TG Telegram Group Link
Channel: Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
Back to Bottom
#BantuPesakitSihat | Salam Ramadhan Dari Adik Hafizuddin

Hari ke-12 umat islam menjalani Ibadah berpuasa semalam adalah hari yang menceriakan Adik Hafizuddin.

Dapat berbuka puasa bersama keluarga dan saudara terdekat di rumah kecil beliau di Lorong Haji Dha, Batu Buruk

Hasil sumbangan tuan/puan melalui Yayasan Ikhlas dapat kami manfaatkan untuk menaja majlis berbuka puasa untuk Adik Hafizuddin & keluarga beliau semalam.

Majlis disertai kira-kira 20 orang ahli keluarga dan saudara terdekat Adik Hafizuddin.

Semoga ramadan ini menjadi penguat ikatan silaturrahim antara kita semua.

Jom bersama Yayasan Ikhlas menjayakan Kempen Kasih Ramadan sepanjang Ramadan ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan
🔗https://bit.ly/kasihramadanjohor

Atau terus melalui Akaun:

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Ref: KasihRamadan

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
MAJALAH AKALWAHYU EDISI KHAS 100 TAHUN KEJATUHAN KHILAFAH

Alhamdulillah, saya diberi ruang untuk memberikan pandangan berkenaan isu yang berlaku di Palestin. Isu ini amat dekat dengan hati saya.

Jemput dapatkan penulisan saya di pautan di bawah ini :

https://ezy.la/AkalWahyuEdisi100Tahun
Pihak Palestinian Authority (PA) sendiri menentang pembebasan tokoh pimpinan Fatah, Marwan Barghouti dalam sebarang negosiasi pertukaran tahanan di antara mujahidin Palestin dan regim penjajah regim Israel.

Barghouti adalah seorang tokoh penting dan figura politik anti zionis yang popular dari kalangan Fatah.

Beliau pernah berkhidmat sebagai JKP atau ahli Fatah Central Committee dan Palestinian Legislative Council (PLC).

Beliau mendapat sokongan kuat daripada rakyat Palestin dan juga daripada Hamas sendiri.

Beliau ditahan di penjara Israel sejak 2002 selepas Intifadah ke-2 Palestin, dan beliau dihukum sebanyak 5 kali penjara seumur hidup.

- Quds News Network
#tabungmasjid |"Melangkah Bersama: Tabung Masjid Membina Harapan dan Keberkatan".

Tabung Masjid ialah kempen membina dan membaik pulih rumah Allah di Malaysia dari segi infrastruktur.

Bantuan kepada masjid & surau ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kualiti, fasiliti dan perkhidmatan agar jemaah dapat menunaikan kewajipan dengan selesa & sempurna serta memberi manfaat kepada aktiviti komuniti setempat.

Setiap sumbangan untuk rumah Allah ini akan menjadi saham akhirat kita.

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
Pendidikan dan Dakwah di Pedalaman,

Yayasan Ikhlas gigih membangunkan generasi muda di pedalaman Borneo melalui medan pendidikan dan dakwah.

Sejak 2021, YI telah membina 3 buah pusat pendidikan di Sabah iaitu,

Pusat Pendidikan al Huda di Pekan 2, Semporna (243 pelajar, 14 guru)

Pusat Pendidikan al Huda di Kuala Bibang (120 pelajar, 4 guru)

Sekolah Agama Rakyat di Kuala Penyu (70 pelajar, 5 guru)

Kebanyakan pelajar adalah anak-anak asnaf dari keturunan Bajau Laut, Suluk dan Bugis. Mereka tidak memilih menjadi miskin dan sebahagiannya tanpa dokumen.

YI juga menaja 11 orang guru-guru Quran untuk komuniti asnaf di Sandakan dan Semporna.

Seramai 11 orang pendakwah pedalaman (anak tempatan) ditaja untuk mendidik masyarakat Bajau Laut di Pulau Sibangkat, Maiga, Pondohan dan Silungun di Semporna.

Teruskan bersama kami,

https://pay.sedekahsini.com/order/form/ALHUDA/Semporna

Atau,

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Ref: Pendidikan al Huda

Peduli, Prihatin
Prof Dr Zainur Rashid Z
Pengerusi Yayasan Ikhlas
#KasihRamadan | Yayasan Ikhlas Semporna berbuka puasa bersama masyarakat Pulau Sibangkat.

Daie Yayasan Ikhlas bersama masyarakat memasak untuk berbuka nanti. Seramai lebih 30 orang pelajar bersama-sama berbuka di Surau Sibangkat. Aktiviti diakhiri dengan bersolat terawih bersama-sama.

Yayasan Ikhlas menghantar 3 orang daie ke Pulau Sibangkat untuk mendidik masyarakt pulau dengan ilmu 3M(Membaca, mengira dan menulis) serta Ilmu Al Quran.

Tahun ini merupanya tahun kedua daie Yayasan Ikhlas di Pulau ini. Alhamdulillah, terlihat riak wajah pelajar-pelajar gembira berbuka bersama dengan Daie Yayasan Ikhlas.

Terima kasih buat semua penyumbang yang menyalurkan bantuan melalui kami di Yayasan Ikhlas. Bantuan anda memberi keceriaan buat mereka.

===========================

Diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.

Riwayat al-Tirmidzi: 807

"Beri Seadanya, Berkongsi Seikhlasnya"

Klik untuk Pahala Percuma:
https://yikhlas.fund/al-Huda

Yayasan Ikhlas Semporna,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
Mereka Sengaja Menghina dan Mempermainkan Umat Islam,

The Government Media Office in Gaza in a press statement:

18 Palestinians have been killed so far by mishandled airdrops of aid, including 12 who drowned while trying to get aid from the sea and six due to stampedes.

We hold the US administration and the Israeli occupation responsible for the policy of starvation and siege.
🔻Because of the heavy losses that Israel suffered after the assassination of engineer Yahya Ayyash "Israeli" Prime Minister Shimon Peres told Yasser Arafat that the PA had to arrest Mohammed Deif. In exchange for giving 3 neighborhoods of Jerusalem to the Palestinian Authority

At the time Arafat rejected his request and knew nothing of Deif, having to ask around for information on the mysterious character


In 2000 a deal would be struck between the PA and "Israel" leading to the arrest of Deif and the handing over of jurisdiction over 3 villages to the PA by "Israel".

Deif would however successfully escape from prison after just a few months.

[A.K]
Sheikh Saud Abu Mahfudz, Ketua Lajnah al Quds di Jordan pernah bertanyakan soalan kepada saya,

"Siapakah anak yatim yang paling perlu dibela ?".

Saya cuba menjawab dengan beberapa jawapan yang logika dan dekat di hati berkenaan anak yatim.

Namun beliau tidak bersetuju dengan jawapan-jawapan yang saya berikan.

Beliau lantas menjelaskan bahawa 'Masjid al Aqsa' adalah sebenarnya anak yatim yang paling perlu dibela.

Saya tersentak dengan jawapan yang diberikan lantas terus menyatakan persetujuan dengan kenyataannya.

Apa kata anda ?
SALAM NUZUL QURAN |17 Ramadan 1445H

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan sebagai petunjuk, teladan dan pedoman untuk segenap manusia dalam pelbagai aspek kehidupan.

Al-Quran adalah penawar,
Al-Quran juga adalah penyelamat.

Salam Nuzul Quran daripada kami

Beri Seadanya, Berkongsi Seikhlasnya

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
Assalaamu'alaikum,

Buat sahabat dan teman kenalan yang dikasihi.

Hari ini kami singgah sebentar di Dubai dalam permusafiran ke UK dan Ireland.

Beberapa kunjungan rasmi dan tidak rasmi kepada tokoh dan institusi di UK dan Ireland selain menziarahi anakanda dan kenalan kami di UK-Eire.

Semoga Allah berkati perjalanan ini.

Salam ukhuwah

Dr Z

Ba'das solat fajr fi Matar Dauli, Dubai
HTML Embed Code:
2024/03/28 09:36:11
Back to Top