Kita tunjuk kereta baharu, tunjuk rumah terpaling besar, segala benda dibeli ditayang, sudah dikongsi semua, kemudian LHDN nampak, buat taksiran, kita marah. Pemilik bangunan nampak, naikkan sewa, kita marah.
Kawan-kawan,
Orang lain tayang, depa bayar je LHDN juta-juta setahun. Mereka ini dah sedia kenaikan sewa dalam tempoh 10-20 tahun.
Kita yang tak bersedia, jangan duk buat. Simpan baik-baik apa sahaja yang kita beli.
Tak semua benda kita wajar tayang. Kadang-kadang yang itulah bawa bala.
Ini orang tayang, kita pun sibuk nak tayang. Tumpang ombak katanya. Kita tak sedar dia bawa kapal persiaran. Jualan dia siap boleh bawa orang cruise antara negara, yang kita sampan kecil masih memancing ikan pesisir pantai kat kampung kita sahaja. Hah sekali badai je terbalik lemas terus sampai hilang kat dasar laut orang lain tak jumpa-jumpa dah.
Tengok diri sendiri dahulu ya.
Tanya diri sendiri nak like ke nak happy. Kalau sekadar nak like sehari, natijahnya sad hari-hari. Namun kalau nak happy hari-hari, simpan dan hayati keseronokan diri itu sesama keluarga sahaja. Itu jauh lebih bahagia.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Bebel selepas subuh. Gituh.
>>Click here to continue<<