TG Telegram Group Link
Channel: Nota Musaddad
Back to Bottom
Dalam hadis, Nabi ﷺ bersabda:

وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ.

"Pada bulan Ramadan itu, Allah ﷻ memerdekakan sebahagian hamba-Nya daripada neraka. Ia berlaku pada setiap malam."

• • • •

Dalam Lata’if al-Ma‘arif, disebutkan:

Sewajarnya bagi sesiapa yang mahu membebaskan dirinya daripada neraka, untuk melaksanakan sebab-sebab pembebasan daripada neraka.

Antara sebab-sebab tersebut:

1. Bersaksi dengan tawhid, bahawa Tiada entiti yang berhak disembah, selain Allah.

2. Istighfar dan taubat.

Dalam sebahagian riwayat, Iblis berkata: "Aku cuba membinasakan anak Adam dengan menghasut mereka melakukan dosa, tetapi kemudian mereka membinasakanku dengan menyebut: La ilāha illallāh, Astaghfirullāh."
Bapa saya, Mohd Ali bin Tuah, baru sahaja meninggal dunia beberapa jam tadi.

Mohon doakan rahmat dan keampunan buatnya. Semoga Allah menempatkannya bersama para siddiq, syuhada' dan orang-orang soleh.
Ali bin Abu Talib radiyallah ʿanh berkata:

"Sabar itu tiga jenis;
· sabar menghadapi musibah,
· sabar melaksanakan taat,
· sabar meninggalkan maksiat.

Sesiapa yang bersabar dalam menghadapi musibahnya, Allah menaikkannya 300 darjat. Sesiapa yang bersabar melaksanakan ketaatan, 600 darjat. Sesiapa yang bersabar meninggalkan maksiat, 900 darjat."
Seorang lelaki yang sudah tua bertanya kepada al-Ma'mun, "Sempatkah saya penuntut ilmu?"

Al-Ma'mun menjawab, "Kamu mati sebagai penuntut ilmu, lebih baik daripada kamu hidup dalam keadaan reda dengan kejahilan."
al-Khatib al-Baghdadi (w. 463H) menyebut:

طلبُ الحديثِ في هذا الزمانِ أفضلُ مِن سائِرِ أنواعِ التطوُّعِ؛ لأجلِ دُروسِ السُّنَنِ وخمُولِها، وظُهُورِ البِدَعِ واستعلاءِ أهلِهَا.

"Menuntut ilmu hadis pada zaman ini lebih utama berbanding mana-mana ibadah sunat; dek terhakis dan tenggelamnya sunnah, dan kemunculan bidaah, serta pengaruh ahli bidaah pada zaman ini."

Sharaf Ashab al-Hadith, h. 86.

• • • •

Ujarku: Ini pada kurun ke-5 Hijrah, apatah lagi dengan kurun ke-15 kini?
Ibn al-Qayyim berkata:

العاقِلُ خَصمُ نفسِه، والجاهِلُ خصْمُ أقدَارِ الله.

"Orang berakal, apabila tersilap, menyalahkan dirinya. Orang jahil, apabila tersilap, menyalahkan ketentuan Tuhan."

• • • •

Sebahagian penyair Salaf menyebut:

وعَاجِزُ الرأيِ مِضْيَاعٌ لفُرصَتِه
•••• حتَّى إذَا فَاتَ أمرٌ عَاتَبَ القدَرَا

"Orang yang lemah akal selalu mengabaikan peluang,
apabila sedar terlepas, tiba-tiba mengomel takdir."
"Hati yang sejahtera itu adalah hati yang mahukan kebaikan, tidak mahukan kejahatan.

Kesempurnaan dalam perkara ini menuntut untuk mengetahui kebaikan dan kejahatan.

Sedangkan tidak mengetahui apa-apa tentang kejahatan adalah kekurangan yang tercela."

Majmūʿ al-Fatāwā, j. 10, h. 302.
Di akhirat kelak, manusia akan menyesali detik-detik di dunia yang tidak digunakan sebagai persediaan untuk hari itu.

Manusia akan berkata,

يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
"Aduhai, kalaulah dahulu aku buat persiapan untuk kehidupanku."

• • • • •

"untuk kehidupanku," iaitu kehidupan akhirat, kerana itulah yang kekal tiada matinya.

Ibn Si'di berkata: "Ayat ini menjadi dalil, bahawa kehidupan yang paling perlu untuk diusahakan dengan sempurna adalah kehidupan abadi di akhirat yang kekal."

Sudahkah kita persiapkan kehidupan kita?
Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا

"Sungguh! Allah akan membela bagi pihak orang-orang beriman."

• • • • •

Allah akan membela orang-orang beriman, dengan sebab keimanan mereka, daripada sebarang kejahatan.

Antara kejahatan tersebut: Kejahatan nafsu kita, yang membisik-bisik untuk kita melakukan maksiat.

Setiap orang beriman mendapat perlindungan ini mengikut kadar keimanan mereka. Dan keimanan itu bertambah dengan amal-amal ketaatan, berkurang dengan amal-amal maksiat.

Para ulama menyebutkan: Antara cara untuk kita meninggalkan kitaran (loop) maksiat – setelah bertaubat dan mujahadah –, adalah dengan menggandakan amalan soleh kita. Ia akan meningkatkan iman kita, melemahkan belitan nafsu di tengkuk kita.

Semoga Allah bimbing kita semua.
Nabi ﷺ mendidik kita apabila ditimpa musibah, untuk menyebut:

إنا لله وإنا إليه راجعون؛ اللهمّ أجُرنِي في مصيبتي...

"Kita milik Allah, kepada-Nya kita kembali; wahai Allah, berikan ganjaran buatku pada musibahku ini..."

— Sahih Muslim

• • • •

Imam Ibn Baz ditanya, "Adakah bacaan ini boleh dibaca oleh orang yang terlepas solat?"

Beliau menjawab, "Boleh. Ganjaran yang Allah berikan adalah taufik untuk istiqamah dan komitmen terhadap solat. Ayat dan hadis dalam bab ini umum dalam setiap musibah."

— Masa'il ibn Maniʿ
Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ
"Wahai Nabi, berjihadlah menentang golongan kafir dan munafik, dan bersikeraslah kepada mereka."

• • • •

Dalam Syu`ab al-Iman (no. 8926), dengan sanad yang hasan, ibn Mas`ud radiyallah `anh berkata:

أمر رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أن يجاهد بيده، فإن لم يستطع فعليه بوجه مُكْفَهِرٍّ.
"Rasulullah diperintahkan untuk berjihad dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah berwajah bengis (terhadap kafir harbi dan munafik)."
Ali bin Abu Talib radiyallah `anh berkata:

القائل للفاحشة والذي يسمع لها في الإثم سواء

"Orang yang menyebut perkataan keji, dan yang mendengarnya tanpa ingkar, berkongsi dosa sama rata."

Shu`ab al-Iman, no. 8942, sanadnya hasan.

• • • •

Termasuk dalam kategori perkataan keji, sebelum ayat-ayat lucah, carutan dan umpatan, adalah ungkapan kufur dan syirik yang disebutkan oleh orang-orang kafir. Seorang Muslim yang mendengarnya, sekurang-kurang kewajipannya adalah membencinya.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz (w. 63H) membingkis sepucuk surat kepada pengasuh puteranya:

"Mulakan asuhanmu dengan menerapkan kebencian kepada hiburan-hiburan muzik; yang permulaannya daripada syaitan, kesudahannya adalah kemurkaan al-Rahman.

Telah sampai kepadaku melalui ulama yang dipercayai, bahawa bunyian muzik, mendengar nyanyian dan mendendangkannya, akan menumbuhkan kemunafikan dalam jiwa, sepertimana tumbuhnya alga di atas air."

Dhamm al-Malāhī, ibn Abu al-Dunyā, no. 51, Talbīs Iblīs, Ibn al-Jawzī, h. 209. Lihat: Ighāthat al-Lahfān, 1/442.
Forwarded from MUHIM UIAM Official
Lensa Sarwa Ep.1| Boikot: Function ke?

Dalam kehangatan kempen #BLOCKOUT2024 🔥, juga kebobrokan jenayah-jenayah rejim Isr4el terhadap rakyat Palestin; setiap jiwa muslim yang menyayangi saudaranya pasti terketuk untuk melakukan sesuatu.

Seruan-seruan untuk memboikot produk-produk yang berkaitan Isr4el kini tidak lekang daripada perkongsian-perkongsian asatizah mahupun masyarakat awam.

Kita mula tertanya-tanya, adakah cara memboikot ini benar-benar berkesan? Jika benar, produk mana mahu diboikot? Bagaimana dengan produk-produk yang tak mampu diboikot?

Ikuti perkongsian kami pada hari sabtu (18 Mei 2024) di reruang X @MuhimUiam, bagi mengupas hukum-hakam berkaitan boikot, realiti berkaitan keberkesanan boikot dan garis panduan memboikot ‼️

Ikuti X MUHIM UIAM di sini:
https://x.com/MuhimUiam?t=0QyocS_QJI2d4pAY20qPtw&s=09
Imam Fudayl bin Iyad berkata, "Sekiranya saya ada slot doa makbul, saya akan khususkan untuk doakan kebaikan pemerintah."

Apabila ditanya mengapa, beliau berkata, "Jika saya mendoakan untuk kebaikan peribadiku, hanya padaku kebaikan itu terkepung. Sebaliknya jika saya mendoakan kebaikan untuk pemerintah, kebaikan itu akan terlimpah buat umat dan negara."

Hilyat al-Awliya’, 8/91.
[Karamah Syahid Gaza]

Shaykh Hamzah Abu Tuhah, ilmuwan bahasa dari Gaza menceritakan:

Semalam, dek terlalu kepenatan, saya tertidur sebelum solat Isyak. Dalam tidurku, saya bermimpi melihat Ma'ruf, sahabat saya yang gugur syahid tempoh hari.

Dahulu, kami pernah saling berjanji, sesiapa yang meninggal dahulu di antara kami, akan menziarahi yang masih hidup dalam tidur. Semenjak dia syahid tempoh hari, tiada mimpiku yang terlepas melihatnya.

Malam tadi, saya bertanya lagi tentang keadaannya. Jawabnya, "Saya dalam nikmat yang berterusan. Tetapi engkau bangunlah, solat Isyak."

Lalu saya terjaga, dan mendapati hanya 10 minit sahaja sebelum masuk subuh. Saya bingkas solat Isyak. Kemudian masuk subuh, saya solat dan mendoakan untuk sahabatku yang dikasihi itu.
Malik bin Dinar berpesan,

إذا طلب العبدُ العلمَ ليعمَلَ به كسَرَهُ عِلمُه، وإذا طلبه لغير العمل به زادَه كِبرًا.

"Sekiranya seseorang itu menuntut ilmu dengan tujuan untuk beramal dengannya, ilmunya akan menjadikannya rendah diri.

Sekiranya dia menuntut ilmu dengan selain tujuan beramal, ilmu itu menambah kesombongannya."

Shuʿab al-Īmān
Duhai Allah, yang menurunkan al-Kitab, yang menyegerakan hitungan Hisab, binasakanlah pakatan Zionis Israel.

Ya Allah, hamba-Mu yang hina ini bertawasul dengan segala nama-Mu yang terindah.
Engkau al-Azīz, yang Mulia Perkasa,
Engkau al-Qawī, Maha Kuat,
Engkau Dhū Intiqām, yang empunya dendam,
Engkaulah yang membinasakan sekalian pakatan jahat
— binasakanlah Yahudi dan sesiapa yang berpakat untuk menyakiti para kekasih-Mu.

Ya Allah,
Engkau al-Raḥīm, maha mengasihani insan-insan beriman,
Engkau al-Laṭīf, maha lembut kepada manusia,
Engkau al-Wali, pembela kekasih-Mu,
—bantulah hamba-hamba-Mu di Palestin, mereka menyembah-Mu, mengesakan-Mu,
dan Engkau al- ʿAlīm, maha tahu segala itu.

Wahai Allah, hentikanlah aliran darah kaum Muslimin para kekasih-Mu, pancunglah kaum musyrikin yang melampaui batas-Mu, sesungguhnya tiada yang mampu menghalang-Mu.
Yang memujuk jiwa:

Mereka yang terkorban sudah terpateri gelar mereka sebagai syahid.
Tinggal kita untuk terus berjuang di dunia penuh sukar ini.
HTML Embed Code:
2024/06/01 01:43:05
Back to Top