TG Telegram Group & Channel
Khairul Hakimin Muhammad | United States America (US)
Create: Update:

Tak usah pandang orang lain gais. Fokus diri sendiri sahaja.

- Kita dah buat baik, berhenti tengok orang lain bermalas-malas.

- Kita dah buat yang terbaik, berhenti tengok orang lain tak buat apa.

- Kita dah rajin, serba serbi kita buat, berhenti suruh hati kita penat nak kecewa bagai.

Kita hebat, Alhamdulillah. Allah beri kita kudrat jadi rajin, Allah beri kita peluang sentiasa buat perkara itu menjadi dan Allah beri kita hati waja yang tak pernah putus asa.

Kena beringat, syaitan juga tak berhenti buat kita benci, marah dan kecewa. Si syaitan akan berusaha cakap ke telinga kita "tengok kau buat kemain banyak, dia tu duk sesaja ja. Hujung bulan dapat gaji sama-sama."

Jadi kita pun bengkek. Mula tak suka dia. Mula marah ke dia. Lalu perlahan-lahan hati kita jadilah keras. Pandang tak boleh, bercakap tak boleh. Mula masam muka. Sedangkan kita sendiri tahu kita takkan boleh ubah orang.

Gais. Ini terjadi di mana-mana.

Kalau di tempat kerja, serah kepada bos-bos untuk lakukan sesuatu. Performance, KPI, semuanya ada untuk beri dia pelajaran baik buruk di tempat kerja.

Kalau di rumah, nasihatlah baik-baik sebagai ahli keluarga. Kalau dah selesai berpesan-pesan, tak nak dengar, lantak sahaja.

Bahagian kita dah pun selesai. Tugas kita adalah sentiasa berbuat sahaja.

Ada orang sangat rajin ziarah ibu bapa dia setiap hari. Namun nak basuh sepiring pinggan pun dia tak boleh buat. Patutnya dia datang, dia tolong. Namun dia tak buat. Jadinya yang ada di rumah akan bantu mana boleh.

Jika hati kita baik, kita akan cakap dalam hati "ini bahagian aku untuk aku buat baik. Dia dah buat baik ziarah mak hari-hari."

Kalau hati kita busuk, kita akan cakap "lagi-lagi aku kena basuh pinggan. Hari-hari inilah kerja aku."

Apa masalah dengan hari-hari kita buat?
Apa masalah dengan setiap kali itu kita kena buat?

Gais, tengok emak kita. Pernah merungut anak datang, dia masak masakan kegemaran anak-anak.

Hari-hari buat kerja rutin kemas, basuh, susun, sapu semua. Pernah dia bising dia cakap hari-hari buat kerja sama? Tak pernah. Sebab emak kita hati waja. Emak kita dah terbiasa dengan buat sahaja, bab lain Allah bantu.

Kita ada adik beradik, bersyukur.
Ada orang, tunggal sahaja. Bab mereka ada yang rajin ada yang malas, apa kita boleh buat. Kita yang rajin, buatlah tanpa fikir tentang orang lain punya kemalasan.

Kita rajin, kita banyak dosa, boleh jadi semua kudrat kita yang bantu buat sana sini itu boleh bantu juga kita memberi pahala depan Allah nanti.

Biar sama-sama dengan hati jadi baik.

Kita boleh lakukan tanpa sakitnya hati, iaitu buat sahaja. Tolong sahaja. Bantu sahaja.

Tolong = pahala.
Bantu = pahala.

Siapa nak, dia buat. Tak nak, tak payah paksa. Jadi gaduh, masam muka akhirnya berantakan. Dari hal yang boleh dapat pahala, akhirnya jadi dosa. Ruginya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat ja.

>>Click here to continue<<

Khairul Hakimin Muhammad

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)