TG Telegram Group & Channel
Khairul Hakimin Muhammad | United States America (US)
Create: Update:

Duduk dalam dunia HR 10 tahun, saya adalah pengalaman sikit tentang bab team yang tak pandai dan sentiasa perlu dibantu.

- memang ada yang dah diajar beribu kali, masih tak pandai, namun mereka orang baik. Jadi kita putuskan kekalkan dia dalam team kita. Kita tahu dia sedang dan sentiasa belajar jadi lebih baik. Kalau dia tak nak belajar baru kita slow talk dan tanya apa hala tuju dia bersama kita.

- memang ada sering buat salah. Asal ada task baru, akan ada kesilapan, namun sebab dia baik, kita kekalkan dia dalam team. Kita tahu dia belajar pada setiap kesilapan dia walau berulang kali. Kalau dia tak nak belajar baru kita slow talk dan tanya apa hala tuju dia bersama kita.

- memang ada yang dalam setahun rajin, adalah 4-5 hari down, malas, banyak masalah family dan sebagainya. Namun kita kekalkan dia dalam team sebab dia baik. Kita tahu masalah dia itu akan dia selesaikan dan insya-Allah takkan bawa lagi ke pejabat.

Kawan-kawan,

Apabila saya dah buat bisnes sendiri, pengalaman mendapatkan "orang baik" ini mematangkan saya.

Saya tak nak orang hebat bekerja, namun "bijak" dalam curi tulang.

Saya tak nak orang power dalam berkomunikasi, namun sentiasa juga dia menipu dan mencuri.

Saya tak nak orang terbaik dalam bidang dia, namun dia gunakan itu untuk ambil dan kaut hasil syarikat masuk poket dia.

Saya nak orang baik.

- tak pandai, boleh diajar.
- tak hebat, boleh masuk kelas.
- tak power, boleh diberi kekuatan.
- tak minat, boleh dipupuk.

Janji orang baik. Itu sahaja. Sikap yang ini tak boleh dibeli dengan adanya deans list, dengan adanya anugerah cemerlang langit ke-7 Universiti terbaik dunia. Tak ada. Ia adalah jati diri yang diajar di rumah, adab yang didahulukan dan tertib dalam beragama.

Orang ini, saya akan kekalkan dia dalam team. Jadi saudara sampai bila-bila.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Saya pilih yang ada sikap baik.

>>Click here to continue<<

Khairul Hakimin Muhammad

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)