TG Telegram Group Link
Channel: Stay Qowiy Love❤
Back to Bottom
Day 30 forgetting you
ketika ini, aku sudah mengikhlaskan segalanya, dan aku juga sudah memaafkan segalanya
aku mendoakan agar kau sentiasa dibawah perlindungan-Nya dan jagaan-Nya
semoga kita bertemu semula dititik yang tepat dan sebetulnya, Fi amanillah
sama ada bertemu semula atau tidak, biar Allah yang tentukan
sama ada kita layak atau tidak, untuk bertemu lagi.
Secara tiba2, kehadiran dia di dalam mimpi, menimbulkan pelbagai soalan yang tidak munasabah
Hari yang seharusnya aku di dalam keadaan yang tenang dan gembira,
bertukar menjadi hari yang suram.
KEHILANGAN
Semua org takut akan kehilangan, termasuk aku.
Tidak kira harta benda mahupun yang bernyawa.
Namun, ketakutan itulah yang harus kita hadapi.
Ada seorang hamba Allah, tinggalkan pesan pada aku, "Allah akan uji kita dengan sesuatu yang kita sayang atau takut untuk hilang".
Kenapa?
"Kerana Allah nampak kita terlalu sayang sesuatu/seseorang itu secara berlebihan"
"Jadi Allah usik kita dengan kehilangan supaya kita tak lupa untuk bergantung kepada-Nya. Kerana segalanya adalah milik Dia."
Maka, berpada lah dalam menyayangi seseorang/sesuatu.
HTML Embed Code:
2024/04/19 09:33:53
Back to Top