagi istighfar.

Malah istighfar ini telah menjadi sebahagian tubuhku, hanya berada di hujung lidahku (setiap masa), hinggakan diriku akan beristighfar tanpa sedar, dalam tidur pon istighfar, bangun tidur pon istighfar."

MasyaAllah.

Firman Allah: " Maka aku berkata kepada mereka: 'mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia maha pengampun', 'nescaya Dia akan turunkan kepadamu hujan yang lebat dari langit',

'Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anak buatmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmua. " - surah Nuh ayat 10-12 -

Dalam ayat ni mengapa Allah sebut tentang langit selepas istighfar?

Sebab langit itu sebagai sumber rezeki, dan dari langitlah turunnya hujan yang membasahi bumi, menumbuhkan kehijauan, membuahkan pokok.

Malah memberi peluang untuk kehidupan laut hidup dengan sihatnya. Betapa hikmahnya Allah dalam ayat-ayatNya.

Dan selepas sumber asas itu, Allah baru sebut hasilnya, iaitu wang harta, anak pinak, syurga-syurga dan sungai-sungai..

Bila diperhatikan, semuanya ni Allah kaitkan dengan istighfar saja. Dari istighfar ganjarannya di dunia juga akhirat.

Pernah sekali pada zaman Omar r.a dulu, mereka ditimpa musim kemarau yang sangat dahsyat sehingga tahun tu digelar sebagai عام الرمادة (tahun yang kelabu) disebabkan kekelabuan tanah yang gersang

Malah manusia pada waktu itu tak boleh senyum walau sikit pun disebabkan menahan lapar yang amat..

Pada waktu itu langit langsung tak hujan, binatang ternakan semakin hari semakin mati disebabkan tak tahannya panas dan dahaga.

Pada masa yang sama, manusia juga mengalami kelaparan yang dahsyat, hingga mereka semua sama rata miskin menahan kelaparan.

Namun sayyidina Omar tak pernah berputus asa dari rahmatNya, beliau menyuruh malah memujuk penduduk yang dalam kesusuahan tu supaya perbanyakkan taubat dan istighfar.

Sehinggakan bila tiba hari jumaat, tidak lain dan tidak bukan khutbah yang diberi sepanjang tahun itu adalah suruhan istighfar استغفروا.

Tidak lama kemudian, turunlah hujan yang sangat lebat menyiram kehidupan yang hampir mati itu.

Subhanallah.. Sungguh Allah itu Maha pengampun lagi Maha penyayang.
.

Ps: Artikel ni saya dapat daripada Puan Aisya. Saya edit sikit supaya ia mudah dibaca.

Dapat sesuatu? 😁

#ZuhairiNopiah

>>Click here to continue<<

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)