TG Telegram Group & Channel
Khairul Hakimin Muhammad | United States America (US)
Create: Update:

3 ayat yang kita kena tukar apabila bercakap kepada diri kita sendiri.

1. Apabila kita berbuat kesilapan, kita akan cakap apa kena dengan diri aku ini? Kenapa teruk sangat?

- ayat yang betul ialah, di mana aku nak baiki kesilapan aku, diri aku tak ada salah silap, cara kerja aku sahaja perlu diperbaiki.

- jika ia tentang kerja, ia tak ada kaitan dengan diri kita. Ia tentang kerja. Ingat itu. Walau boses atau rakan sekerja kata kita bodoh, kita teruk, namun buang perkataan itu cepat-cepat dari dalam kepala. Fokus kepada cara kerja, baiki semua sistem.

2. Apabila kita terbuat kesilapan yang berulang kita akan cakap "bodohnya diri aku, kenapalah tak terfikir nak buat gitu gini."

- ayat yang betul ialah, "alhamdulillah belajar lagi. Silap kali ke-2, kali ke-3 takkan salah lagi. Sekarang lagi clear nak buat apa.

- tak semua orang belajar pada kali pertama buat salah. Ada orang, dia akan belajar berkali-kali. Kita sebagai rakan, wajar bantu bukannya hina dan sindir seteruk-teruknya. Selagi dia berusaha, selagi itu kita bantu.

3. Apabila kita buat silap, kita akan cakap "apalah yang depa fikir pasal aku. Mesti depa kata aku teruk."

- ayat yang betul ialah "aku takkan benarkan otak aku fikir pasal apa orang fikir tentang aku. Aku kena fokus baiki kesilapan aku. Orang takkan berhenti bercakap, aku pula takkan berhenti baiki dan berubah jadi lebih baik."

Kawan-kawan,

Tak semua dari kalangan kita ini pandai dan hebat seperti Elon Musk, Jeff Bezos atau Dr Amalina.

Kita boleh jadi hebat dengan dapat belajar dari kesilapan kita hari ini, kemudian kita baiki terus untuk buat lebih baik esok hari.

Kita jadi hebat apabila kita berusaha berbuat kebaikan. Sama ada sama seperti semalam atau lebih baik, itu keutamaan.

Buang segala apa yang tak baik untuk difikirkan dan dicakapkan kepada diri, cakap hal baik sahaja. Tak baik, buang terus dari kepala.

Kita kawal diri kita,
Kita kawal otak kita,
Kita kawal jiwa kita.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mahu jadi lebih hebat dari hari ini, bismillah 💪

>>Click here to continue<<

Khairul Hakimin Muhammad

Share with your best friend
VIEW MORE

United States America Popular Telegram Group (US)