Memahami kekuatan diri sendiri supaya tinggi keyakinan. Kita buat ini:
Lihat rutin setiap hari dari pagi hingga tidur:
- bahagian ibadah dan menentukan pahala apa nak dibuat. Menolak dengan rasional untuk tak sertai kawanan berbuat dosa.
- bahagian kesihatan diri, menentukan makan apa, senaman apa, bacaan apa, circle apa dan perbualan apa.
- bahagian emosi diri, lihat bagaimana kita respon terhadap masalah, cara selesaikan masalah dan bagaimana mencari solusi.
- bahagian keluarga, lihat bagaimana kita menyertai emosi keluarga semasa gembira, semasa sedih, semasa masalah dan semasa meraikan kejayaan.
- bahagian kerja, lihat posisi kita semasa dalam konflik, semasa dalam hiruk piruk kerja banyak, semasa dalam selesa dan semasa dalam meraikan kejayaan.
Kesemua bahagian ini jika kita dapat tentukan apa kita nak buat untuk bahagiakan diri, maka kita dah tahu kita ada inner power yang berbeza dengan orang lain.
Kita matang, kita rasional, kita boleh hadap masalah dengan tenang, kita boleh switch on dan switch off melihat kepada suasana.
Masuk pejabat, serius. Balik rumah boleh main nyorok-nyorok dengan anak.
Ada kejayaan di office, raikan sama-sama. Ada masalah, bincang dan ajar bagaimana nak selesaikan. Semuanya boleh dan kematangan itu memberi "kuasa" besar untuk kita pergi lebih jauh lagi dari hari ini.
Ingat kawan,
Hari ini kena lebih baik dari hari semalam. Semua orang masih mampu ubah segalanya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
>>Click here to continue<<