TG Telegram Group Link
Channel: Mutiara๐Ÿ“šIlmu
Back to Bottom
Selawat itu MAHAL,hanya orangยฒ pilihan Allah lah yang dapat menggerakkan LISANNYA untuk berselawat.

Semoga kita semua dipilih oleh Allah SWT untuk selalu istiqomah dalam membaca selawat

SELAWAT ITU RAHSIA ILAHI

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ู…ูŽุงู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู ุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ูˆูŽุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู†ู ุฅู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตูู‘ุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู…ูŽ ุตูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุถููˆุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ุถูŽู‘ุงู„ูู‘ูŠู†ูŽ

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุงู„ููŽุงุชูุญู ู„ูู…ูŽุง ุฃูุบู’ู„ูู‚ูŽ ูˆูŽุงู„ุฎูŽุงุชูู…ู ู„ูู…ูŽุง ุณูŽุจูŽู‚ูŽ ู†ูŽุงุตูุฑู ุงู„ุญูŽู‚ูู‘ ุจูุงู„ุญูŽู‚ูู‘ ูˆูŽุงู„ู‡ูŽุงุฏููŠ ุฅูู„ูŽู‰ ุตูุฑูŽุงุทููƒูŽ ุงู„ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู…ู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ุญูŽู‚ูŽู‘ ู‚ูŽุฏู’ุฑูู‡ู ูˆูŽู…ูู‚ู’ุฏูŽุงุฑูู‡ู ุงู„ุนูŽุธููŠู…ู

ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูุฒู‘ูŽุฉู ุนูŽู…ู‘ูŽุง ูŠูŽุตููููˆู†ูŽ ูˆูŽุณูŽู„ูŽุงู…ูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†

Awliya Allah mengetahui bahawasanya Selawat keatas Nabi-Nya itu merupakan suatu rahsia Ilahi yang tersembunyi dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui (maksud Selawat) serta sesiapa yang Allah suka dikalangan hamba-Nya (untuk mengetahui akan maksudnya).

[ Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijani Hafizahullahu Ta'ala
๐ŸŒนBerkata Habib Jindan Bin Novel๐ŸŒน

Kita ini di zaman fitnah. Jalan paling selamat untuk mengelakkan diri dari terkena fitnah adalah dengan tidak mencampuri urusan orang lain, bahkan tak perlu pun untuk kita ambil tahu hal di luar. Apakah berdosa jika kita tak ambil tahu urusan muslim yang lain? Tidak.

Berkaitan Hadis Rasulullah SAW tentang, "Sesiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam maka dia tidak termasuk dari golongan mereka (muslimin)", ini bukanlah bermaksud tentang semata "mengambil tahu", tetapi ianya bermaksud tentang "keprihatinan".

Prihatin dan mengambil berat terhadap kaum muslimin yang dimaksudkan Rasulullah SAW adalah dengan doa yakni mendoakan kesejahteraan, keampunan, keafiatan, keselamatan, kedamaian dan keamanan untuk semua muslimin. Kalau yang sakit itu diziarah, kalau orang soleh itu diziarah, kalau orang susah itu disantuni, kalau tetamu iti dirai, kalau jiran itu saling menegur, kalau ada permasalahan dalam masyarakat itu diperbetulkan (kalau mampu pada lisan). Itu baru benar prihatin dan mengambil berat.

Bukannya mengambil berat itu dengan mengambil tahu, kemudian bercerita sana-sini. Apa tujuan kita ambil tahu cerita-cerita luar? Untuk bergosip? Untuk jadi topik perbualan? Untuk bertukar pendapat? Untuk berhujah? Apakah dengan kita mengambil tahu masalah luar, kemudian bercerita sana-sini, masalah akan selesai? Tidak. Tetapi caranya adalah saling mendoakan.

Dan untuk mendoakan ke atas seluruh muslimin, apakah mesti bersyarat kena tahu hal ehwal di luar, baru mesti berdoa untuk meraka? Tidak.

Ikutilah jalan Para Auliya' Allah. Kerana merekalah yang benar-benar prihatin terhadap kaum muslimin. Mereka tak perlukan info semasa untuk berdoa kepada kaum muslimin. Mereka tak ambil peduli urusan orang lain, tetapi merekalah orang yang paling kedepan mendoakan kaum muslimin dan paling dihadapan mengambil berat kaum muslimin.
Forwarded from Qalbun Qalbi (Maya Al Faqirah)
Jangan lupa malam Nisfu Syaaban pada mlm ke 15(24/02/2024) selepas maghrib, malam yang sgt mustajab doa..

Sempena malam Nisfu Syaaban, doa minta pada Allah

1. Minta diampunkan segala dosa sejak akil baligh hingga kini.
2. Minta Allah terima amalan kita daripada akil baligh hingga kini.
3. Minta Allah pelihara kita daripada sekarang hingga ke akhir kematian kita.
4. Minta dimatikan dalam husnul khotimah.
5. Minta dicabut nyawa dengan mudah.
6. Minta roh tak meronta ketika nyawa dicabut.
7. Minta Izrail berlembut dengan kita.
8. Minta jangan jenazah kita meronta ketika diusung.
9. Minta tak gementar ketika jenazah masuk kubur.
10. Minta lidah tak kelu bila disoal dalam kubur.
11. Minta tidak disoal dalam kubur.
12. Minta tidak dihimpit kubur.
13. Minta diampun dosa suami kita, isteri kita, anak-anak kita, mak ayah, nenek moyang, adik beradik.
14. Minta dibangkit di Mahsyar dengan selamat, tidak bermuka keldai, bermuka babi.
15. Minta peluh tidak banyak ketika matahari sejengkal atas kepala.
16. Minta makanan, minuman dan pakaian di Mahsyar.
17. Minta dalam hingar bingar di Mahsyar, kita dapat berkumpul dengan ahli keluarga.
18. Minta dimudahkan hisab.
19. Minta mizan kebaikan yang berat.
20. Minta dipercepatkan jalan di titian sirat.
21. Minta dapat minum di 'huut' Nabi ๏ทบ.
22. Minta Allah ampunkan dosa kita pada sahabat-sahabat yang kita tak berani nak minta maaf dan minta Allah lembutkan hati dia untuk maafkan kita.
23. Minta pada Allah agar kita dapat kembalikan hak-hak orang.
24. Minta Allah masukkan kita, suami kita, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan kita ke syurga Allah dengan rahmatNya.

โค๏ธ #jomselawat
Forwarded from Qalbun Qalbi (Maya Al Faqirah)
ุฅู„ู‡ูŠ ุฃู†ุช ู…ู‚ุตูˆุฏู‰ ูˆุฑุถุงูƒ ู…ุทู„ูˆุจูŠ

KENAPA HARUS BERSULUK ?

Benih yang tidak pernah dipendam, maka tidak akan pernah Tumbuh dengan Sempurna !

Maka SULUK adalah tempat untuk memendam diri sendiri, agar dia Tumbuh menjadi INSAN yang Sempurna dimata Sang Penguasa Alam Semesta Raya...

SULUK adalah metode ataupun tempat untuk menghapuskan segala Nafsu Kehaiwanan seseorang Hamba,

Dan lalu mengisinya dengan Nafsu ke Rabbaniah untuk menuju jalan Kembali kepada TUHAN Semesta Alam.

Dengan BERSULUK, Nafsu akan "TERASING" daripada Keduniawian, dan dia akan terbelenggu daripada kelalaian kepada TUHAN.

Maka dia akan menjadi jinak untuk dibawa menghadap TUHAN Semesta Alam.

Dengan BERSULUK, maka Hati akan dilatih untuk menjalankan ke Istiqomahan didalam Mengingati dan Menghadirkan Rasa kehadiran Allah SWT pada Qalbunya.

Dengan BERSULUK, maka Qalbu akan dilatih untuk selalu hadir Tawajjuh dan Wukuf kepada Allah SWT.

Dengan BERSULUK, maka Nafsu akan tercuci daripada segala sifat-sifat kebuasan dan keserakahan Keduniawian.

Dengan BERSULUK, maka Qalbu akan dilatih untuk selalu berada didalam Alam ILAHIAH yang berbeza dengan keduniaan.

Sejatinya SULUK adalah ajaran Para Nabi dan Rasul...

Nabi Nuh as, SULUKNYA ketika diperintahkan untuk membuat Kapal di atas Bukit.

Nabi Yunus as, SULUKNYA ketika didalam Perut Ikan selama 40 hari.

Nabi Ibrahim as, SULUKNYA ketika didalam Apinya Namrud selama 40 hari.

Nabi Musa as, SULUKNYA ketika di Bukit Tursina dan Pengsan selama 40 hari memandang Tajalinya NUR ALLAH.

Nabi Yusuf as, SULUKNYA ketika Diasingkan didalam Penjara.

Nabi Muhammad SAW, SULUKNYA di didalam Gua Hira'.

Maka tidak layak bagi seseorang Muslim untuk menghina orang-orang yang BERSULUK kepada Allah SWT.

Apabila kita belum mampu untuk melakukannya, maka janganlah mencaci dan menghinanya,

Kerana orang-orang yang BERSULUK itu mungkin sudah menemukan Kenikmatan Bermusyahadah bersama TUHAN-NYA...

Syeh Haqqatullah
JALANAN ILMU

Orang yang bahagia ialah orang yang mendapat redha Allah Taโ€™ala dan orang yang mendapat redha Allah ialah orang yang beriman dan beramal soleh. Maka jika ingin menjadi orang yang beriman dan beramal soleh perlulah kembali kepada ilmu yakni ilmu fardhu Ain tauhid, feqah, tasawwuf.

Malah jika Allah Taโ€™ala redha dengan amal sedikit yang dilakukan maka ia akan memperolehi pahala yang tidak pernah dicitakan/diimpikan tetapi jika Allah Taโ€™ala tidak redha walaupun banyak amal sekalipun tetap tiada nilai disisi Allah Taโ€™ala.

Lihatlah dengan mata hati semua yang ada pada kita adalah nikmat kurniaan daripada Allah Taโ€™ala malah kita dapat beramal dan belajar semua ini pun asbab taufiq hidayah daripada Allah Taโ€™ala.

Oleh itu, kita perlu menjaga amal supaya tidak jatuh kepada ujub yang dicela oleh Allah Taโ€™ala kerana nikmat yang Allah ta'ala berikan kepada kita ini, Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja terutama nikmat ilmu.

Dapat belajar dan faham serta beramal dengan ilmu itulah suatu nikmat yang sangat besar daripada Allah Taโ€™ala walhal hakiki kita ialah ู„ูŽุง ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุงูู„ู‘ูŽุง ุจูุงู„ู„ู‡ู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู’ู…ู. Maka disunatkan perbanyakkan menyebut la haula wala quwwata illa billahil aliyil adzimil untuk kita melihat segala yang ada pada kita ini semuanya kurniaan daripada Allah Taโ€™ala.

Membilang besar amal yang ada pada diri itu bukan jalan yang sebenar malah tidak takut sama ada Tuhan redha ataupun tidak maka itulah yang dipanggil ujub.
Tetapi jika membilang besar pada amal tetapi tidak lupa semuanya itu kurniaan daripada Allah Taโ€™ala serta takut nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa dan takut Allah Taโ€™ala tidak redha padanya maka itulah yang dipanggil dzikrul minnah yakni satu sifat kepujian yang perlu ada dalam diri penuntut ilmu khususnya.

Kita menyangka belajar ini mudah tetapi bagi yang Tuhan sempitkan jalan baginya maka ia akan menjadi payah. Permulaan bagi orang baru yang hendak belajar adalah sangat sukar untuk faham maka disitulah perlunya sabar, inshaa Allah lama-kelamaan Allah Taโ€™ala akan buka kefahaman itu kerana โ€˜boleh fahamโ€™ dan โ€˜tidak fahamโ€™ semuanya itu kurniaan daripada Allah Taโ€™ala.

Maka nikmat belajar ini adalah bahagian masing-masing dan boleh beramal pula itu pun bahagian masing-masing yang telah Allah Taโ€™ala tetapkan dan ianya bahagian nikmat pemberian kurniaan daripada Allah Taโ€™ala, hakikinya kita tidak ada apapun.

Pesanan untuk penuntut ilmu:
1. Belajar molek kerana kita nak redha Allah Taโ€™ala.
2.Jika nak beramal semuanya berbalik kepada ilmu (mengikut panduan syarak) bukan mengikut perasaan ataupun mengikut rasa sedap ataupun bukan mengikut budaya.
3. Kita beramal untuk mendapatkan redha Allah Taโ€™ala maka kita perlu mengikut hukum yang telah ditetapkan kpd kita.
4. Ilmu yang sedikit tetapi disusuli dengan adab akan menjadi sangat bermanfaat berbanding ilmu yang banyak tapi kurang adab umpama ladang yang luas tapi kering kontang (tiada manfaat).

Setiap dari kita berjuang untuk mendapatkan ilmu. Ada yang mudah sangat diberi kefahaman walaupun hanya beberapa tahun menimba ilmu tetapi ada juga yang masih terkapaiยฒ walaupun dah berpuluh tahun menimba ilmu. Apa jua ujian jangan sesekali berundur kerana โ€œOrang yang tidak duduk di dalam majlis ilmu selama 40 hari dikhuatiri matilah hatinya.โ€

Biarlah lambat asalkan hasilnya bermanfaat!

Wallahulaโ€™alam Taโ€™ala

โœ๏ธNukilan Faqirah
ูฅ Ramadhan ูกูคูคูฅ

Posting asal
https://www.facebook.com/share/M78PrDwv7hx7EJ2i/?mibextid=oFDknk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐—”๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐˜‚๐˜€๐˜†๐˜‚' ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜

โ†ช๏ธ. Hadirkan hati bersama badan.
โ†ช๏ธMemahami apa yang dibaca.
โ†ช๏ธ. Membesarkan *ษ‘ษบษบูฑ*
โ†ช๏ธ. Kagum gementar akan kebesaran *ษ‘ษบษบูฑ* .
โ†ช๏ธ. Harap akan ampunan, Rahmat *ษ‘ษบษบูฑ* .
โ†ช๏ธ. Rasa malu dan hina dihadapanNYA."
[ Imam Al-Ghazali ]


โ”‰โ”…โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ€ขโ”‰โ”…โ”โ”
โ˜๏ธ **ุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุงุงู„ู„ู‡**
**ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู…ุญู…ุฏุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡**
๐—ช๐—” ๐—”๐—ก๐—ก๐—” ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—ก ๐—๐—”๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—จ๐—ก ๐—ช๐—” ๐—”๐—ก๐—ง๐—” ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—จ๐—ก
= aku hanya hamba yg jahil...Allah lh Yg Maha Mengetahui.
Org ini dinamakan arif.... Allah Taala x dinamakan arif tp alim. Cuba cari dlm Asmaul Husna ada ke nama Allah arif.

Apa hikmahnya = arif kena usaha..alim itu qodim lg azali.
โค๏ธ HATIโค๏ธโค๏ธโค๏ธ

Wahai hati, berhati- hati
Jalan mu penuh onak dan duri

Hati, berhati- hati
Tidak jaga hati, diri mati
Raba di kedalaman hati
Dalam kelambu kecil penuh sepi
Jangan sampai hati tidak berhati

Hati2 dengan hati
Hati mati kerana
nafsu
Hati mati kerana akli
Yang tidak mampu dikawal lagi
Walaupn zikirnya puluhan ribu dalam sehari.

Kalam Tuan Guru Hj Abd Rahman Jaafar
HTML Embed Code:
2024/04/20 01:43:59
Back to Top