TG Telegram Group Link
Channel: #∆kuYangTulis ✍🏻
Back to Bottom
Perkara yang aku belajar mengikut pengalaman sendiri sepanjang 2020:

1. Aturan Allah itu tersangatlah indah. Walaupun jiwa kita tak mahu menerima dan menyangka ianya mustahil, tapi percayalah segalanya akan berubah. Dan ya aku alami saat itu. 😢

2. Kita ibarat durian. Manis macam mana pun tetap ada orang tak suka dengan bau dan rasanya.

3. Berkawan biarlah ramai. Meskipun yang hadir saat jatuh dan bangun hanyalah satu.

4. Kekuatan itu akan hadir saat kita melangitkan doa dan mendekati Dia bukan pula diam menanggung segala sengsara.

5. Berdiam itu lebih baik pada saat orang sekeliling sedang berbicara racun dan toksik.

6. Menangis bukanlah petanda kita lemah. Bahkan, menangislah erti perjuangan yang sebenar.

7. Air mata akan menjadi saksi kebahagiaan kita suatu masa kelak.

8. Tuhan menjentik hati kita untuk berubah dengan cara yang begitu indah.

9. Doa ialah senjata yang paling ampuh dan berkesan.

Let's begin and face this 2021 together. Ily geng. ☺️🤍

With love, adikdiary.
Forwarded from Aksara Pena
Pejuang Sepi
Sabtu, 02 Januari 2021

Setiap hari, aku cuba mengukir senyuman. Walau tiada siapa mengetahui beban perasaan yang sedang aku alami dan aku berlagak kuat seperti tiada masalah dalam kehidupan. Namun segala perit dan sakit, aku cuba bangkit untuk berjuang sendirian tanpa mengharap simpati serta perhatian.

Akan ada suatu ketika beban yang menghempap buat aku terlena panjang dalam ketenangan yang suram. Cukup sukar untuk aku noktahkan pena derita tanpa kasih dan rahmat Tuhan. Sesungguhnya hanya pada Dia saja aku terbangkan sayap memohon kekuatan. Moga saja hati ini tidak terus tenggelam. Biarlah alam dunia melupakan aku. Dan cukuplah andai aku berharap agar suaraku kedengaran di semesta langit. Cukup bagiku Tuhan yang Satu.


14:53 pm
Karya Kolaborasi oleh;
AishahKidal dan adikdiary

Pemilik Channel;
@untukkenangan
@adikdiaryofficial
Walaupun sudah berpuluh puisi yang aku tuliskan di sini, tapi semuanya tidak pernah aku lupakan. Aku sentiasa ingat akan setiap sisi dan gaya penulisanku sendiri. Seandainya ada yang mahu menciplaknya, silakan. Aku hanya mampu memerhati dari jauh dan mendoakan agar mereka terlepas dari murka Tuhan. Semoga reda Tuhan selalu berserta kalian yang sentiasa menyokong aku selama ini.

Terima kasih tak terhitung buat kamu semua.

Love, adikdiary. :)
#FAQ ✍🏻
#FrequentlyAskedQuestions
#CIPLAK

Memandangkan ramai yang masih tidak tahu istilah ini, ayuh saya cuba jelaskan secara singkat tapi padat.

1) “Apakah ciplak atau plagiat dalam bahasa yang mudah?”

– Meniru (copy paste) hasil tulisan orang dan – dengan bangganya mengaku itu adalah hasil tulisannya.

2) “Bagaimanakah cara untuk mengelakkan ciplak?”

– Jika sekadar mahu berkongsi tulisan, letaklah ‘credit’ sebagai tanda menghormati penulis tersebut. Tidak salah untuk berkongsi. Yang menjadi masalah apabila tiada adab dalam berkongsi.

– Baca dan fahami maksud di sebalik tulisan seseorang kemudian cuba mengolahnya semula dengan ayat sendiri.

– Tidak meniru secara bulat-bulat tetapi ambil tulisan mereka sebagai rujukan / ilham.

Semoga bermanfaat!
Selamat malam! ❤️

With love, adikdiary :)
I cannot believe I'm already in 2021.
I need to learn back how to crawl.
How bout you ? 😝
Forwarded from #∆dikDiary
Sejujurnya, aku takut untuk menyentuh hati yang masih parah terluka. Aku bimbang makin disentuh makin merana jiwanya.

‘adikdiary
Forwarded from #∆dikDiary
Percayalah. Akan ada manis di balik masamnya rambutan.

‘adikdiary
Forwarded from #∆dikDiary
#MentalHealthCare 🌼

Hai awak. Selamat pagi.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa keping gambar rujukan dan support untuk awak.

Melalui poll/survey yang saya pernah buat sebelum ni, saya dapati ramai yang menunjukkan tanda-tanda emosi yang teruk dan saya risau kalau sahabat saya di sini menghadapi kemurungan.

Saya faham situasi sekarang begitu menekan emosi kita semua tak kira student, pekerja, yang hilang sumber pendapatan, masalah kewangan, yang hilang ahli keluarga dan sebagainya.

Allah. Semoga kita semua terus kuat untuk mengharunginya bersama. Okey? :)

Di sini saya sertakan senarai pertubuhan yang diharap dapat membantu memberi sokongan moral untuk awak.

Saya mohon agar awak terbuka untuk berkongsi perasaan awak. Saya taknak kita semua terpuruk dalam keadaan emosi yang macam ni tanpa apa-apa tindakan.

Ayuh semoga kalian terus kuat berjuang!


With love, adikdiary :)
Forwarded from #∆dikDiary
Whatsapp Talian Kasih: 0192615999

Service Hour: 24 Jam ❤️

#MentalHealthCare 🌼
Forwarded from #∆dikDiary
#MalaysianReliefAgency 🤍

Waktu Operasi: 10 pagi - 5 petang (setiap hari)

Senarai Ahli Psikologi & Kaunseling Bertauliah 📞:

Dr. Mimi : 0186603495
Dr. Siau Ching Sin : 0162185585
Dr. Rafidah : 0162543131
Dr. Humairaa : 0182778679
Pn. Hanif Shah : 0129370644
Pn. Nur Aklima : 0183818854
Cik Rozida : 0139470377
Cik Nor Azira : 01110193683
Pn. Mardhiah : 01125443560
En. Khairuddin : 0145339041
Cik Norazizah : 0196777874
En. Zulfan : 01127303771
Cik Amalia: 0172851314
Cik Selvi : 0123407119
Pn. Nor Azlina : 0199272760

#MentalHealthCare 🌼
Forwarded from #∆dikDiary
#MalaysianMentalHealthAssociation (MMHA) 🦋

Available Monday - Friday (10 AM - 6 PM)

Scan the QR code 📲

#MentalHealthCare 🌼
Forwarded from #∆dikDiary
#MERCYMalaysia 🌺

Waktu Operasi setiap hari : 8 pagi - 5 petang

📞: 01163996482
📞: 01163994236
📞: 0329359935

#MentalHealthCare 🌼
HTML Embed Code:
2024/05/17 22:43:35
Back to Top