TG Telegram Group Link
Channel: REALITI HIDUPπŸ’˜
Back to Bottom
Diet sihat untuk ibu hamil

Menu makanan (9.5 unit karbo)

Pagi
-sblm mkn minum 1 cawan air kosong
-1 cawan mee/bihun/kuew teow sup ( 2 unit karbo)
-minum 1 cawan air kosong slps makan

Tengah hari
-1 cawan air kosong sblm makan
-1 cawan nasi putih (2 unit karbo)
-1 ketul ayam/ikan masak dgn kaedah goreng/kukus/bakar
-sayur salad (ulam/goreng/tumis
-buah tembikai 1 potong ( 1 unit)
-1 cawan air kosong slps makan

Minum petang
-1 cawan air kosong sblm makan
-3 keping biskut krim kraker( 1 unit)
-buah tembikai 1 potong ( 1 unit)
-1 cawan air kosong slps makan

Makan malam
-1 cawan air kosong sblm makan
-3 keping biskut krim kraker (1 unit)
-1 cawan susu rendah lemak (1 unit)
-1 cawan air kosong slps makan

@realiti_hidup😊

P/s : pada sesiapa nak tahu diet sihat untuk seseorang boleh pm saya 01118570704 atau @thrh_irah
Ni bukti nya dpt duit aku punya acc sendiri
πŸ’• Mee bandung 🍜

1/2 bj bwg merah besar
1/2 bj bwg holland
2 ulas bwg putih
1inch halia
2sb udang kering
5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air

Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang

crdt puan elise rose
@realiti_hidup
NASI DAGING AIR ASAM

Bahan-bahan:
* 4 pot beras
* 4 pot air
* Daging – rebus bagi lembut

Bahan2 tumis:
* 4 biji buah pelaga
* 1 batang kulit kayu manis
* 5 biji bunga cengkih
* 1/2 sudu lada hitam
* 1 kiub pati ayam
* Minyak sapi + minyak masak
* 1/2 tin susu cair
* 2 sudu serbuk kurma
* Daun pandan – disimpul
* Sedikit garam

Cara-cara:
1. Tumis semua bahan diatas dalam kuali
2. Bila dah naik bau boleh masukkan beras dan gaul sekejap dengan bahan tumis
3. Pindahkan dalam ricecooker dan masukkan sukatan air seperti diatas – gunakan air rebusan daging

Bahan Air Asam:
* Tomato
* Cili padi
* Cili merah
* Air asam jawa
* Belacan
* Daun kesum – cincang halus
* Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
1. Potong2 semua ikut cita rasa masing2
2. Gaul2 sebati semua. SIAP

Nak buat air asam yang sedap, tips dia senang je. Asam jawa jangan kedekut!

Kredit: Apis
@realiti_hidup
*🌹RESEPI GULAI AYAM SIAM😍*

*Bahan2 Kisar*
Bawang Merah
Bawang Putih
Kunyit hidup
Serai
Lengkuas
Cili Merah Besar
Cili Padi
Cili Kering ( rebus + tos)
Belacan
halia

*Bahan2 lain*
1 ekor ayam
Sedikit minyak
Serai..d ketuk
Daun limau purut
Gula merah
Asam keping
Santan
Garam

#Semua bahan2 tu agak2 lah yer

*Cara Membuatnya*
Tumis bahan kisar smpi pecah minyak.

Kemudian masukkan asam keping.

Masukkan ayam dan santan.

Ketuk serai dan masukkan dlm periuk.

Masukkan daun limau purut dan gula merah.

Reneh sampai masak
@realiti_hidup
ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI
=============================

Bahan-Bahan:

Bahan A :

Β½ ekor ikan pari daun-potong dan bersihkan
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 keping asam keping (yang kecil)-kurangkan asam jika anda x suka masam
4 sudu makan cili kering kisar
1 biji tomato
5 biji bendi
1 batang serai
garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
air -agak2 tengelam ikan
sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan B :

Β½ sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil rempah biji
1 ulas bawang putih
1cm halia
2 ulas bawang merah
sedikit belacan
Tumbuk semua Bahan B. pastikan jintan manis dan rempah biji ditumbuk dulu, setelah hancur baru masukkan bahan B yang lain

Cara:

Tumis bahan B sampai naik bau.
Masukkan cili kisar dan asam keping dan serai, biarkan sehingga agak masak, masukkan air. Kemudian masukkan ikan pari, setelah agak masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. setelah masak tutup api dan masukkan bendi dan tomato.Tutup periuk agar sayuran tadi masak.

@realiti_hidup
REALITI HIDUPπŸ’˜
Photo
Resepi Nasi Ayam Penyet Original

Bahan – bahan:
Rebusan ayam:

1 ekor ayam besar (potong, cuci dan ditoskan dahulu)
Daun salam / Bayleaf
Serai dititik
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam (jika suka)
Bawang merah*
Sedikit halia*
Sedikit kunyit hidup*
Sedikit lengkuas*
Bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu
Bahan goreng untuk Ayam goreng, tempeh dan tauhu:

1 cawan tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil jintan manis tumbuk
1 sudu kecil jintan putih tumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
Lada hitam hancur sedikit
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam (jika suka)
(Satukan kesemua bahan)
Sambal penyet:

Lada merah & hijau
Cili padi merah & hijau (ikut kepedasan masing – masing)
Bawang merah kecil
Tomato dibelah 4
Belacan
Garam
Gula melaka
Sedikit jus limau kasturi
Sup ayam:

3-4 ulas bawang putih
Sedikit biji lada sulah
Kisar halus
Garam
Kiub ayam
Daun sup
Bawang goreng
Cara – cara memasak:
Rebusan ayam:

Panaskan minyak, masukkan serai, daun salam dan bahan kisar.
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam.
Biarkan ayam masak.
Ayam goreng, tauhu dan tempeh:

Apabila ayam sudah masak (pada rebusan ayam), angkat dan toskan.
Celupkan ayam dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
Kemudian, ambil anak lesung dan lenyekkan ayam.
Untuk tauhu dan tempeh, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
Sambal penyet:

Goreng kesemua bahan dengan minyak sehingga layu dan naik bau.
Kemudian, masukkan ke dalam mesin kisar dan tambahkan sedikit air.
Kisar kasar bersama ikan bilis goreng yang telah goreng terlebih dahulu.
Tambahkan lagi minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
Perasakan bersama garam dan gula melaka serta jus limau kasturi.
Kacau rata dan biarkan seketika sehingga terbit minyaknya.
Sup ayam:

Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan air secukupnya dan boleh tambahkan isi ayam jika mahu.
Perasakan bersama garam dan kiub ayam dan biar mendidih.
Taburkan daun sup dan bawang goreng.
Siap!
Hidangkan bersama nasi putih!

Kredit: Laila Aznam
@realiti_hidup
BOT TERBAIK UNTUK ANDA⁉️

@pandaibot
πŸ“Œtrack parcel untuk semua kurier,check cuaca, waktu solat, quotes, link derma etc

@quranbot
πŸ“Œbacaan Al-Quran

@pdfbot
πŸ“Œuntk merge/gabungkan file pdf jadi satu file je

@realiti_hidup 😍
Dalam hidup ini, kita akan temui seseorang yang tak sengaja melukakan hati kita tapi kita tetap akan boleh tertawa bersama dan tidak memilih untuk membencinya.Daripada dirinya kita belajar menerima dan memaafkan, lihatlah betapa indahnya kehidupan☺️

@realiti_hidup😘
πŸƒJangan bandingkan ujian kita dengan orang lain. Lain kasut, lain saiznya. Lain badan, lain ukuran pakaiannya. Allah hanya bagi ikut kemampuan masing-masingπŸƒ

@realiti_hidup🦦
Tidak semua wanita tertarik dengan ketampanan. Tidak semua wanita tertarik dengan harta bendamu. Ada wanita yang berdoa :

"Ya Allah, jodohkan aku dengan lelaki yang faham agama agar nanti dia boleh membimbingku"

Tidak semua lelaki suka dengan foto selfie yang kamu upload. Tidak semua lelaki yang suka dengan wanita yang suka menunjukkan auratnya. Ada lelaki yang berdoa :

"Ya Allah, jauhkan aku dari wanita yang seperti ini dan jodohkan aku dengan wanita yang memiliki rasa malu"

@realiti_hidup❀️
Jom sama sama ambil kaji selidik tentang dos penggalak (dos ke-3 vaksin covid-19) untuk membantu negara

https://tinyurl.com/INCEPTION-B
Ujian membuatkan aku lebih KUAT
Fitnah membuatkan aku lebih SABAR
Hinaan membuatkan aku lebih SEDAR
Sakit membuatkan aku lebih IKHTIAR

@realiti_hidup❀️
7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri.


Sikap lelaki ada ketikanya sukar untuk diduga dan difahami. Bagi pasangan suami isteri, nilai kasih sayang amat perlu dalam membentuk rumah tangga yang bahagia dan harmoni.

Namun, sikap suami yang dianggap sukar untuk menunjukkan rasa cinta pastinya membuatkan isteri mudah berkecil hati dan cepat merajuk. Ini kerana kebanyakan suami lebih gemar meluahkan rasa sayang dan cinta melalui bahasa tubuh malah secara indirectly.

Ingin tahu antara bahasa tubuh dan juga caraindirectly yang misteri sangat tu? Jom kita lihat.

1. MINTA NASIHAT ISTERI

Apabila suami meminta pendapat atau nasihat daripada isteri, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan memerlukan bimbingan anda. Untuk pengetahuan isteri, amat sukar untuk seorang lelaki meminta pertolongan daripada seseorang lebih-lebih lagi isterinya sendiri.

Jadi, jika suami anda memerlukan nasihat daripada anda, itu bermakna dia betul-betul menghormati, menyayangi malah benar-benar percayakan anda. Itu bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk anda tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh isteri.

2. BELI BARANG KEPERLUAN RUMAH UNTUK ISTERI

Jika suami bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar-benar menyayangi anda. Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa kena-mengena shopping dengan sayang?

Contohnya begini. Anda sering menyuruh suami membeli groceries semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata β€˜tidak’ kepada anda. Malah permintaan anda itu diterimanya dengan senang hati dan barang-barang yang dipesan dibeli dengan secukupnya. Sehinggalah satu hari anda mendapat tahu yang rupanya suami jenis lelaki yang tidak begitu gemar ke pasar raya, namun dia lakukan juga kerana dia menyayangi anda.

3. LEMPARKAN SENYUMAN MANIS

Masih ingat tak lagi senyuman yang diberikan suami saat pertama kali anda berdua bertemu? Bagaimana senyuman itu boleh memberi impak besar dalam hidup anda. Impak senyuman sama juga seperti memegang tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa untuk melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis anda berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan β€˜saya sayangkan kamu’ tanpa anda sedar.

4. JADI PENDENGAR SETIA

Majoriti wanita di dunia ini mempunyai banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Lelaki bersedia untuk duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati anda itu tentang perkara yang sama berulang-ulang kali, tanpa rasa bosan. Percayalah, dia benar-benar menyayangi diri anda!

5. PEGANG TANGAN

Inilah tanda suami sayangkan isteri, kemesraan yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan β€˜saya sayang kamuβ€˜. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk sebuah cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan ke arah intim malah cara paling mudah untuk suami menunjukkan perasaan hatinya.

6. RINGAN TULANG

Walaupun penat pulang dari kerja, suami akan cuba membantu anda mengemas rumah, menjaga anak, selain membantu anda memasak. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa anda lakukan tanpa disuruh. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya kepada anda tetapi dengan pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya itu adalah salah satu cara untuknya menunjukkan yang dia ambil berat tentang anda.

7. IKHLAS BERIKAN SESUATU

Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian ataupun pandangan yang penuh dengan kasih syg. Apabila suami mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata2 sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata2. Pandang tepat ke arah mata suami dan cuba selami hatinya. Anda akan mendapat jawapannya di situ.

@realiti_hidup😍
AGAR KEKAL HUBUNGAN DALAM RUMAHTANGGA

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah
β˜‘Surah Al-Fatihah 1 kali,
β˜‘Ayatul Qursi 1 kali
β˜‘Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
πŸ”˜Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. 🀲🏼

Jom sebarkan
@realiti_hidup😊
MAKLUMAT PELAJAR YG HENDAK QURAN SAIZ POKET

NAMA:
ALAMAT:
NO TEL:
NAMA PUSAT PENGAJIAN:

πŸ‘†sila pm pada ust maklumat2 di atas dengan menggunakan HURUF BESAR

AL-QURAN FREE TANPA BAYAR APA-APA‡️

https://wa.link/mdj3mu

# Quran Saiz Poket ini diberi secara percuma termasuk pos.

# Mohon doakan penginfak akan keberkatan hidup mereka sekeluarga di dunia dan akhirat.

# sila maklumkan pada ust sebaik sahaja al Quran ini diterima utk tujuan rekod pihak ust.

# sila beri maklumat sekali sahaja ya samaada secara individu atau berkumpulan utk elakkan permohonan bertindan. πŸ™πŸ»

# sila hubungi semula ust jika tidak menerima Al Quran ini dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan anda diterima oleh pihak ust.

Yang Benar,

Tn. Hj Ahmad Noor Zaimi bin Mohd Amin
Imam dan Jurunikah
Masjid Bandar Rinching,
43500, Semenyih
Selangor
(PENGURUS PROGRAM WAKAF & INFAQ BUKU AGAMA & AL QURAN)
019-2403052
011-10973052
FB : *ahmad noor zaimi*
REALITI HIDUPπŸ’˜ pinned Β«MAKLUMAT PELAJAR YG HENDAK QURAN SAIZ POKET NAMA: ALAMAT: NO TEL: NAMA PUSAT PENGAJIAN: πŸ‘†sila pm pada ust maklumat2 di atas dengan menggunakan HURUF BESAR AL-QURAN FREE TANPA BAYAR APA-APA‡️ https://wa.link/mdj3mu # Quran Saiz Poket ini diberi secara…»
HTML Embed Code:
2024/04/25 16:24:03
Back to Top