TG Telegram Group & Channel
Khairul Hakimin Muhammad | United States America (US)
Create: Update:

Maksud mudah Toksik Positiviti:

Kawan kita lapar, di tangan kita ada sebiji telur yang elok, baik, bagus dan segar. Apabila kawan kita menangis beritahu dia sungguh tak makan, maka kita pun baling telur itu ke muka dia.

Telur itu pun pecah dan dia terima telur itu dengan penuh kesedihan.

Sama dengan kita. Apabila kita ada masalah, kita akan:

Stress,
Sakit,
Pedih,
Murung,
Sentap,
Dan berbagai lagi.

Semua itu ok sahaja gais. Ambillah masa untuk hadap semua perasaan itu, kemudian belajar dan bangkit.

Nak bangkit itu mesti dengan telur itu dibasuh bersih, kemudian kita pun buka api, pecahkan telur dan masak baik-baik.

Kita letak bawang, cili, perasakan dengan berbagai bahan. Lalu kita angkat dan letak atas nasi.

Kita bawa dengan segelas air dan jemput kawan kita makan. Kita hilangkan lapar dia, bantu dia tanpa tanya kenapa dia tak makan, kenapa dia kebulur dan sebagainya.

Itu baru betul positif yang bagus.

Kawan-kawan,

Kita boleh jadi positif, namun jangan sesekali jadi toksik dalam positivity. Ramai antara kita perlu bantuan, kita rasa kita bantu, namun kita tak sedar ayat “kembalilah kepada Allah, kena rajin solat, kau ni kena banyak zikir, kau kena banyak berdoa” dan sebagainya itu seolah membaling telur itu ke muka.

Ayat itu semua bagus, semua baik, semua elok. Tak ada salahnya, namun mereka perlu bantuan untuk ada rasa bersama tanpa perlu lagi perit nak buat semua itu sendiri. Kita takkan memahami mana-mana pun situasi jika kita tak berada di tempat orang itu. Jadi berhenti sembang kencang di hadapan orang ada masalah.

Seperti kita lapar, emak tak pernah tanya kenapa tak makan, namun emak hanya bergegas bangun ambil pinggan, cedok nasi dan tuang lauk. Terus ajak kita makan dan pandang muka kita makan sampai kita habis.

Lalu emak suruh rehat. Emak tak kacau kita sampai kita sendiri pergi ke emak dan duduk bersama tengok tv, dan bersembang tentang itu tentang ini.

Begitulah selesanya dapat positiviti yang betul.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar pada setiap perkara negatif.

>>Click here to continue<<

Khairul Hakimin Muhammad

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)