TG Telegram Group Link
Channel: Teh Fatihah 🕊️
Back to Bottom
Rasa tertampar lah diri ni selepas dengar. Walaupun pesanan ni dah kita dengari berkali kali kan. Saya rasa mungkin kalini Allah nak sedarkan saya dari sesuatu juga. Banyak khilaf ya Allah 😢

Selepas tengok video ni saya ‘terdiam’ sekejap. Beberapa hari hibernate mode dekat media sosial. Banyak saya muhasabah.

Masa yang baik nak mula untuk maafkan, doakan sesiap saja walaupun orang tu pernah buat tidak baik pada kita. Kita buat semua ni bukan sebab nak bagitau yang kita ni baik, cuma kita buat ni untuk izinkan diri kita berbuat perkara yang baik-baik sahaja.

Mudahkan kami semua ya Allah 🤲🏻 Bismillah !
Sebelum tido nak bercerita sikit how i spent my first day in 2024. ecehh

Alhamdulillah harini habiskan masa dengan sahabat. Kami makan2, lepak tasik, mengopi dalam hujan rintik rintikk, and we talked much about our 2024 planned.

Panjang kami sembang. And we end our conversation with “Kita ikut jelah ya flow”. Bunyi macam givap sebelum apa2 haha

Tapi hakikatnya, sebaik mana kita rancang jangan lupa Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. Kena selalu pesan dekat diri yang ni sebab taknak terlalu kecewa kalau apa yang kita rancang tak menjadi.

Yes, nervous sangat ya Allah. Tak tahu apa lah ujian dan nikmat yang Allah nk bagi tahun ni ya. Nervous yet excited 🫣 sebab kita yakin, ada banyakkk ni ‘hadiah’ yang Allah dah siapkan untuk kita mashaallah 🥰

Arghh imagine pun dah rasa happy ni haha. Tapi gitulah kan korang, nak dapat hadiah dari Allah bukan senang2. Kena lulus segala ujian. Macam mana nak lulus?

Satu je skema jawapan yang semua dah tahu, KENA SABAR. in shaa allah !
Sabar is not easy, it’s drains you mentally and physically.

But then, remember this pahala bagi orang yang sabar ni infinity ❤️
Arrogance among Muslims is like a poison in the well of brotherhood. Humble yourself; we all return to the same earth.
To anyone who is carrying a heavy heart in silence, it’s gonna be okay someday.
Tertarik dengan satu perkongsian ni :

Kata Imam Ibnu Qudamah rahimahullah,

“Terkadang akhlak yang baik dapat diraih melalui orang-orang baik, karena tabiat itu (ibarat) pencuri yang akan mencuri kebaikan dan keburukan.’

Mashaallah!

Kita berteman, untuk saling mengejar kebaikan, merasa nikmat melakukan ibadah bersama-sama bukan seorang diri, kita berteman untuk saling menjaga dan melengkapi bukan menandingi.

Dulu kita tak rasa diri kita macamni, dulu selalu baran dan bersangka sangka. Sekarang tak ada dah semua tu, dah ubah perlahan-lahan dan mampu kawal.

Mungkin ada akhlak dari teman kita yang menarik perhatian lalu kita ‘curi-curi’ menjadi seperti mereka. Who knows right?

So, appreciate siapa saja yang ada dengan kita sekarang. Jaga lidah sebelum mengeluarkan kata, jaga jari sebelum menaip aksara. Kerana ada hati yang kita perlu jaga selain kita punya :)
“Saat rasa putus harapan, bersangka baiklah pada Allah. Allah pasti akan berikan kita jalan keluar.” - ustazadnin
Pagi ni dengar booster macamni terus rasa tak boleh lahh nak layan mood lemau2. Terus bersemangat ya semua 💪🏻❤️
Kita semua masing2 punya struggle sendiri berbuat baiklah sesama sendiri jangan menyakiti 🤍
Dalam fasa move on ni, lama kelamaan kita akan faham kenapa ramai yang berpesan “Fokuslah pada diri sendiri” sebab rasa manis tu hanya diri kita sendiri saja boleh rasa setelah redha dengan segala ujian dari-NYA.

Nak move on ni take time. Tak boleh paksa diri untuk move drastically. Yang kata dah move on dalam masa yang cepat tu saya tak pasti macam mana tapi memang ada orang yang sebegitu. Cuma, satu dalam sejuta. Kuatnya dia! hehe.

Bila fokus pada diri, pada kebahagiaan diri sendiri, kita takkan ada masa dah untuk peduli pada hal hal yang meruntuhkan diri.

Walau siapapun yang sedang rasa payah untuk move on, take your time okay? In shaa allah kamu akan ‘sembuh’ sepenuhnya nanti. Berdamai dengan diri sendiri, jangan pura-pura sudah kuat sedangkan dalam hati masih ada luka yang belum terubati.

Semoga terus kuat ya awak! ❤️
Teh Fatihah 🕊️ pinned «Jalan cerita menuju penghujung, yang melakar itu adalah kita. Maka, lakarlah kisah hidupmu dengan baik ❤️»
HTML Embed Code:
2024/06/15 04:40:13
Back to Top