Bab beristeri dan keluarga ini, banyak dalam sirah, dalam Quran, dalam kisah-kisah para Nabi kita boleh pelajari;
1. Rasulullah SAW adil dan sayang semua isterinya. Semua solehah.
2. Nabi Nuh punya isteri memberontak dan tak mahu mendengar katanya sendiri.
3. Nabi Lut punya isteri yang mengkhianati dirinya sendiri.
4. Nabi Ibrahim mempunyai dua isteri iaitu Sarah dan Hajar, namun menyayangi ke dua-duanya dan dua-duanya solehah.
5. Firaun pula seorang kejam dan sesat namun mempunyai isteri solehah.
Semua kisah ini ada. Jadi ambil mana paling baik untuk kita contohi. Paling baik ialah yang suaminya soleh, isterinya solehah.
Jika takdir dapat suami tak baik, maka carilah yang baik. Takdir dapat isteri tak baik, maka carilah yang baik.
Sedang Nabi pun ada diuji dengan isteri bermasalah, inikan kita. Bercerai bukan tak baik, kadang itu adalah penyelesaian masalah. Kita tak tahu apa mereka alami dan kita hanya boleh cakap serta beri pendapat. Yang alami, yang hadap adalah mereka.
Kita aman damai, kita baik-baik sahaja, maka doakan mereka juga sama baik dengan kita. Bersyukur dapat isteri atau suami yang baik. Jangan duk mengata beriya sangat kadang yang itulah Allah uji nanti. Ha beringat okeh.
Raya belum habis weh, kita dah bergaduh tentang hal rumah tangga orang. Sudah-sudahlah ya.
Mari sambung raya! Haha.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
❤️
>>Click here to continue<<