Soalan: Mengapa saya tengok tuan, Cikgu Fadli, Dr. Kamarul up jam berapa pun masih ada orang yang tekan like, komen dan share? Saya buat tak jadi pun.
Jawapan: Orang-orang ini sudah ada follower. Engagement mereka juga tinggi. Posting mereka berkualiti, #contentnya sentiasa menarik minat orang lain.
Asasnya, apabila ada sebilangan jumlah follower, ia memudahkan untuk kita membuat posting untuk mendapatkan reaction pada bila-bila masa.
Yang belum ada follower, bangunkan pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Waktu itu adalah “waktu rasmi” orang di Malaysia bermain dengan media sosial.
Tenang-tenang sahaja. Kami semua juga bermula dengan 0. Kami tulis tanpa henti, naik sikit-sikit ke 100, 1,000 hari ini semua orang sudah 200,000 pengikut. Syukur.
Tak bermula tak tahu, dan proses itu bukan sehari kawan-kawan. Ia bertahun untuk sampai ke tahap ini. Tenang ya!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat, konsisten, sabar.
>>Click here to continue<<