TG Telegram Group Link
Channel: #SiGadisKuat⚡🔥
Back to Bottom
" Making mistakes does not mean you are a failure. It just means you are trying and learning in life."

Awak,

Buat salah itu adalah hal yang biasa dalam kehidupan. Datangnya ada hikmah dan kebaikan. Bukan saja-saja ia berlaku. Bahkan tiada siapa yang mahu gagal.

Biarpun kita atur perancangan itu dengan cukup sempurna, tapi tetap saja tak berjalan dengan sebaiknya. Ada saja yang lompong sana dan sini. Ada saja yang kita tak puas hati.

Tapi itu bukan bererti kita akan tamatkan kehidupan kita disitu. Bukan juga tiada peluang lain untuk kita terus memperbaiki silap kita.

Ada. Peluang kedua sentiasa ada buat kita. Jangan kerana tertutup pintu yang satu ini, kita kuncikan semua peluang-peluang lain.

Adapun kesilapan yang kita buat itu adalah satu pelajaran untuk kita. Bagi awak yang mengharapkan ada perubahan, belajarlah audit diri dan selak satu persatu dimana salah yang kita buat.

Kita nak jadi manusia sempurna memang takkan pernah mampu. Namun setidaknya kita sentiasa ada peluang untuk memperbaiki diri. Jadi manusia yang lebih baik dari hari-hari semalam.

Sungguh beruntung bagi yang sentiasa mengambil ibrah dari setiap kekhilafan yang pernah dilakukan pada masa yang lalu. Adapun yang tidak mengambil pengajaran dari kesilapan lalu hanya akan menjadi orang yang rugi.

Kita mahu jadi orang yang mana? Terpulang dan muhasabahlah sentiasa. Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah dan kejar Syurganya semata-mata.

Tak gitu, kawan-kawan?

🌻

Oleh : sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat
Bukan Allah tak ingin bagi, barangkali belum masanya lagi.

— Kita seringkali mengharap dan meminta tak pernah jemu, agar Tuhan kabulkan setiap permintaan kita satu persatu.

Cumanya—kita kena sedar, tak semua akan Tuhan kabulkan dalam sekelip mata. Kerna Dia lebih lagi tahu apa yang kita layak dan berhak miliki untuk situasi serta kondisi kita pada hari ini.

Allah cukup suka kita meminta dan mengadu padanya. Kerana hanya pada Dialah, Tuhan yang layak kita meminta pertolongan. Dia jugalah Tuhan yang akan mengabulkan segala permintaan hambaNya—itu janji Rabb kita.

Namun dalam kita meminta, kita juga perlukan tindakan dan usaha. Mana mungkin kita mengharapkan diberikan sesuatu, tapi usahanya hanya menunggu. Langsung tiada langkah untuk menggapai apa yang diinginkan.

Seperti kita yang ingin memperoleh A dalam pelajaran, tapi belajar pun tidak. Apa ada peluang untuk kita mendapat keputusan yang cemerlang? Semestinya tidak.

Justeru itu—apa pun yang kita mengharap, sekalikan dengan usaha. Maka sampai masanya, Tuhan berikan apa yang kita layak menerima.

Tuhan itu Maha Baik. Mana mungkin Dia persiakan setiap doa dan rungutan kita kepadaNya.

Jangan lelah, teruskan melangkah. Tuhan sentiasa ada untuk mengabulkan permintaan kita semua!

By,
sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat
Jangan mengalah,
Kerna belum masanya.

Rehat kalau penat.

- sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat
Layanilah orang sebagaimana kau ingin dilayani. Hormatilah orang sebagaimana kau ingin dihormati.

Adapun bilamana kau sudah melayan dengan cara baik, tetap dilayan dengan buruk. Biarkan saja. Kita buat baik bukan sebab nak harap balasan dari manusia. Tapi kita buat baik sebab Allah. Bahkan ganjaran dari Allah itu ada. Usah gusar.

#salamjumaat

Telegram.me/sigadiskuat
Orang sudah tidak sudi, untuk apa kamu memperjuangkan lagi?

Kita tak mampu nak memaksa setiap orang ada dengan kita, sebab hati manusia sifatnya berbolak-balik.

Hari ini dia kata sayang dan cinta, hari esok belum tentu masih setia pada kata.

Karna itu—kita tak boleh meletakkan harapan yang tinggi pada manusia, kelak kita yang tersakiti.

Namun bila dia sudah memilih untuk berganjak pergi, tiada apa yang perlu kamu sesali atau tangisi.

Karna setiap yang berlaku itu ada hikmah dan pengajaran. Ada sebab Allah hadirkan dia dalam hidup kita sebentar sebagai persinggahan. Ada sebab Allah pertemukan kita dengan orang yang salah.

Iya. Semua itu bukan dijadikan dengan saja-saja.

Bahkan dari setiap satu yang berlaku itu—Tuhan pasti akan gantikan dengan kebahagiaan yang jauh lebih besar di depan sana.

Cumanya—pilihan kamu, untuk memandang terus ke depan atau masih tetap di takuk yang sama.

Adapun hidup ini tetap perlu diteruskan. Jika ingin bahagia, keluarlah dari luka yang lama.

Karna kamu juga berhak untuk menemui cinta yang baru.

❤️

By,
sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat
Because you deserve to be happy.

🌹

Telegram.me/sigadiskuat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Alhamdulillah untuk nikmat di pagi hari. Allah masih izinkan kita bangun pagi menikmati kurniaan-kurniaan darinya.

Jom solat Dhuha. Tanda kita syukur kepada Allah.

❤️

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat
Kau memang istimewa, sebab itu Tuhan uji kau dengan sebegitu caranya.

Belajarlah untuk terima, sebab Tuhan lebih tahu tentang segalanya.

Dia tahu kau layak untuk memikul setiap yang Dia bagi. Lalu kau janganlah bersedih hati.

Walaupun ada masanya kau terasa ujian itu sangat berat, sehingga kau sendiri akan penat.

Kadang menangis sendirian dek kerana tak mampu lagi untuk bertahan.

Tak siapa tahu apa yang kau rasa, tak siapa mengerti apa yang bersarang di dada.

Namun ketahuilah—kau bukan sendirian dalam perjalanan ini, kerana Tuhan sentiasa ada disisi.

Bahkan sangat dekat dengan dirimu.

Bila letih, mengadulah.
Bila sakit, merayulah.
Bila berat, merintihlah.

Iya, Tuhan dengar dan tahu.

Apa yang kau pikul, Tuhan bagi sesuai dengan daya dan kemampuanmu.

Cuma kau kena janji pada diri, jangan pernah mengalah dengan titipan ujian yang datang.

Ujian itu tidak lain tidak bukan, tanda Dia cinta dan sayangkan kau, hambaNya.

Jangan mengalah, teruskan langkahan.

Okay! Kau boleh lalui semua itu. 💪❤️

By,
sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat
Jalan kehidupan kita berbeza.

Ada yang merasai senang dengan cepat, ada yang berjaya lambat.

Ada yang merasai sedih dulu, ada yang gembira selalu.

Tapi itu adalah putaran. Semua orang akan lalui.

Mungkin saja kita nampak kebahagiaan orang, tapi kita tak pernah sekalipun tahu kesedihan keperitan mereka.

Kita pun berangan untuk duduk dan merasai kebahagiaan seperti mereka.

Cuma kita lupa, yang kita ada sekarang ini sudah terlalu banyak.

Namun kita lupa, untuk panjatkan rasa syukur pada Tuhan atas kurniaan dariNya yang tak pernah henti.

Ya, kita lupa.

Dan kita akan merasai sebenar-benar bahagia bila kita belajar untuk mensyukuri apa yang kita ada.

Okay! Syukur. Alhamdulillah. 🌹❤️

Telegram.me/sigadiskuat
It's okay to be not okay.

Take ur time and get enough rest ya!

🌹

Telegram.me/sigadiskuat
Mungkin ada yang sedang merindui, kan?

Masih disini mencari diri yang dulu. In sha Allah, kita sambung lagi perjalanan yang telah dimulakan.

Take care semua! 💗🌸
Dia duga bukan saja-saja, tapi ada hikmah yang terkandung di dalamnya.

Tetaplah berjuang, jangan mengalah. 🌹🥰

—sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
1 Oktober.

Selamat mencari dirimu semula. 🎈😁
Kerana ada yang punya niat tersendiri, di sebalik hal yang dia cuba beri.

—sigadiskuat 🌹
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ternyata kita sedang berjuang di daerah yang sama; Disember.

Sudah jauh waktu berlabuh, banyak juga suka-duka, tangis-tawa yang ditempuh; meskipun ada masa kita jatuh.

Namun sedih yang ada ditepis kuat, pedih tak biar terikat; demi meneruskan sakit baki hidup yang berombak sulit.

Kita semua sedang berjuang dalam cerita sendiri, tak bersaing dengan mana-mana manusiawi.

Cuma harus sentiasa ingat—kita tak sendiri memerah keringat. Tuhan dekat tak tinggal sepi.

Semoga terus dewasa kita hingga ke penghujung tahun ini.

—sigadiskuat
1 Disember 2021

P/S:
Credit to owner video.

Telegram.me/sigadiskuat
Selamat Berpuasa kepada semua. ❤️

Moga ramadhan ini menjadikan kita lebih dekat kepada Tuhan dan ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.

Seeru Ala Barakatillah. 💫
Hidup di dunia, memang tempat ujian. Bukan tempat untuk kita semua bersenang-lenang.

Terkadang, ujian itu melelahkan jiwa dan raga. Ada yang sampai rasa nak putus asa dari terus meneruskan kehidupan.

Ini semua kerana rasa beratnya beban yang ditanggung. Sakitnya perasaan yang dipendam sekian lama.

Malah ujian setiap daripada kita lain-lain. Pelbagai bentuk dan kisah jika kita gali dari setiap insan. Memeritkan dan juga memenatkan.

Namun itulah namanya kehidupan. Takkan pernah sunyi dan sepi dari datangnya dugaan.

Ini semua untuk menguatkan diri dan menjadikan kita lebih dewasa menuju hari ke depan nanti.

Saya terbaca sepotong ayat alquran sebentar tadi yang membawa maksud,
" Sesungguhnya, pertolongan Allah itu dekat."

Ya, saat kita diuji dengan masalah—kita boleh cari Dia untuk minta diberi bantuan. Minta Dia salurkan kemudahan memberi petunjuk atas segala sesuatu.

Kerana Allah itu dekat dengan kita—untuk mendengar setiap rintihan rasa, tangisan air mata juga jeritan suara kita semua.

Pastinya, Allah tolong hamba-hamba Dia. Kerana Tuhan uji tanda Dia sayang dan cinta kita.

Hitunglah hikmah di sebalik ujian, pasti kelak kita bakal tersenyum.

Salam 2 Ramadan. ❤️

- sigadiskuat
Jangan lari bila ada masalah mahupun ujian, tapi belajarlah hadapi sehingga kamu temui jalan penyelesaian.

Makin kamu lari, makin banyak yang akan kamu pikul kelak. Malah akan jadi lebih berganda-ganda.

Belajar jadi matang untuk harungi setiap masalah. Bukan jadi pengecut dan penakut.

Salam 6 Ramadan. ❤️
HTML Embed Code:
2024/04/19 20:11:30
Back to Top