TG Telegram Group Link
Channel: Hati Berbicara ❤️
Back to Bottom
Semakin bertambah usia,
Semakin kabur penglihatan kita,
Kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat akhirat

#HatiBerbicara
Semakin bertambah usia,
Semakin bertambah sensitif,
Kerana Allah sedang mengajarkan bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan. Namun, hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan

#HatiBerbicara
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja tapi jangan bagi kepercayaan sepenuhnya walaupun dia kawan kau dah lama. Sebab apa aku cakap jangan letak kepercayaan terlalu tinggi ?
Sebab diorang ni bila - bila masa je boleh jatuhkan kau tersungkur dan acting like nothing happen tanpa rasa bersalah. I said what I've been through.

#HatiBerbicara
Dewasa ?

Dah besar ni diri lebih penting.
Jaga diri kau betul - betul,
Jaga emosi untuk diri,
Jangan paksa orang untuk faham kita,
Orang tak suka,
Kita melangkah pergi,
Bukan tugas kita nak bahagiakan semua orang.

#HatiBerbicara
Sakit ?

Jangan hirau mulut manusia yang menyakiti,
Kita yang lalui,
Kita yang hadap,
Bahagialah dengan cara kita,
Pedulikan orang - orang yang beri rasa negatif dalam diri kita.

#HatiBerbicara
Situation?

No matter which situation you're right now,
Allah choose it for you,
Don't be sad,
Don't complain,
Allah knows best,
Allah will give you to the best even if it takes time.

#HatiBerbicara
Maafkan
Melupakan
Mengikhlaskan
Simple words right ?
But it's not easy to do it,
It's not easy to accept it,
But try to adapt and accept,
And someday you will know the value of that words.

#HatiBerbicara
Friendship?
Bukan tentang siapa yang datang dulu dalam hidup kita,
Tapi tentang siapa yang memilih untuk bertahan sehingga akhir,
Yang masih mengenggam erat tangan kita di saat susah dan senang,
Masih setia walaupun setelah tahu kekurangan kita,
Menegur kita ketika salah,
Memahami dan menjadi pendengar yang baik.

#HatiBerbicara
Jaga mulut, jaga adab,
Orang diam bukan sebab takut,
Cuma orang tak nak ubah suasana.

#HatiBerbicara
Orang yang terlihat kesepian adalah orang yang paling ramah.
Orang yang menyimpan sejuta luka mendalam dan trauma, senyumannya sangat indah sekali.
Orang yang tidak ragu untuk membantu orang lain adalah orang sentiasa menghadapi kesulitannya seorang diri.
Orang yang sentiasa memahami situasi orang lain adalah orang yang membalut dan memeluk kesakitannya sendirian.
Orang yang ikhlas mengasihi orang lain adalah orang yang sudah terbiasa dingin dan hampanya seorang diri.
Orang tersebut mengerti, memahami dan merasakan hal yang sama dan tidak ingin mereka berada di fasa tersebut dan berjuang bersendirian.

#HatiBerbicara
Move on ?
aku ni jenis yang bila terasa hati dengan orang tu, aku akan terus terdiam.
To be honest,
Susah juga sebenarnya nak jaga hati orang sampaikan hati sendiri tolak ketepi.
Kadang - kadang, rasa nak pentingkan diri sendiri tapi tak boleh.
Rasa macam tak sampai hati pula.
Mana taknya, sebab tu orang mudah ambil kesempatan sebab terlalu cepat kesiankan orang lain berbanding diri sendiri.
Kalau di fikirkan semula, sampai bila nak biarkan diri sendiri sakit.
Dia tak pandang kau pun,
Dia cari kau bila perlu atau erti kata lain bila terdesak sahaja,
Umpama kau di ibarat kan sebagai penyendal pintu sahaja untuk selesaikan masalah dia.
So, what should I do ?
Move on !

#HatiBerbicara
Kau gagal lagi ?
Let's kita bincang antara 2 hati 🤏🏻

🫀 : Dah kali yang ke berapa gagal ?
You : Aku dah cuba banyak kali tapi hasilnya masih sama.
🫀: cuba lagi.
You : Kau senang la cakap, sebab kau tak lalui & kau tak rasa apa yang aku rasa.
You : Kau tak duduk kat tempat aku jadi kau tak akan faham.
🫀 : Kalau masih gagal cuba lagi,
🫀: Kalau kau jatuh bangkit lagi,
🫀: Ibarat kaki kau yang tergores,
🫀: Bukannya patah.
🫀: sebab aku percaya setiap manusia melalui proses yang sama cuma pelbagai variasi, cerita & rasa.
🫀 : aku yakin & pasti kau boleh buat sehabis yang baik, keluar dari comfort zone kau.
🫀 : perjuangan kalini aku nak kau betul - betul nekad, yakin dan percaya diri sendiri dalam masa yang sama balik & dekatkan diri dengan Sang Pencipta.

#HatiBerbicara
Muhasabah ?
Sesungguhnya tidak ada satu pun ubat yang dapat meredakan pedihnya rasa sakit,
Kecuali hati yang percaya bahawa apapun yang Allah tetapkan untuknya adalah yang terbaik.

#HatiBerbicara
Syarat untuk berubah ialah mesti ada azam dan sebut kepada Allah untuk memberi hidayah kepada kita dan menjadi dekat kepada Allah.
[Ustaz Wadi Annuar]

#HatiBerbicara
Belajarlah diam dari banyaknya bicara,
Belajarlah sabar dari sebuah kemarahan,
Belajarlah susah dari hidup senang,
Belajarlah menangis dari suatu kebahagiaan,
Belajarlah keikhlasan dari kepedihan,
Belajarlah tawakkal dari ujian,
Belajarlah redha dari satu ketentuan.

#HatiBerbicara
Pada akhirnya, yang terluka akan bahagia, yang menangis akan tersenyum kembali, yang tersakiti akan kembali baik - baik sahaja manakala yang sedang berjuang akan menikmati hasilnya.

#HatiBerbicara
Makin tinggi kita punya 'level of ignorance' makin tenang hidup kita. Dan makin mudah untuk menjadi kurang peduli. Hidup kita, cara kita.

#HatiBerbicara
Yang jujur itu air mata, biarkan ia mengalir agar lukamu sedikit reda. Saat kamu merasakan keperitan dalam sesuatu luka yang ada di hatimu, maka menangislah sebanyak mana yang kamu inginkan jika ia mampu melegakan kesakitan itu. Meskipun ia tidak memulihkan kesemuanya, setidaknya ia mengurangkan sedikit dari luka yang kamu rasa.

#HatiBerbicara
Ada hari normal,
Ada hari jadi gila,
Ada hari boleh terima,
Ada hari tak boleh terima,
Ada hari pertikaikan kenapa dan mengapa,
Ada hari rasa nak berlapang dada.
Itu semua proses untuk menerima takdir.

#HatiBerbicara
HTML Embed Code:
2024/04/29 01:55:31
Back to Top