TG Telegram Group Link
Channel: Nkpesansikitje๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘Œ
Back to Bottom
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya seorang yang tidak solat fardhu pada awal masuk waktu tapi dia hendak kerjakannya di pertengahan waktu kemudian mati ia sebelum sempat menunaikannya?

JAWAPAN: Solat lima waktu itu wajib dikerjakan dalam waktu dengan kewajipan yang diluaskan. Harus hukumnya dia berazam untuk menunaikannya kemudian tetapi masih di dalam waktu tetapi menunaikannya di awal waktu itu afdhal.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

ุชูŽุฌูุจู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุจูุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุงู„ู’ูˆูŽู‚ู’ุชู ูˆูุฌููˆุจู‹ุง ู…ููˆูŽุณู‘ูŽุนู‹ุง ุฅู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ู„ูŽุง ูŠูŽุจู’ู‚ูŽู‰ ุฅู„ู‘ูŽุง ู…ูŽุง ูŠูŽุณูŽุนูู‡ูŽุง ูƒูู„ู‘ูŽู‡ูŽุง ุจูุดูุฑููˆุทูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุฌููˆุฒู ุชูŽุฃู’ุฎููŠุฑูู‡ูŽุง ุนูŽู†ู’ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ูู‡ู ุฅู„ู‘ูŽุง ุฅู†ู’ ุนูŽุฒูŽู…ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ููุนู’ู„ูู‡ูŽุง ุฃูŽุซู’ู†ูŽุงุกูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุง ูƒูู„ู‘ู ูˆูŽุงุฌูุจู ู…ููˆูŽุณู‘ูŽุนู... ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุฎู‘ูŽุฑูŽู‡ูŽุง ุจูุงู„ู†ู‘ููŠู‘ูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุธูู†ู‘ูŽ ู…ูŽูˆู’ุชูŽู‡ู ูููŠู‡ู ููŽู…ูŽุงุชูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุนู’ุตูุ› ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู…ู’ ูŠูู‚ูŽุตู‘ูุฑู’ ู„ููƒูŽูˆู’ู†ู ุงู„ู’ูˆูŽู‚ู’ุชู ู…ูŽุญู’ุฏููˆุฏู‹ุง ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุฎู’ุฑูุฌู’ู‡ูŽุง ุนูŽู†ู’ู‡ู] ุงู‡ู€.

Maksudnya: โ€œWajib menunaikan solat pada awal waktu akan sebagai wajib yang diluaskan sehingga kepada masa yang sekira-kira cukup untuk menunaikannya dengan segala syarat dan rukun. Tidak harus seorang itu melambatkannya dari awal waktu melainkan dia berazam atas menunaikannya dipertengahan waktu. Dan begitu jugalah semua perkara wajib yang diluaskan. Apabila dia melambatkannya dengan niat dan tiada kuat sangkaan kematiannya didalam waktu tersebut lalu mati ia nescaya tidak berdosa ia. Kerana sungguhnya dia tidak sengaja cuai kerana keadaan waktu itu terhingga dan dia tidak mengeluarkannya dari waktu.โ€ [Kitab Tuhfatul Muhtaj]

Berkata syeikh Syarwani:

ููŽุฅูู†ู’ ุบูŽู„ูŽุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุธูŽู†ู‘ูู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽู…ููˆุชู ูููŠ ุฃูŽุซู’ู†ูŽุงุกู ุงู„ู’ูˆูŽู‚ู’ุชู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ู…ูุถููŠู‘ู ู‚ูŽุฏู’ุฑูู‡ูŽุง... ุชูŽุนูŽูŠู‘ูŽู†ูŽุชู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูููŠ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุงู„ู’ูˆูŽู‚ู’ุชู ููŽูŠูŽุนู’ุตููŠ ุจูุชูŽุฃู’ุฎููŠุฑูู‡ูŽุง ุนูŽู†ู’ู‡ูุ› ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ูˆูŽู‚ู’ุชูŽ ุชูุถูŽูŠู‘ูู‚ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุจูุธูŽู†ู‘ูู‡ู] ุงู‡ู€.

Maksudnya: โ€œMaka jika ghaliblah atas sangkaannya bahawasanya mati dia pada pertegahan waktu kemudian dari berlalu kadarnya maka tertentulah solat itu pada awal waktu dan berdosa ia lambatkan solat itu dari waktu kerana waktu telah sempit baginya dengan sangkaannya.โ€ [Kitab Hasyiah Tuhfah]

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Tersebut pada hadis bahawa malaikat tidak masuk rumah orang yang junub. Apakah maksud sebenar hadis tersebut?

Dan adakah semua malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang junub?

JAWAPAN: Maksud orang junub dalam hadis tersebut ialah orang yang junub yang tidak melakukan mandi hadas kerana meringan-ringankan kewajipan mandi dan melambatkannya hingga terkeluar dari waktu solat.

Dan malaikat yang dimaksudkan itu ialah malaikat rahmat.

Tersebut pada himpunan fatwa mufti negeri Mesir:

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. dari Nabi SAW bersabda:

ู„ูŽุง ุชูŽุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุฉู ุจูŽูŠู’ุชู‹ุง ูููŠู‡ู ุตููˆุฑูŽุฉูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูƒูŽู„ู’ุจูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุฌูู†ูุจูŒ

Maksudnya: ''Tidak masuk oleh malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung dan anjing dan orang yang junub.โ€ [Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaai]

Dan bermula maksud dengan perkataan junub di dalam hadis itu ialah orang yang meringankan perintah mandi hadas dan membiasakan dirinya dengan melambatkan solat dari waktunya.

Berkata As-Sanaadi pada Hasyiah Sunan Nasaai: โ€œSabda Nabi SAW tidak masuk malaikat itu maksudnya ialah ditanggung atas malaikat rahmat dan barakah. Bukannya malaikat hafazah maka sungguhnya malaikat hafazah itu tidak bercerai dengan orang junub dan juga orang yang selainnya.

Dan ditanggungkan makna junub itu ialah orang yang junub yang meringankan kewajipan mandi dan menjadikannya kebiasaan bukannya orang junub yang melambatkan mandi kerana menunggu waktu solat.โ€ Dan atas inilah maka melambatkan mandi dengan sekira-kira membawa kepada mengeluarkan solat dari waktunya adalah haram disisi syarak.
Sayugia bagi sekelian orang Islam bersegera dengan mandi dari janabah sehingga tidak membawa kepada ketiadaan mandi yang menyebabkan menjauh oleh malaikat rahmat dan barakah dari tempat yang dia sedang berada itu.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah bapa boleh memaksa anak perempuannya memakai tudung dan menahan dari memberi nafaqahnya?

JAWAPAN: Seorang bapa mempunyai kekuasaan atas anaknya disisi syarak. Dan bagi bapa berkuasa disisi syarak menyuruh anak perempuannya memakai tudung tanpa melakukan kekerasan bahkan hendaklah dengan jalan yang elok mengikut tarbiyah agama.

Tidak ada kaitan antara memakai tudung dengan kewajipan nafaqah. Maka nafaqah itu wajib atas bapa samada anaknya bertudung atau tidak.
Setengah dari rahmat Islam ialah tidak menjadikan kecuaian pada menunaikan kewajipan syarak itu menyebabkan jadi gugur nafaqah bahkan ia tetap wajib atas bapa pada masalah seperti ini.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Bolehkah memusnahkan Quran yang sudah buruk dengan cara membakarnya?

JAWAPAN: Haram memusnahkan Quran tanpa sebarang uzur syarak. Jika ada uzur yang dibenarkan disisi syarak seperti sudah rosak atau yang tersalah cetak atau yang sangat buruk sekira-kira tidak boleh digunakan lagi dan dimusnahkan itu bertujuan memeliharanya dari tersia maka hukumnya adalah dibolehkan menurut sebahagian ulamak. Dan ulamak berkhilaf pada masalah ini dengan pelbagai pendapat.

Cara memusnahkannya ialah menghilangkan semua tulisan tiada tinggal sedikit pun seperti direndam di dalam air atau dibakar dan abunya ditanam ditempat yang tidak dipijak manusia. Berkata Imam Suyuthi:

ูˆู„ู‡ ุบุณู„ู‡ุง ุจุงู„ู…ุงุกุŒ ูˆุฅู† ุฃุญุฑู‚ู‡ุง ุจุงู„ู†ุงุฑ ูู„ุง ุจุฃุณ. ุฃุญุฑู‚ ุนุซู…ุงู† ู…ุตุงุญู ูƒุงู† ููŠู‡ุง ุขูŠุงุช ูˆู‚ุฑุงุกุงุช ู…ู†ุณูˆุฎุฉ ูˆู„ู… ูŠู†ูƒุฑ ุนู„ูŠู‡

Maksudnya: โ€œDan harus baginya merendamnya di dalam air. Dan jika dibakarnya dengan api maka tidak mengapa. Telah membakar oleh Uthman r.a. akan mushaf-mushaf yang adalah padanya ayat-ayat dan qiraat yang sudah dimansukh dan tiada seorang ingkar atas perbuatannya.โ€ [Kitab Al-Itqan]

Menurut setengah ulamak membakarnya adalah lebih baik dari membasuhnya. Dan Qadhi Husain menyatakan pendapat bahawa dilarang dari membakarnya manakala Imam Nawawi mengatakan makruh membakarnya.

Menurut setengah ulamak mazhab Hanafi tidaklah dibakar akan Quran yang buruk itu tetapi hendaklah ditanam pada bumi yang tidak dipijak oleh manusia.

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
โ”Œโ”€ โธ™ ๐‘จ๐‘บ๐‘ท ๐‘ฉ๐’€ โธ™ โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”
โ””โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ @HikayatPerindu โธ™

โ”€โ”€โ”€ ๐Ÿ€โ€ขHIJAU DAUNโ€ข๐Ÿ€ โ”€โ”€โ”€

โธ™ @Sadnessmyboyf
๐Ÿ€Sadness girl with her cruel life.

โธ™ @Kisahserammistik
๐Ÿ€Kisah seram infiniti dan entiti.

โธ™ @OurVibes
๐Ÿ€Sending positive vibes your way.

โธ™ @Bloomswriter
๐Ÿ€Keep calm and spread love.

โธ™ @Sweetredroses
๐Ÿ€A romantic and love quotes.

โธ™ @Akutabahh
๐Ÿ€Just be yourself.

โธ™ @PenaDakwah
๐Ÿ€Istiqomah tanpa batas.

โธ™ @Mykatanasihat
๐Ÿ€Nak dengar nasihat dan kata semangat.

โธ™ @Nsquotes
๐Ÿ€Menulis kerana tidak mampu berkata

โธ™ @Doktortarbiah
๐Ÿ€Mengubati segala penyakit hati tetapi
bukan penyembuh.

โธ™ @Diarynisa
๐Ÿ€Cuma seorang pendosa yang inginkan syurga.

โธ™ @Cantik011
๐Ÿ€Makeup peachy murah

โธ™ @Sekadarmonolog
๐Ÿ€Teruskan menghukum, jika sudah sempurna.

โธ™ @Myheartsaysthis
๐Ÿ€This is what i feel <3

โธ™ @Thedakwahsharing
๐Ÿ€Isilah hatimu dengan ilmu

โธ™ @Quotesdarihatii
๐Ÿ€Dari hati ke hati

โธ™ @BetaBihah
๐Ÿ€Bukan air yang hilangkan haus.

โธ™ @Ourhenshin
๐Ÿ€Hijrah yang berat pasti ad hikmah

โธ™ @Potachieee
๐Ÿ€The word from my heart

โธ™ @Thepenakhaulah
๐Ÿ€Catatan ilmiah untuk semua.

โธ™ @islamicquoteiq
๐Ÿ€Channel mempunyai quotes lagu,
wallpaper, video islamic

โธ™ @Cik_navy59
๐Ÿ€Tulisanku demi Cinta Dia

โ€ข @HIJAUDAUNASPBOT โ€ข
๐Ÿ€ Sat & Mon | Delete after 9:00 pm .

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ @HSPPROMOTER โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€
โ”Œโ”€ โธ™ ๐‘จ๐‘บ๐‘ท ๐‘ฉ๐’€ โธ™ โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”
โ””โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ @HikayatPerindu โธ™

โ”€โ”€โ”€ ๐Ÿ€โ€ขHIJAU DAUNโ€ข๐Ÿ€ โ”€โ”€โ”€

โธ™ @Sadnessmyboyf
๐Ÿ€Sadness girl with her cruel life.

โธ™ @Kisahserammistik
๐Ÿ€Kisah seram infiniti dan entiti.

โธ™ @OurVibes
๐Ÿ€Sending positive vibes your way.

โธ™ @Bloomswriter
๐Ÿ€Keep calm and spread love.

โธ™ @Sweetredroses
๐Ÿ€A romantic and love quotes.

โธ™ @Akutabahh
๐Ÿ€Just be yourself.

โธ™ @PenaDakwah
๐Ÿ€Istiqomah tanpa batas.

โธ™ @Mykatanasihat
๐Ÿ€Nak dengar nasihat dan kata semangat.

โธ™ @Nsquotes
๐Ÿ€Menulis kerana tidak mampu berkata

โธ™ @Doktortarbiah
๐Ÿ€Mengubati segala penyakit hati tetapi
bukan penyembuh.

โธ™ @Diarynisa
๐Ÿ€Cuma seorang pendosa yang inginkan syurga.

โธ™ @Cantik011
๐Ÿ€Makeup peachy murah

โธ™ @Sekadarmonolog
๐Ÿ€Teruskan menghukum, jika sudah sempurna.

โธ™ @Myheartsaysthis
๐Ÿ€This is what i feel <3

โธ™ @Thedakwahsharing
๐Ÿ€Isilah hatimu dengan ilmu

โธ™ @Quotesdarihatii
๐Ÿ€Dari hati ke hati

โธ™ @BetaBihah
๐Ÿ€Bukan air yang hilangkan haus.

โธ™ @Ourhenshin
๐Ÿ€Hijrah yang berat pasti ad hikmah

โธ™ @Potachieee
๐Ÿ€The word from my heart

โธ™ @Thepenakhaulah
๐Ÿ€Catatan ilmiah untuk semua.

โธ™ @islamicquoteiq
๐Ÿ€Channel mempunyai quotes lagu,
wallpaper, video islamic

โธ™ @Cik_navy59
๐Ÿ€Tulisanku demi Cinta Dia

โ€ข @HIJAUDAUNASPBOT โ€ข
๐Ÿ€ Sat & Mon | Delete after 9:00 pm .

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ @HSPPROMOTER โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah disunatkan menangis ketika kita membaca Al-Quran?

JAWAPAN: Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqas sabda Nabi SAW:

ุฅูู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ู†ูŽุฒูŽู„ูŽ ุจูุญูุฒู’ู†ูุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ู‚ูŽุฑูŽุฃู’ุชูู…ููˆู‡ู ููŽุงุจู’ูƒููˆุงุŒ ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ุชูŽุจู’ูƒููˆุง ููŽุชูŽุจูŽุงูƒูŽูˆู’ุง

Maksudnya: โ€œSesungguhnya Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Maka apabila kamu sekelian membacanya maka menangislah. Maka jika kamu tidap dapat menangis maka buatlah menangis.โ€ [Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Berkata Imam Nawawi:

ุงู„ุจูƒุงุก ููŠ ุญุงู„ ุงู„ู‚ุฑุงุกุฉุŒ ูˆู‡ูˆ ุตูุฉ ุงู„ุนุงุฑููŠู†ุŒ ูˆุดุนุงุฑ ุนุจุงุฏ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุตุงู„ุญูŠู†

Maksudnya: โ€œBermula menangis ketika membaca Quran itu ialah sifat orang yang Arifin dan syiar segala hamba Allah yang solihin.โ€ [Kitab At-Tibyan]

Berkata Imam Ghazali:

ุงู„ุจูƒุงุก ู…ุณุชุญุจ ู…ุน ุงู„ู‚ุฑุงุกุฉ

Maksudnya: โ€œMenangis itu disunatkan ketika membaca Quran.โ€ [Kitab Ihyaโ€™ Ulumuddin]

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a. bahwasanya beliau solat subuh dan membaca surah Yusuf lalu menangis hingga mengalir air matanya pada dadanya.

Ketika tiba penduduk Yaman ke tempat Abu Bakar As-Siddiq r.a. lalu mereka membaca akan Quran dan menangis mereka itu maka kata Abu Bakar: Beginilah kami dahulu.

Dan diriwayatkan daripada Hisham kata beliau:

ุฑุจู…ุง ุณู…ุนุช ุจูƒุงุก ู…ุญู…ุฏ ุจู† ุณูŠุฑูŠู† ููŠ ุงู„ู„ูŠู„ ูˆู‡ูˆ ููŠ ุงู„ุตู„ุงุฉ

Maksudnya: โ€œPernah aku mendengar tangisan Muhammad bin Sirrin pada waktu malam ketika beliau di dalam solat.โ€

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya merapatkan kedua tapak kaki ketika sedang sujud?

JAWAPAN: Merapatkan kedua tapak kaki dan tumit ketika sedang sujud adalah menyalahi yang terlebih afdhal kerana setengah dari yang disunatkan bagi orang yang sujud ialah menjarakkan kedua kakinya bukan merapatkan keduanya.

Berkata Imam Nawawi:

ู‚ุงู„ ุงู„ุดุงูุนูŠ ูˆุงู„ุฃุตุญุงุจ: ูŠุณุชุญุจู‘ู ู„ู„ุณุงุฌุฏ ุฃู† ูŠูููŽุฑู‘ูุฌูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฑููƒู’ุจูŽุชูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽ ู‚ูŽุฏูŽู…ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽุงุถููŠ ุฃูŽุจููˆ ุงู„ุทู‘ูŽูŠู‘ูุจู ูููŠ ุชูŽุนู’ู„ููŠู‚ูู‡ู: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู†ูŽุง: ูŠูŽูƒููˆู†ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ู‚ูŽุฏูŽู…ูŽูŠู’ู‡ู ู‚ูŽุฏู’ุฑู ุดูุจู’ุฑูุŒ ูˆูŽุงู„ุณู‘ูู†ู‘ูŽุฉู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู†ู’ุตูุจูŽ ู‚ูŽุฏูŽู…ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุฃูŽุตูŽุงุจูุนู ุฑูุฌู’ู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ููˆูŽุฌู‘ูŽู‡ูŽุฉู‹ ุฅู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูุจู’ู„ูŽุฉูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ูŠูŽุญู’ุตูู„ู ุชูŽูˆู’ุฌููŠู‡ูู‡ูŽุง ุจูุงู„ุชู‘ูŽุญูŽุงู…ูู„ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุงู„ูุงุนู’ุชูู…ูŽุงุฏู ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูุทููˆู†ูู‡ูŽุง. ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅู…ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุญูŽุฑูŽู…ูŽูŠู’ู†ู: ุธูŽุงู‡ูุฑู ุงู„ู†ู‘ูŽุตู‘ู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽุถูŽุนู ุฃูŽุทู’ุฑูŽุงููŽ ุฃูŽุตูŽุงุจูุนู ุฑูุฌู’ู„ูŽูŠู’ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ูููŠ ุงู„ุณู‘ูุฌููˆุฏู ุงู‡ู€

Maksudnya: โ€œTelah berkata oleh Imam Syafie dan para ashab: Disunatkan bagi orang yang sedang sujud menjarakkan antara dua lututnya dan antara dua tapak kakinya.

Berkata Qadhi Abu Tayyib pada takliqnya: Telah berkata ashab kami: Adalah jarak antara dua kakinya itu kadar sejengkal. Dan yang sunnah ialah menegakkan dua tapak kakinya dan segala jari kakinya itu menghadap arah kiblat.

Dan hanyalah terhasil menghadapkannya ke arah kiblat ialah dengan merapatkan segala jari ke lantai dan bertekan atas batin segala jari kakinya.

Telah berkata Imam Haramain: Nas yang zahir bahawasanya dihantarkan segala perut jari kedua kakinya atas lantai di dalam sujud.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™ Syarah Muhazzab]

Kesimpulannya sunat direnggangkan antara kedua tapak kaki ketika sujud sekadar jarak sejengkal.

Jika dirapatkan kedua kakinya ketika sujud maka tidaklah membatalkan solat kerana ia tidak termasuk syarat sah atau rukun solat.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika sedang solat fardhu tiba-tiba melintas binatang berbisa seperti kala jengking atau lipan di depan kita.

Apakah harus kita berhenti dari solat atau bagaimana?

JAWAPAN: Jika seorang sedang solat kemudian datang haiwan yang berbisa yang boleh memudaratkan seperti kala jengking mendekati kita maka harus kita bunuh atau jauhkan dari diri kita.

Dari abu Hurairah r.a.:

ุฃู…ุฑูŽ ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจู‚ุชู„ู ุงู„ุฃุณูˆุฏูŽูŠู’ู†ู ููŠ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉู : ุงู„ุญูŽูŠู‘ูŽุฉู ุŒ ูˆุงู„ุนูŽู‚ู’ุฑูŽุจู

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW membenarkan dibunuh dua haiwan hitam ketika sedang solat iaitu ular dan kala jengking.โ€ [Hadis Hasan Riwayat Imam Tirmizi]

Berkata Imam Syaukani:

ุฃู† ุงู„ุญุฏูŠุซ ูŠุฏู„ ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ู‚ุชู„ ุงู„ุญูŠุฉ ูˆุงู„ุนู‚ุฑุจ ูู‰ ุงู„ุตู„ุงุฉ ู…ู† ุบูŠุฑ ูƒุฑุงู‡ุฉุŒ ูˆู‚ุฏ ุฐู‡ุจ ุฅู„ู‰ ุฐู„ูƒ ุฌู…ู‡ูˆุฑ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ูƒู…ุง ู‚ุงู„ ุงู„ุนุฑุงู‚ู‰

Maksudnya: โ€œBahawasanya hadis ini menunjukkan atas harus membunuh ular dan kala jengking di dalam solat tanpa makruh. Dan sungguhnya telah berjalan kepadanya oleh jumhur ulamak sebagaimana kata Al-Iraqi.โ€ [Nailul Authar]

Dan jika haiwan itu tidak merbahayakan atau tidak datang kepada orang yang solat maka tidak dibunuh atau dihalau akan dia yakni hendaklah ia meneruskan solatnya.

Berkata Qatadah:

ุฅุฐุง ู„ู… ุชุชุนุฑุถ ู„ูƒ ูู„ุง ุชู‚ุชู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œApabila haiwan itu tidak mendatangi atau tidak merbahayakan akan engkau maka tidak perlu engkau bunuh akan dia.โ€

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka.

Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak?

JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafirkan atau yang batil haram disokong dan orang yang menyokong atau bersetuju adalah bersamaan hukumnya dengan orang yang mengeluarkan perkataan.

Orang Islam yang setuju dengan perkataan yang mengkafirkan maka jadilah ia kafir juga.

Allah SWT berfirman:

ููŽู„ุง ุชูŽู‚ู’ุนูุฏููˆุง ู…ูŽุนูŽู‡ูู…ู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฎููˆุถููˆุง ูููŠ ุญูŽุฏููŠุซู ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุฅูุฐู‹ุง ู…ูุซู’ู„ูู‡ูู…ู’

Maksudnya: โ€œMaka jangan sekali-kali kamu duduk bersama orang kafir itu sehingga mereka tidak lagi berkata yang karut dan kufur. Sungguhnya kamu ketika itu adalah sama dengan orang kafir itu.โ€ [Surah An-Nisak: 140]

Berkata Imam Ibnul โ€˜Arabi:

ู„ุง ูŠุฎู„ูˆ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ู…ุง ู‚ุงู„ูˆู‡ ู…ูู† ุฐู„ูƒ ุฌุฏุง ุฃูˆ ู‡ุฒู„ุง ุŒ ูˆู‡ูˆ ูƒูŽูŠู’ููŽู…ูŽุง ูƒุงู† ูƒููู’ุฑ ุŒ ูุฅู† ุงู„ู‡ุฒู„ ุจูุงู„ู’ูƒููุฑ ูƒููู’ุฑ ู„ุง ุฎู„ุงู ููŠู‡ ุจูŠู† ุงู„ุฃู…ุฉ . ุงู‡

Maksudnya: โ€œTiada sunyi dari apa yang mereka perkatakan itu (yakni celaan kepada agama Islam) antara sungguh atau gurauan. Bagaimana pun ada ia hukumnya adalah kufur dari kerana bahawasanya bergurau dengan suatu yang kufur itu menjadi seorang itu kafir.
Tiada perselisihan pada hukum yang demikian itu oleh umat.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
โ”Œโ”€ โธ™ ๐‘จ๐‘บ๐‘ท ๐‘ฉ๐’€ โธ™ โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”
โ””โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ @HikayatPerindu โธ™

โ”€โ”€โ”€ ๐Ÿ€โ€ขHIJAU DAUNโ€ข๐Ÿ€ โ”€โ”€โ”€

โธ™ @Sadnessmyboyf
๐Ÿ€Sadness girl with her cruel life.

โธ™ @Kisahserammistik
๐Ÿ€Kisah seram infiniti dan entiti.

โธ™ @OurVibes
๐Ÿ€Sending positive vibes your way.

โธ™ @Bloomswriter
๐Ÿ€Keep calm and spread love.

โธ™ @Sweetredroses
๐Ÿ€A romantic and love quotes.

โธ™ @Akutabahh
๐Ÿ€Just be yourself.

โธ™ @PenaDakwah
๐Ÿ€Istiqomah tanpa batas.

โธ™ @Mykatanasihat
๐Ÿ€Nak dengar nasihat dan kata semangat.

โธ™ @Nsquotes
๐Ÿ€Menulis kerana tidak mampu berkata

โธ™ @Doktortarbiah
๐Ÿ€Mengubati segala penyakit hati tetapi
bukan penyembuh.

โธ™ @Diarynisa
๐Ÿ€Cuma seorang pendosa yang inginkan syurga.

โธ™ @Cantik011
๐Ÿ€Makeup peachy murah

โธ™ @Sekadarmonolog
๐Ÿ€Teruskan menghukum, jika sudah sempurna.

โธ™ @Myheartsaysthis
๐Ÿ€This is what i feel <3

โธ™ @Thedakwahsharing
๐Ÿ€Isilah hatimu dengan ilmu

โธ™ @Quotesdarihatii
๐Ÿ€Dari hati ke hati

โธ™ @BetaBihah
๐Ÿ€Bukan air yang hilangkan haus.

โธ™ @Ourhenshin
๐Ÿ€Hijrah yang berat pasti ad hikmah

โธ™ @Potachieee
๐Ÿ€The word from my heart

โธ™ @Thepenakhaulah
๐Ÿ€Catatan ilmiah untuk semua.

โธ™ @islamicquoteiq
๐Ÿ€Channel mempunyai quotes lagu,
wallpaper, video islamic

โธ™ @Cik_navy59
๐Ÿ€Tulisanku demi Cinta Dia

โ€ข @HIJAUDAUNASPBOT โ€ข
๐Ÿ€ Sat & Mon | Delete after 9:00 pm .

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ @HSPPROMOTER โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Isteri mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri. Adakah masih wajib suaminya memberi nafaqah kepadanya?

JAWAPAN: Wajib atas suaminya memberi nafaqah kepada isteri samada isterinya itu miskin atau kaya dan samada isterinya ada pendapatan sendiri atau tiada.

Tersebut dalam himpunan fatwa negeri Mesir:

ู†ูู‚ุฉ ุงู„ุฒูˆุฌุฉ ูˆุงุฌุจุฉ ุนู„ู‰ ุฒูˆุฌู‡ุง ูˆุฅู† ูƒุงู†ุช ุชุนู…ู„ุ› ูู‚ุฏ ุซุจุช ูˆุฌูˆุจ ู†ูู‚ุฉ ุงู„ุฒูˆุฌุฉ ุจุงู„ูƒุชุงุจ ูˆุงู„ุณู†ุฉ ูˆุงู„ุฅุฌู…ุงุน

ูˆุฃู…ุง ุงู„ุฅุฌู…ุงุน: ูู‚ุฏ ุงุชูู‚ ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… ุนู„ู‰ ูˆุฌูˆุจ ู†ูู‚ุงุช ุงู„ุฒูˆุฌุงุช ุนู„ู‰ ุฃุฒูˆุงุฌู‡ู† ุฅุฐุง ู…ูƒู†ุช ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุฒูˆุฌู‡ุง ู…ู†ู‡ุงุŒ ูˆูƒุงู†ุช ู…ุทูŠู‚ุฉ ู„ู„ูˆุทุกุŒ ูˆู„ู… ุชู…ุชู†ุน ุนู†ู‡ ู„ุบูŠุฑ ุนุฐุฑ ุดุฑุนูŠ.

Maksudnya: โ€œBermula nafaqah isteri itu wajib ia atas suaminya sekalipun isteri itu bekerja. Maka sungguh telah tetaplah wajib memberi nafaqah akan isteri itu dengan nas Quran, Sunnah dan ijmak. Dan adapun ijmak maka telah sepakat sekelian ulamak atas wajib nafaqah isteri itu atas suami apabila isteri itu telah tinggal bersama suaminya dan layak untuk dijimak dan tiada terhalang darinya tanpa sebarang uzur syarak.โ€

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

ูˆุนู„ู‰ ุงู„ุฒูˆุฌ ู†ูู‚ุฉ ุฒูˆุฌุชู‡ุŒ ู…ุง ู„ุง ุบู†ุงุก ุจู‡ุง ุนู†ู‡ุŒ ูˆูƒุณูˆุชู‡ุงุŒ ูˆุฌู…ู„ุฉ ุงู„ุฃู…ุฑ ุฃู† ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุฅุฐุง ุณู„ู…ุช ู†ูุณู‡ุง ุฅู„ู‰ ุงู„ุฒูˆุฌุŒ ุนู„ู‰ ุงู„ูˆุฌู‡ ุงู„ูˆุงุฌุจ ุนู„ูŠู‡ุงุŒ ูู„ู‡ุง ุนู„ูŠู‡ ุฌู…ูŠุน ุญุงุฌุชู‡ุงุ› ู…ู† ู…ุฃูƒูˆู„ ูˆู…ุดุฑูˆุจ ูˆู…ู„ุจูˆุณ ูˆู…ุณูƒู†

Maksudnya: Dan atas suami membayar nafaqah isterinya iaitu perkara yang tidak dapat tidak dari keperluan dan pakaian. Dan apabila isteri telah menyerah dirinya bagi suaminya atas jalan yang wajib maka suami wajib memberi nafaqah isterinya itu daripada makanan dan minuman dan pakaian dan tempat tinggal.โ€ [Kitab Al-Mughni]

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seseorang itu berzikir samada selepas solat atau pada waktu yang lain manakah yang lebih afdhal antara ia berzikir dengan perlahan atau dengan kuat?

JAWAPAN: Terpulang kepada seseorang itu sendiri samada ia suka berzikir dengan perlahan atau pun dengan kuat.

Maksud perlahan ialah zikir tersebut hanya didengar pada telinganya sendiri sekira-kira orang lain yang ada pada tempat tersebut tidak mendengarnya.

Dan maksud kuat itu ialah zikirnya dapat didengar oleh orang yang ada disitu jika dekat dengannya.

Berkata Imam Nawawi:

ุฅู† ุงู„ุฅุฎูุงุก ุฃูุถู„ ุญูŠุซู…ุง ุฎุงู ุงู„ุฑูŠุงุก ุฃูˆ ุชุฃุฐู‰ ุจู‡ ู…ุตู„ูˆู† ุฃูˆ ู†ูŠุงู…ุŒ ูˆุงู„ุฌู‡ุฑ ุฃูุถู„ ูู‰ ุบูŠุฑ ุฐู„ูƒุŒ ู„ุฃู† ุงู„ุนู…ู„ ููŠู‡ ุฃูƒุซุฑุŒ ูˆู„ุฃู† ูุงุฆุฏุชู‡ ุชุชุนุฏู‰ ุฅู„ู‰ ุงู„ุณุงู…ุนูŠู†ุŒ ูˆู„ุฃู†ู‡ ูŠูˆู‚ุธ ู‚ู„ุจ ุงู„ู‚ุงุฑู‰ุŒ ูˆูŠุฌู…ุน ู‡ู…ู‡ ุฅู„ู‰ ุงู„ููƒุฑุŒ ูˆูŠุตุฑู ุณู…ุนู‡ ุฅู„ูŠู‡ุŒ ูˆูŠุทุฑุฏ ุงู„ู†ูˆู…ุŒ ูˆูŠุฒูŠุฏ ุงู„ู†ุดุงุท

Maksudnya: โ€œBahawasanya memperlahankan zikir itu afdhal sekira-kira khuatir ia daripada riak atau mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

Dan zikir dengan kuat itu afdhal jika pada lain dari yang demikian itu yakni jika tidak khuatir kepada riak dan tidak mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

Dan kerana bahwasanya faedah zikir dengan kuat itu melangkau kepada orang yang mendengar. Dan sungguhnya zikir dengan kuat itu membangunkan hati yang sedang berzikir dan menghimpunkan cinta hatinya kepada berfikir dan memalingkan pendengarannya kepadanya dan mengelakkan tidur dan menambahkan sifat rajin.โ€

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya pernah mendengar suatu ketika dahulu kisah orang yahudi dengkikan umat Islam pada 3 benda tetapi saya telah lupa kerana sudah lama. Bolehkah ustaz sebut tiga benda itu? Adakah kisah ini sahih?

JAWAPAN: Bangsa yahudi sangat hasad dengki kepada Nabi SAW dan agama Islam. Antara yang dihasadkan oleh bangsa yahudi itu ialah 3 perkara yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Ummum Mukminin Aisyah r.a.

Katanya Rasulullah SAW bersabda:

ุฅู†ู‘ูŽู‡ู… ู„ุง ูŠูŽุญุณูุฏูˆู†ุง ุนู„ู‰ ุดูŠุกู ูƒู…ุง ูŠูŽุญุณูุฏูˆู†ุง ุนู„ู‰ ูŠูˆู…ู ุงู„ุฌู…ูุนุฉู ุงู„ุชูŠ ู‡ูŽุฏุงู†ุง ุงู„ู„ู‡ู ู„ู‡ุงุŒ ูˆุถูŽู„ู‘ููˆุง ุนู†ู‡ุงุŒ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ู‚ูุจู„ุฉู ุงู„ุชูŠ ู‡ูŽุฏุงู†ุง ุงู„ู„ู‡ู ู„ู‡ุงุŒ ูˆุถูŽู„ู‘ููˆุง ุนู†ู‡ุงุŒ ูˆุนู„ู‰ ู‚ูˆู„ูู†ุง ุฎู„ููŽ ุงู„ุฅู…ุงู…ู: ุขู…ูŠู†ูŽ.

Maksudnya: โ€œSesungguhnya kaum yahudi itu tidak hasad kepada kita atas suatu yang lebih mereka hasad yakni: Hasad mereka akan hari jumaat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah mengkufuri pemberian Allah. Hasad mereka akan kiblat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah sesat padanya. Hasad pada ucapan amin kita ketika solat dibelakang imam.โ€

Hadis ini telah diriwayatkan oleh:

1. Imam Bukhari (6395)
2. Imam Muslim (2165)
3. Imam Tirmizi (2701)
4. Imam Nasaie (10213)
5. Imam Ibnu Majah (856)
6. Imam Ahmad (25029)

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah orang yang sihat dimakruhkan solat sunat dalam keadaan duduk?

Jika orang yang sakit terpaksa solat dalam keadaan duduk adakah benar bahawa dia hanya mendapat separuh sahaja pahalanya?

JAWAPAN: Orang yang sihat tetapi dia solat dalam keadaan duduk maka perbuatannya itu adalah harus bukannya makruh tetapi jika dia solat dalam keadaan berdiri maka ialah yang afdhal.

Orang yang dapat separuh pahala itu ialah orang sihat yang solat sunat dalam keadaan duduk.

Ada pun orang sakit yang solat duduk itu maka pahalanya sama seperti solat berdiri.

Ada pun solat wajib maka tidak harus sama sekali ia solat dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur.

Dari Imran bin Husain r.a. berkata:
Aku bertanyakan Nabi SAW tentang seorang lelaki yang solat sunat dalam keadaan duduk maka Nabi SAW menjawab:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ููŽู‡ููˆูŽ ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงุนูุฏู‹ุง ููŽู„ูŽู‡ู ู†ูุตู’ูู ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ู‚ูŽุงุฆูู…ูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู†ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ููŽู„ูŽู‡ู ู†ูุตู’ูู ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ู‚ูŽุงุนูุฏู

Maksudnya: โ€œSiapa yang solat berdiri maka ialah yang afdhal dan siapa yang solat dalam keadaan duduk maka baginya separuh pahala solat berdiri. Dan siapa yang solat berbaring maka baginya separuh pahala solat duduk.โ€[Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Ada pun orang yang uzur yang solat duduk maka pahalanya tidak berkurang sebagaimana dia solat berdiri ketika dia sihat.

Dari Abu Musa Al- Asyโ€™ari r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

ุฅุฐูŽุง ู…ูŽุฑูุถูŽ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ุฃูŽูˆู’ ุณูŽุงููŽุฑูŽ ูƒูุชุจ ู…ูุซู’ู„ู ู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ู ู…ูู‚ููŠู…ู‹ุง ุตูŽุญููŠุญู‹ุง

Maksudnya: โ€œApabila seorang itu sakit atau dalam musafir nescaya ditulis pahala seperti dia kerjakannya ketika sedang mukim dan sihat.โ€ [Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Berkata Imam Nawawi:

ุฃุฌู…ุนุช ุงู„ู’ุฃูู…ู‘ูŽุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุนูŽุฌูŽุฒูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ู ูููŠ ุงู„ู’ููŽุฑููŠุถูŽุฉู ุตูŽู„ู‘ูŽุงู‡ูŽุง ู‚ูŽุงุนูุฏู‹ุงุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุฅุนูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู†ูŽุง: ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ุซูŽูˆูŽุงุจูู‡ู ุนูŽู†ู’ ุซูŽูˆูŽุงุจูู‡ู ูููŠ ุญูŽุงู„ู ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูุ› ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุนู’ุฐููˆุฑูŒ

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh umat atas bahawa siapa yang uzur dari berdiri pada solat fardhu maka harus ia solat duduk tiada lagi kena ulangi. Berkata Ashab kami: Tiada kurang pahalanya dari pahala solat ketika berdiri kerana dia dalam keadaan uzur.โ€™ [Kitab Majmuโ€™ Syarah Muhazzab]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah maksud ulul azmi dari kalangan para Rasul? Siapakah mereka?

JAWPAN: Yang dikehendaki dengan perkataan Ulul Azmi dari kalangan mereka itu ialah segala Rasul yang kuat kesabaran, ketetapan dan kuat menanggung segala macam ujian dalam meninggikan agama Allah. Apa yang mereka tanggung dari ujian adalah lebih berat dari yang ditangggung oleh selain para Nabi dan Rasul.

Maksud perkataan azam itu adalah sebagaimana yang disebut oleh Al-โ€™Allamah Thohir bin โ€˜Asyur:

ูˆูŽุฃูˆู„ููˆุง ุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ู: ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ูุŒ ุฃูŽูŠู ุงู„ู’ู…ูุชู‘ูŽุตููููˆู†ูŽ ุจูู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ูุŒ ู†ููŠู‘ูŽุฉูŒ ู…ูุญูŽู‚ู‘ูŽู‚ูŽุฉูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽู…ูŽู„ู ุฃูŽูˆู’ ู‚ูŽูˆู’ู„ู ุฏููˆู†ูŽ ุชูŽุฑูŽุฏู‘ูุฏู

Maksudnya: โ€œDan bermula Ulul Azmi itu ialah orang-orang yang bersifat dengan azam yaitu niat yang sebenar atas amalan dan perkatan tanpa keraguan.โ€ [Kitab At-Tahrir Wat-Tanwir]

Tersebut pada kitab Tafsir Jalalain: โ€œUlul azmi bermaksud orang yang mempunyai ketetapan dan sabar atas segala kesusahan.โ€ [m.s. 672]

Berkata Syeikhul Azhar Syeikh At-Tanthawi:

ุฃูˆู„ูˆุง ุงู„ุนุฒู… ู…ู† ุงู„ุฑุณู„ุŒ ูˆู‡ู… ุงู„ุฐูŠู† ุชุญู…ู„ูˆุง ููŠ ุณุจูŠู„ ุฅุนู„ุงุก ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุฃูƒุซุฑ ู…ู…ุง ุชุญู…ู„ ุบูŠุฑู‡ู…

Maksudnya: โ€œUlul Azmi ialah Rasul yang menanggung ujian pada jalan meningggikan agama Allah yang lebih berat dari yang dirasakan oleh selain mereka.โ€ [Tafsir Wasith]

Dan yang terkenal ulul azmi dari kalangan para Rasul ini ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW.

Berkata Imam Ibnu Kathir:

ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฑูู‡ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ู†ููˆุญูŒ ูˆูŽุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ู ูˆูŽู…ููˆุณูŽู‰ ูˆุนูŠุณู‰ ูˆุฎุงุชู… ุงู„ุฃู†ุจูŠุงุก ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูŒ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุขู„ูู‡ ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุ› ู‚ูŽุฏู’ ู†ูŽุตู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุณู’ู…ูŽุงุฆูู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุจูŽูŠู’ู†ู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูููŠ ุขูŠูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู…ู† ุณูˆุฑุชูŠ ุงู„ุฃุญุฒุงุจ ูˆุงู„ุดูˆุฑู‰

Maksudnya: โ€œDan yang terkenal ulul azmi itu ialah Nuh dan Ibrahim dan Musa dan Isa dan Nabi Muhammad SAW penutup segala Nabi. Dan sungguh telah menjelaskan oleh Allah atas nama-nama mereka ini dari kalangan para Nabi pada dua ayat pada surah Al-Ahzab dan As-Syura.โ€ [Tafsir Ibnu Kathir]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya apabila dibina sebuah masjid lalu diletakkan nama orang yang membinanya atau yang mewakafkannya atau seumpamanya?

JAWAPAN: Harus hukumnya meletakkan nama masjid dengan nama seseorang samada orang tersebut yang membinanya atau yang mewakafkannya atau yang memilik tanahnya atau seorang yang lain sekalipun dia seorang yang kaya asalkan bukan bertujuan riak dan bermegah-megah.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

ู„ุง ู…ุงู†ุน ู…ู† ุฅุทู„ุงู‚ ุฃุณู…ุงุก ุจุนุถ ุงู„ู†ุงุณ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุณุงุฌุฏุŒ ูˆู‡ุฐุง ุงู„ุฅุทู„ุงู‚ ู‚ุฏ ูŠูƒูˆู† ู…ู† ุบูŠุฑ ู…ู† ุจู†ู‰ ุงู„ู…ุณุฌุฏุŒ ูˆุฐู„ูƒ ู„ุชุฎู„ูŠุฏ ุงุณู… ุดุฎุต ุนุงู„ู… ุฃูˆ ุญุงูƒู… ุฃูˆ ู…ุตู„ุญุŒ ูˆู‚ุฏ ูŠูƒูˆู† ู‡ูˆ ุงู„ุฐู‰ ุจู†ู‰ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ูˆู…ูŠุฒู‡ ุจุงุณู…ู‡.
ุฃู…ุง ุชุฎู„ูŠุฏ ุฃุณู…ุงุก ุจุนุถ ุงู„ู†ุงุณ ุจู†ุณุจุฉ ุงู„ู…ุณุงุฌุฏ ุฅู„ูŠู‡ู… ูู„ุง ู…ุงู†ุน ู…ู†ู‡ ุฅุฐุง ูƒุงู† ู‡ุฐุง ุงู„ุดุฎุต ูŠุณุชุญู‚ ุฐู„ูƒุŒ ูˆุฅุฐุง ูƒุงู†ุช ู†ูŠุฉ ู…ู† ู‚ุงู…ูˆุง ุจู‡ุฐุง ุงู„ุนู…ู„ ุญุณู†ู‡.
ูˆุฃู…ุง ูƒุชุงุจุฉ ุจุงู†ู‰ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ุงุณู…ู‡ ุนู„ูŠู‡ ููŠุฑุฌุน ููŠู‡ ุฃูŠุถุง ุฅู„ู‰ ู†ูŠุชู‡ุŒ ูุฅู† ูƒุงู† ู„ู…ุฌุฑุฏ ุชู…ูŠูŠุฒู‡ ุนู† ุบูŠุฑุฉ ูˆุณู‡ูˆู„ุฉ ุงู„ุงุณุชุฏู„ุงู„ ุนู„ูŠู‡ ุฃูˆ ุนู…ู„ ุงู„ุฅุฌุฑุงุกุงุช ุงู„ู„ุงุฒู…ุฉ ู„ู‡ ูู„ุง ู…ุงู†ุนุŒ ูˆุฅู† ูƒุงู† ู„ู„ูุฎุฑ ูˆุงู„ุฑูŠุงุก ูู…ู…ู†ูˆุนุŒ ูˆุงู„ู†ุตูˆุต ูู‰ ูˆุฌูˆุจ ุงู„ุฅุฎู„ุงุต ู„ู„ู‡ ูˆุชุญุฑูŠู… ุงู„ุฑูŠุงุก ูƒู†ูŠุฑุฉุŒ ูˆุงู„ุญุฏูŠุซ ู…ุนุฑูˆู " ุฅู†ู…ุง ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ุจุงู„ู†ูŠุงุช

Maksudnya: โ€œTiada halangan dari meletakkan nama seseorang kepada masjid. Yang demikian itu terkadang bukan nama orang yang membina masjid itu. Maka itu adalah kerana mengabadikan nama seorang yang alim atau seorang yang bijak atau seorang yang melakukan kebaikkan. Dan terkadang diletakkan nama orang yang membina masjid.

Dan terkadang mengabadikan nama setengah orang-orang kepada masjid yang tiada ada halangan daripadanya apabila adalah individu tersebut memang berhak dengannya apabila tujuan orang-orang yang melakukannya adalah tujuan yang baik.

Ada pun menulis akan nama tukang bina masjid maka kembali juga kepada niat. Maka jika semata-mata tujuannya supaya terbeza masjid tersebut dari yang lain dan memudahkan menunjukan kepadanya atau pekerjaan yang lazim baginya maka tidaklah menjadi halangan.

Dan jika adalah meletakkan nama seseorang kerana berbangga-bangga dan riak maka ia adalah dilarang. Dan segala nas pada wajibnya ikhlas kerana Allah dan haramnya riak sangat banyak. Hadis segala amal itu dengan niat sangat masyhur."

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Assalam hi sahabat semua.. salam Sayyidul Ayyam! semoga semua sihat sentiasa๐Ÿคฒ๐Ÿป banyak-banyakkan berdoa!

saya nk tambah kenalan di Instagram.. yg mna nk berkawan dan berkenalan boleh follow saya di LINK di bawah: https://www.instagram.com/firdausraizen

โ€ข jangan risau saya followback๐Ÿคฉ

Ajak ke arah kebaikan bersama kongsi ilmu... thanks semua!
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka.

Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak?

JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafirkan atau yang batil haram disokong dan orang yang menyokong atau bersetuju adalah bersamaan hukumnya dengan orang yang mengeluarkan perkataan.

Orang Islam yang setuju dengan perkataan yang mengkafirkan maka jadilah ia kafir juga.

Allah SWT berfirman:

ููŽู„ุง ุชูŽู‚ู’ุนูุฏููˆุง ู…ูŽุนูŽู‡ูู…ู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฎููˆุถููˆุง ูููŠ ุญูŽุฏููŠุซู ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุฅูุฐู‹ุง ู…ูุซู’ู„ูู‡ูู…ู’

Maksudnya: โ€œMaka jangan sekali-kali kamu duduk bersama orang kafir itu sehingga mereka tidak lagi berkata yang karut dan kufur. Sungguhnya kamu ketika itu adalah sama dengan orang kafir itu.โ€ [Surah An-Nisak: 140]

Berkata Imam Ibnul โ€˜Arabi:

ู„ุง ูŠุฎู„ูˆ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ู…ุง ู‚ุงู„ูˆู‡ ู…ูู† ุฐู„ูƒ ุฌุฏุง ุฃูˆ ู‡ุฒู„ุง ุŒ ูˆู‡ูˆ ูƒูŽูŠู’ููŽู…ูŽุง ูƒุงู† ูƒููู’ุฑ ุŒ ูุฅู† ุงู„ู‡ุฒู„ ุจูุงู„ู’ูƒููุฑ ูƒููู’ุฑ ู„ุง ุฎู„ุงู ููŠู‡ ุจูŠู† ุงู„ุฃู…ุฉ . ุงู‡

Maksudnya: โ€œTiada sunyi dari apa yang mereka perkatakan itu (yakni celaan kepada agama Islam) antara sungguh atau gurauan. Bagaimana pun ada ia hukumnya adalah kufur dari kerana bahawasanya bergurau dengan suatu yang kufur itu menjadi seorang itu kafir. Tiada perselisihan pada hukum tersebut.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
โ”Œโ”€ โธ™ ๐‘จ๐‘บ๐‘ท ๐‘ฉ๐’€ โธ™ โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”
โ””โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ @HikayatPerindu โธ™

โ”€โ”€โ”€ ๐Ÿ€โ€ขHIJAU DAUNโ€ข๐Ÿ€ โ”€โ”€โ”€

โธ™ @Sadnessmyboyf
๐Ÿ€Sadness girl with her cruel life.

โธ™ @Kisahserammistik
๐Ÿ€Kisah seram infiniti dan entiti.

โธ™ @OurVibes
๐Ÿ€Sending positive vibes your way.

โธ™ @Bloomswriter
๐Ÿ€Keep calm and spread love.

โธ™ @Sweetredroses
๐Ÿ€A romantic and love quotes.

โธ™ @Akutabahh
๐Ÿ€Just be yourself.

โธ™ @PenaDakwah
๐Ÿ€Istiqomah tanpa batas.

โธ™ @Mykatanasihat
๐Ÿ€Nak dengar nasihat dan kata semangat.

โธ™ @Nsquotes
๐Ÿ€Menulis kerana tidak mampu berkata

โธ™ @Doktortarbiah
๐Ÿ€Mengubati segala penyakit hati tetapi
bukan penyembuh.

โธ™ @Diarynisa
๐Ÿ€Cuma seorang pendosa yang inginkan syurga.

โธ™ @Cantik011
๐Ÿ€Makeup peachy murah

โธ™ @Sekadarmonolog
๐Ÿ€Teruskan menghukum, jika sudah sempurna.

โธ™ @Myheartsaysthis
๐Ÿ€This is what i feel <3

โธ™ @Thedakwahsharing
๐Ÿ€Isilah hatimu dengan ilmu

โธ™ @Quotesdarihatii
๐Ÿ€Dari hati ke hati

โธ™ @BetaBihah
๐Ÿ€Bukan air yang hilangkan haus.

โธ™ @Ourhenshin
๐Ÿ€Hijrah yang berat pasti ad hikmah

โธ™ @Potachieee
๐Ÿ€The word from my heart

โธ™ @Thepenakhaulah
๐Ÿ€Catatan ilmiah untuk semua.

โธ™ @islamicquoteiq
๐Ÿ€Channel mempunyai quotes lagu,
wallpaper, video islamic

โธ™ @Cik_navy59
๐Ÿ€Air mata pena ^_^

โ€ข @HIJAUDAUNASPBOT โ€ข
๐Ÿ€ Sat & Mon | Delete after 9:00 pm .

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ @HSPPROMOTER โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€
HTML Embed Code:
2024/04/28 19:24:49
Back to Top