Self-sabotaj:
- boleh bangun awal, namun pilih bangun lambat.
- boleh masuk kelas, namun pilih ponteng.
- boleh siapkan kerja, namun pilih tangguh.
- boleh bersarapan, namun pilih tidur.
- boleh bersenam, namun pilih melepak.
- boleh membaca, namun pilih berejam menonton.
- boleh tidur awal, namun pilih lewat.
- boleh part time bisnes, namun pilih merungut tak cukup duit.
- boleh tukar ke online, namun pilih tak mahu belajar.
- boleh ikut SOP, namun pilih tak apa ok sahaja.
- boleh duduk rumah, namun pilih nak keluar.
- boleh mengaji, namun pilih bermalas-malas.
- boleh awalkan solat, namun pilih bersembang.
- boleh gunakan kebaikan medsos, namun pilih untuk kecam sana sini.
- boleh banyak mendengar, namun pilih sembang kencang.
- boleh reward diri, namun pilih membazir yang tak perlu.
- boleh bina team, namun pilih sindir dan benci.
- boleh sayang keluarga, namun pilih marah dan iri.
- boleh ramah berjiran, namun pilih sombong dan ego.
- boleh berbuat baik, namun pilih perli dalam menasihati.
- boleh bersyukur, namun pilih merungut.
- boleh bersedekah, namun pilih membazir.
- boleh memberi hadiah, namun pilih kedekut.
- boleh bersabar, namun pilih bertempur.
- boleh marah berprinsip, namun pilih maki hamun.
- boleh bertegas, namun pilih ayat membenci.
Kawan-kawan,
Banyak sahaja boleh dari tak boleh. Kita sendiri buat pilihan, kita sendiri tentukan. Kita tak sedar kita yang duk sabotaj diri sendiri atas apa yang kita lakukan.
Berhenti salahkan orang, lihat diri apa diri dah buat kepada diri sendiri. Jika ada, maafkan diri sendiri dan mula berubah terus hari ini ya. Sama-sama kita jom.
Bismillah!
Khairul Hakimin Muhammad,
💪💪💪
>>Click here to continue<<